CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Kuih Guna Air Parit

23-7-2014 07:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6902| Komen: 47

Description: Bagi Wan Maisarah Wan Harun, 30, Pula Mendesak Pihak Pengurusan Tertinggi Aksb Turun Padang Untuk Melihat Sendiri Kesulitan Yang Dihadapi Mereka.
GUA MUSANG - Hampir 300 penduduk di Kampung Mentara Lama, dekat sini, terpaksa menggunakan air parit berikutan kemudahan bekalan air yang terputus sejak tiga bulan lalu masih belum diambil tindakan.

Sinar Harian difahamkan, aduan telah pun dibuat penduduk namun tidak mendapat respons daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Penduduk, Norsaziera Mohamad, 22, berkata, dia kerap menghubungi AKSB bagi menyatakan kesulitan yang dihadapi, namun masih tiada tindakan daripada pihak terbabit.

“Kami kecewa dengan apa yang berlaku, bayangkanlah kami terpaksa menghadapi kesulitan ini pada bulan Ramadan.

“Kami terpaksa juga mandi dan membuat kuih raya menggunakan air parit yang tidak terjamin kebersihannya,” katanya.

Bagi Wan Maisarah Wan Harun, 30, pula mendesak pihak pengurusan tertinggi AKSB turun padang untuk melihat sendiri kesulitan yang dihadapi mereka.

Katanya, boleh dikatakan sepanjang hari penduduk berkumpul di parit berdekatan untuk mengangkut air bagi kegunaan di rumah khususnya memasak.

“Sepatutnya AKSB menghantar air dengan lori tangki bagi keperluan penduduk jika keadaan itu berlarutan, namun amat  tiada tindakan sedemikian dilakukan,” katanya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 22-7-2014 08:20 AM
Kesian tgk dorg. Adeh
Quote mikasa 22-7-2014 08:23 AM
Jernihnye air parit tu..nampak best kalau beremdam waktu tgah panas.

Tapi nampK jernih tidak bererti suci dan bersih
Quote zacrin 22-7-2014 08:55 AM
masih ada lagi orang malaysia hidup macam ni sian2
Quote aiskrimvanilla 22-7-2014 08:56 AM
bakpe la buat nyanye kat orang dale bule pose nih..
Quote Munnalicious 22-7-2014 08:58 AM
Buatla naya kt org sempena ketiadaan air. Nt jd mcm cite Tanah Kubur kubur penuh air baru tauuuuu~
Haaaa..jgn memainnnnnn
Quote brownstone 22-7-2014 09:01 AM
Gali la perigi. Kompom air perigi lagi bersih.
Quote charliestcloud 22-7-2014 09:26 AM
Nampak cam best plak berendam kat parit tu time panas2 hihi.
Quote iman_aly 22-7-2014 09:27 AM
alahai kesiannya...
Quote haryatie 22-7-2014 09:28 AM
nk mandi ok la..mesti sejuk jerk..besttt...
tp nak guna utk minum/masak..aduhai sengasara jugak..
tp apa nak buat kalau da tiada pilihan
Quote magnus 22-7-2014 09:30 AM
Ni tanggungjawab ke laut..islamikla sgt..extra sedapla kuih tu nanti..
Quote clarizsa 22-7-2014 09:30 AM
euuww.... xde sungai ke...

terseksanya xdak air...
Quote chempaka_biru 22-7-2014 09:36 AM
air tu nampak bersih. air dr anak sungai kot.. jgn la kolot sangat tulis parit fikir parit longkang
Quote Yoongie 22-7-2014 09:37 AM
Kesian sungguh
Quote klkl 22-7-2014 09:37 AM
air parit jernih
nampak kaki budak seluar merah tu dalam air
Quote emmaisa 22-7-2014 09:42 AM
mudah2an pihak berwajib cepat2 la selesaikan masalah ni...
kesian, raya dah nak dekat ni...
Quote drivethru 22-7-2014 09:49 AM
cerita ikhlas dari hati.....

aku pernah melawat kawan yg sskit di gua musang. lps tu mak dia hidang air teh o. mula2 xtau yg itu teh o sbb teh tu keroh. dlm hati berkata kata. ni teh o ke teh susu yg x cukup susu. aku tanye member yg dtg skali. dia ckp itu teh o, warna keroh sbb dorang guna air bukit. mmg aku x lalu nk minum. sbb hormat tuan rumah, aku pura-pura minum sikit.

ramai member yg asal org kelantan, bila kawin dorang x jemput member2. dengar cite, dorang malu dgn kekurangan kemudahan.
Quote teen_angelJB 22-7-2014 10:01 AM
drivethru posted on 22-7-2014 09:49 AM
cerita ikhlas dari hati.....

aku pernah melawat kawan yg sskit di gua musang. lps tu mak dia hida ...

tu sebab rmai je belia kelantan berhijrah ..
cian depa nie
Quote cowey 22-7-2014 10:18 AM
parit ke tu??

jernih air..

Quote kasmela 22-7-2014 10:23 AM
meh ramai2 dtg selangor. Undi PIS.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074457 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top