CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Elly Mazlein Tetap Kunci Mulut Status Pertunangan

24-7-2014 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17289| Komen: 58

Description: Elly Atau Nama Sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 34, Berkata Dia Mengambil Pendekatan Tersebut Agar Tidak Mahu Mengeruhkan Situasi Yang Telah Dilaluinya Dan Akan Memberi Khabar Gembira Kepada Semua Pi ...
Elly Mazlein Tetap Kunci Mulut Status Pertunangan

Elly Mazlein.


PETALING JAYA: Pelakon Elly Mazlein masih lagi berteka-teki dan enggan mengulas mengenai status pertunangannya dengan Azmi Hatta, yang dikatakan sudah terputus sejak tahun lalu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 34, berkata dia mengambil pendekatan tersebut agar tidak mahu mengeruhkan situasi yang telah dilaluinya dan akan memberi khabar gembira kepada semua pihak sekiranya dia bakal mendirikan rumah tangga kelak.

"Bila dah sampai masanya untuk berkahwin, saya akan menghebahkan berita gembira kepada semua.

"Saya tidak mahu bercerita besar di mana pada akhirnya saya mendapat malu kerana kegagalan perhubungan kami. Biarlah orang nak cakap sama ada kami berpisah atau tidak, saya akan menjelaskan perkara itu apabila tibanya masa nanti," katanya kepadamStar Online.

Elly dan Azmi telah melangsungkan majlis pertunangan di Bukit Kiara Equestrian Resort pada 29 Mei 2011 dan sepatutnya pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2012.

Penangguhan perkahwinan mereka yang agak lama memberikan andaian bahawa pasangan itu mungkin telah memutuskan ikatan pertunangan mereka. Namun sehingga kini baik Elly mahupun Azmi enggan menjelaskan status perhubungan tersebut.


Status perhubungan Elly dan Azmi masih menjadi tanda tanya sehingga ramai yang menganggap mereka sudah putus tunang.

Dalam pada itu Elly berkata, jika dia berkahwin nanti dia enggan membuat majlis secara besar-besaran, tetapi cukup dengan mengadakan upacara akad nikah serta membuat jamuan makan secara sederhana memandangkan ibunya Sabariah Ahmad, 55, telah pun meninggal dunia pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Elly memberitahu, dia tetap ralat kerana tidak sempat menunaikan impian ibunya yang ingin melihat dia berkahwin.
"Memang saya sangat ralat kerana mama tidak sempat melihat saya berkahwin. Tetapi Mama tahu banyak perkara tentang perhubungan kami dan ada beberapa persiapan (kahwin) yang kami sudah batalkan.

"Apa yang penting sekarang ini saya hanya mahu fokus pada kerja dan menjaga Abah saya yang masih lagi sedih atas pemergian Mama," ujarnya.
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 24-7-2014 06:53 AM

Quote Munnalicious 24-7-2014 07:38 AM
Bapak die ex boss aku dlu. Xsangka maknye dh tiada. Al-Fatihah. Bapak dia baik juga orgnya. Semoga elly akan  berjodohan dgn lelaki yg terbaik 1 hari nt insyaAllah.
Quote makton 24-7-2014 07:39 AM
whatever la elly.. smoga jumpa kebahagiaan yg dicari
Quote fifie_olin 24-7-2014 07:39 AM
bapak lama dia bertunang...x bosan ke...
sian arwah mak beliau x dpt tgk bernikah
bkn main lg naik keta kuda...seblah tu mak beliau barangkali
Quote theotherfriend 24-7-2014 07:51 AM
Biarlah.. semoga ada jodoh yang lebih baik..
Quote senahsanasini 24-7-2014 07:56 AM
34thun...
Ok semoga berjodohan jelah...
Quote nurfariezza 24-7-2014 08:05 AM
seksi jgak bju tunang dia...1st time tgk..
Quote epalgebuu 24-7-2014 08:06 AM
tingginye buahh
Quote drivethru 24-7-2014 08:11 AM
atuk nenek elly ni orang kpg aku. org tg.malim . dulu mula2 buat album, dia sendiri yg buat promosi kat kpg. siap dtg sendiri kedai buku abg aku, suruh tampal poster album dia. setiap tahun mesti buat open house kat rnh atuk dia n selalu bg lembu utk buat korban.

harap2 cpt la berumahtangga. suka tgk dia berlakon. ckp slow jer. kalo dpt watak gedik, mmg menjadi.
Quote Dadadi 24-7-2014 08:13 AM
dia ni kalau hal peribadi ssh nk bukak mulut..
Quote misskitty 24-7-2014 08:21 AM
suka sangat dgn dia..
Quote hanuma 24-7-2014 08:22 AM
semoga akan segera berjodohan...
Quote kokocrunch 24-7-2014 08:25 AM
semoga cepat bertemu jodohnya.
Quote mixed 24-7-2014 08:34 AM
tu la bertunang mengalahkan dah bernikah
bila jd camni dah malu

elok ritu terus nikah jah bertunang grand serupa nk bersanding
Quote yayangmama 24-7-2014 08:39 AM
muka elly ni comel je...tapi lewat dpt jodoh...smoga dapat jumpa lelaki yang baik 1 hari nanti
Quote Yoongie 24-7-2014 09:04 AM
baguslah cadangan nak buat majlis secara sederhana. semoga cepat dijodohkan.
Quote hayrin86 24-7-2014 09:09 AM
yayangmama posted on 24-7-2014 08:39 AM
muka elly ni comel je...tapi lewat dpt jodoh...smoga dapat jumpa lelaki yang baik 1 hari nanti

Ya betul.. Saya pun sukakan dia sebab dia perasan cute, sayang warna biru dan hitam lagi tuh..
Quote hyie 24-7-2014 09:17 AM
bajet orang nak tau sangat. Eksklusif sgt ke dik non? Kalah che ta..
Quote selendangungu 24-7-2014 09:17 AM
dia ni bajet muda remaja ker??

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.087466 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top