CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Bercuti dengan Penuh Gaya di Hari Raya dengan Hush Puppies

22-7-2014 04:30 PM| Diterbitkan: CariReporter| Dilihat: 9698| Komen: 0

Description: Serlahkan percutian anda pada Hari Raya ini dengan penuh gaya menerusi pelbagai pilihan rona-rona tenang yang direka khas untuk pengembara urban. Diilhamkan daripada tema percutian dan jiwa sang penge ...

14 Julai 2014, Malaysia -  Serlahkan percutian anda pada Hari Raya ini dengan penuh gaya menerusi pelbagai pilihan rona-rona tenang yang direka khas untuk pengembara urban. Diilhamkan daripada tema percutian dan jiwa sang pengembara, bersedialah untuk menikmati perjalanan jauh ke destinasi percutian dengan keluarga anda menerusi koleksi fesyen musim luruh terkini daripada jenama terkemuka Amerika ini.


Koleksi Musim Luruh terkini ini menawarkan gabungan warna-warna panas dan sejuk, sekali gus memberi anda pelbagai pilihan yang ceria dan sesuai dengan aneka warna kulit. Warna-warna panas yang ditawarkan termasuk merah raspberi dan jingga keperangan manakala pilihan warna-warna sejuk pula merangkumi biru dakwat, biru chambray dan kelabu loh. Koleksi kali ini tampil dengan motif-motif rekaan budaya orang asli (folklor) beserta kesan daripada teknik celupan warna (dip-dyed) dalam aneka pilihan rona.

Seiring dengan matlamat Hush Puppies untuk menghasilkan fesyen klasik yang selesa, koleksi ini diperbuat daripada kain-kain mudah dipakai. Tarikan pada koleksi fesyen kali ini terletak pada kain denim boleh basuh, kain kapas chambray, kain kapas berpetak-petak dan kain kapas chino. Ringan dan mempunyai aliran udara yang baik, kain kapas sememangnya ideal untuk percutian anda sekeluarga ke kota besar.


Kaum lelaki pula boleh melancong dengan penuh gaya menerusi pilihan fesyen moden utama yang merangkumi baju-baju bermotifkan petak, baju polo dip-dyed, baju berhud dan jaket berbelang-belang. Koleksi fesyen lelaki juga menawarkan pakaian gaya kasual sedia pakai yang menggabungkan baju dan seluar jeans denim dengan lengan berlipat. Untuk gaya fesyen yang lebih lasak, rangkaian fesyen Hush Puppies juga menawarkan baju-baju-T dengan corak-corak terang beserta seluar Bermuda bermotifkan teknik gunting dan jahit yang sesuai untuk perjalanan lama ke destinasi percutian seterusnya.

Golongan wanita pula disajikan dengan koleksi pakaian bersulamkan corak-corak budaya orang asli, gaun labuh chambray dan tunik khaki separas lutut, sekali gus mempelbagaikan pilihan pada rangkaian baju polo klasik Hush Puppies. Selain itu, koleksi ini turut hadir dengan sejumlah pilihan jaket kait dan jaket bolero denim bagi memudahkan padanan ringkas pada gaya fesyen anda. Gabungan baju berpetak-petak dan seluar pendek juga membolehkan anda bergaya dengan santai ketika bercuti.


Meskipun rangkaian fesyen orang dewasa seperti gaun maxi dan baju berkolar tampil dengan gaya lebih matang, koleksi pakaian kanak-kanak pula menawarkan potongan dan bentuk yang lebih muda dan ceria. Misalnya skirt kembang pendek untuk kanak-kanak perempuan manakala seluar Bermuda berwarna terang pula untuk kanak-kanak lelaki.

Diperbuat daripada kain ringan dan mudah menyerap peluh, kanak-kanak boleh bergerak dengan selesa dan tampil bergaya pada masa yang sama. Koleksi ini menawarkan pelbagai corak menarik. Ini termasuk rekaan bermotifkan budaya orang asli yang manis menawan untuk perempuan manakala corak-corak geometrik pula untuk si manja anda yang kacak. Tarikan utamanya terletak pada sulaman halus pada pakaian kanak-kanak perempuan manakala koleksi fesyen untuk kanak-kanak lelaki pula tampil dengan jahitan terperinci.


Koleksi Musim Luruh ini juga menekankan sejumlah pakaian denim sedia pakai. Koleksi untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan menawarkan jeans biru denim klasik dengan hujung lengan berlipat bagi memudahkan padanan dengan baju aneka corak dan motif. Baju denim dengan rekaan corak jahitan halus dan saku bertutup juga boleh diperoleh untuk menceriakan gaya penampilan si manja anda.


Rangkaian pakaian Hush Puppies kini boleh didapati pada harga RM39.90 hingga RM209.90. Koleksi Musim Luruh 2014 ini akan dilancarkan di semua butik pakaian Hush Puppies di seluruh negara dan juga di gedung-gedung beli-belah terpilih mulai Julai 2014.


Tentang Hush Puppies

Hush Puppies ialah jenama gaya hidup antarabangsa yang memberi penekanan kepada produk-produk bergaya kontemporari dengan suntikan warisan fesyen Amerika. Ditubuhkan pada tahun 1958, Hush Puppies cukup sinonim dengan gaya sentuhan moden dan kasual. Kini, jenama ini masih meneruskan legasi menghasilkan inovasi yang bergaya asli dan terungul untuk pelanggan di 150 buah negara.


Sejajar dengan matlamat jenama yang mementingkan keselesaan dan keceriaan, rangkaian fesyen Hush Puppies sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Rangkaian fesyen Hush Puppies diedar khas oleh Kumpulan Redina di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hushpuppies-apparel.com. 


9

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.102321 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top