CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senyum Lebar Potong Kaki Disebabkan Mercun

23-7-2014 07:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9420| Komen: 73

Description: Bapa Kepada Lima Anak Yang Menjadi Mangsa Mercun Menjalani Pembedahan Bagi Membuang Kaki Kirinya Di Hospital Slim River (Hsr) Setelah 80 Peratus Kakinya Hancur Akibat Letupan Bahan Itu Yang Dipercayai ...
Mangsa mercun rela kaki dipotong



HULU BERNAM - Bapa kepada lima anak yang menjadi mangsa mercun menjalani pembedahan bagi membuang kaki kirinya di Hospital Slim River (HSR) setelah 80 peratus kakinya hancur akibat letupan bahan itu yang dipercayai buatan sendiri.

Isteri mangsa, Nor Hassilah Shamsuddin, 29, berkata, suaminya dimasukkan ke dewan bedah kira-kira jam 1 petang semalam dan pembedahan ambil masa hampir lima jam.

“Abang setuju kaki kirinya dipotong sehingga pangkal paha kerana 20 peratus saja yang tinggal selepas berlubang dan sebahagiannya hancur terkena letupan besi (ekzos).
“Pembedahan dilakukan kerana jangkitan kuman sudah ada, kalau lambat, risikonya besar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nor Hassilah menemani suaminya, Khairul Azani Md Desa, 35, sepanjang hari selepas dimasukkan ke HSR petang kelmarin akibat cedera terkena letupan mercun.

Katanya, selain kaki kiri, ibu jari dan jari telunjuk di sebelah tangan kanan dan kiri suaminya turut dipotong, manakala satu jari tengah tangan kiri berjaya disambungkan semula.

Nor Hassilah sedih, namun reda terhadap apa yang menimpa suaminya.

“Selalunya kita tengok dalam televisyen nasib mangsa mercun tapi sekarang berlaku depan mata, kena pada suami sendiri.

“Memang sedih tapi kita tak boleh menolak takdir ALLAH. Saya reda atas apa yang berlaku,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, Nor Hassilah terpaksa berulang-alik ke HSR bersama anak bongsunya berusia setahun menaiki motosikal.

Dia mengakui agak kesempitan masa kerana memikirkan menjaga suami dan makan minum anak-anaknya.

Menurutnya, sambutan Syawal juga tidak dapat disiapkan dan segala perancangan terpaksa dihentikan untuk menumpukan perhatian kepada suami.

Nor Hassilah mengakui bersyukur kerana pihak HSR berjanji untuk mendapatkan bantuan kaki palsu dan kerusi roda untuk suaminya.


Anak-anak trauma


Sementara itu, anak sulung mangsa, Nor Amira Natasha, 12, berkata, melihat kejadian menimpa bapanya membuatkan mereka lima beradik trauma dan tekad untuk tidak bermain mercun lagi.

“Sebelum ini memang kami suka main mercun dan bunga api tapi bila tengok ayah jadi macam ni kami jadi takut dan tak akan main lagi.

“Ibu pun pesan jangan cuba-cuba main mercun nanti jadi macam ayah...kami yang susah,” katanya.

Menurut Nor Amira Natasha, kejadian malang menimpa ayahnya hanya berbaki beberapa hari sebelum Syawal menjelma, dan sebelum ini mereka lima beradik sudah mengimpikan untuk menyarung baju baharu untuk menyambut Aidilfitri.

Namun, dia terpaksa melupakan hasrat itu dan berlapang dada menerima ketentuan ALLAH SWT.

“Memang kami nak kalau boleh tahun ini pakai baju baru sambut raya, tapi bila tengok ayah sakit, biarlah duit itu digunakan untuk belanja rawatan ayah.

“Selama ini pun ayah seorang saja bekerja. Kerja pun kerja kampung, ibu suri rumah saja. Jadi apa yang kami harapkan ayah sihat dan dapat balik rumah,” katanya yang belum berkesempatan melawat ayahnya di hospital.


Dengar letupan kuat

Dalam pada itu, bapa mertua mangsa, Shamsuddin Sangkarjak, 63, berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat dan terkejut mendengar letupan kuat serta suara kanak-kanak menjerit menangis.

“Cucu sulung saya datang menangis panggil saya naik atas tengok ayah mereka.

“Sebelum itu saya memang syak ada ada sesuatu yang berlaku selepas mendengar bunyi letupan meriam. Saya kata ini mesti ayah mereka sebab dia suka main meriam,” katanya.

Bagaimanapun, Shamsuddin bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan cucu-cucunya.

Dalam kejadian petang Sabtu lalu, Khairul Azani cedera parah setelah ekzos yang mengandungi belerang tiba-tiba meletup ketika dia sedang mengetuk-ngetuk besi tersebut di depan rumahnya.


9

Bagus
31

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
18

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kashishi7 22-7-2014 10:08 PM
Ingatkan kat warzone je boleh saksikn semua ni. Kat malaysia pun buleh. Selamat ke x ruang udara Malaysia ni?Mana tau mercun roket boleh sampai 35,000 ft.
Quote clarizsa 22-7-2014 10:10 PM
padanla muka... mesti sbb sumpah seranah jiran yg tensen baby nk tido pun xleh sbb si bongok nih dh tua pun sakan main mercun... pastu gedik salahkan takdir plak...



mesti ramai pembekap kt fb nih nnti... huh
Quote clarizsa 22-7-2014 10:11 PM
tersengih riang plak tuh... dpt hamper besar kot... tahniahla dh jd OKU... dpt elaun bulanan pasni...


puih...
Quote LUNCH 22-7-2014 10:13 PM
Dah la anak lima orang. Banyak nak tanggung tu.
Quote Innrukia 22-7-2014 10:13 PM
Umur 35 anak 5 pun masih ignorant?
Haihhh bala dicari sendiri
Quote aechae 22-7-2014 10:17 PM
da tua beranak pinak xkn xbleh pikir bnda baik buruk??

mmg rugi berlakikn org mcm ni...
Quote Yoongie 22-7-2014 10:24 PM
Padah bapak lepas gian main mercun.
Quote eco_internet 22-7-2014 10:29 PM
baca berita ni nak tergelak pun ada... apa kejadahnye umur dah 35 thn nak main mercun meriam lg... ...

kesian kat anak2 tak dpt beraya ngan baju baru...
Quote mak_wa95 22-7-2014 10:30 PM
umur 29 anak 5 dah..laki pula dah jadi oku...dia pula surirumah..

aduh...lama lagi nak hidup...
Quote Aneem 22-7-2014 10:40 PM
Dia punya muka ada sinyummmmm...
Quote Artemesiaa 22-7-2014 10:48 PM
Kira pecah record le kaki lak kena potong yang aritu suma kena kat tangan je
Quote cubby_qt 23-7-2014 12:12 AM
Takdir??? Hahaha... tergelak baca..

datuk tu bsyukur bkn cucunya yg kena... yer betul...mujur x kene ke bdk2 yg x bsalah tu...
Quote Babai 23-7-2014 12:14 AM
Pasni main lagi mercun yer.
Quote sekngucing 23-7-2014 12:27 AM
baik main transformer
takdenya jadi nak putus
Quote perang_candu 23-7-2014 12:34 AM
sekngucing posted on 23-7-2014 12:27 AM
baik main transformer
takdenya jadi nak putus

transformer ka gundam ka, kalu letak belerang pun bule meletop.

Quote hanamunir 23-7-2014 12:36 AM
dia macam bahagia je kena itu murucun..
senyum aje ye..
x pasal-pasal da menyusahkan semua orang..
cari bala sendiri..
bini pun reda je la, anak pun reda je la..
benda ni boleh dielak, tapi da kalau degil juga, ini makan dia..
kesian kat bini and anak-anak..
sebelum ni normal, sekarang free2 je da jadi oku..
Quote mikasa 23-7-2014 12:37 AM
Semoga anak2 dia insaf dah tak mewarisi sikap handal bapak dia
Quote lavaketupat 23-7-2014 01:12 AM
yang ni pulak terus mendiang......



Kampar: “Saya tidak sangka usaha suami untuk menggembirakan anak kami berusia empat tahun berakhir tragedi apabila bunga api dipasang mengenai mukanya sehingga maut,” kata Chong Lai Sim, 30-an, ketika ditemui di sini, semalam.

Suami Lai Sim, Chai Min Yau (gambar), 42, meninggal dunia selepas bunga api yang dipasang di depan rumahnya di Taman Malim Nawar dekat sini, meletup ketika meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina, jam 12.30 tengah malam kelmarin.
Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di depan mata anak tunggal pasangan itu berusia empat tahun yang menangis ketakutan sebaik melihat Min Yau terbaring dengan muka berlumuran darah.
Lai Sum berkata, beliau sedang melakukan upacara sembahyang di tempat meletak
kereta rumah mereka sebelum terdengar bunyi letupan beberapa kali dari arah depan rumahnya.

“Saya terus membuang lilin sembahyang dan berlari ke depan rumah. Jantung saya bagai nak luruh sebaik melihat suami terbaring berlumuran darah di muka dan anak kami menangis di sampingnya,” katanya.

Katanya, beliau meminta bantuan jiran dan saudara mara yang tinggal berhampiran bagi menghantar Min Yau ke Hospital Kampar sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata, sebelum kejadian Min Yau yang juga pekebun sayur bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa tokong berhampiran dan kembali ke rumah untuk mengadakan upacara sembahyang menyambut tahun baharu dan sepatutnya kembali semula ke tokong bagi mengadakan beberapa aktiviti di premis itu.

Lai Sim berkata, beliau akan menuntut mayat suaminya daripada Hospital Kampar pada Isnin ini sebelum dibakar dan disemadikan pada keesokannya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bunga api yang diletak di atas tanah dan dipasang mangsa lambat menyala menyebabkan dia (Lai Sim) memeriksa sebelum beberapa das bunga api itu tiba-tiba meletup dan mengenai kepalanya.

“Tembakan bunga api itu tepat mengenai sebelah kanan kepala mangsa sehingga mendatangkan kecederaan parah,” katanya sambil menyatakan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kejadian mengejut.

Quote cowey 23-7-2014 01:49 AM
ayooo dah tua2 pun nk main mercun ke??

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057279 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top