CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Drama Persediaan Melakukan Ehem Ehem

24-7-2014 10:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16907| Komen: 112

Description: Rozali Yang Bekerja Sebagai Pemandu Bersama Pasangannya Mengaku Salah Melakukan Satu Perbuatan Sebagai Persediaan Untuk Melakukan Persetubuhan Luar Nikah Di Dalam Sebuah Bilik Di Sebuah Rumah Tumpanga ...
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang masih berstatus ‘suami orang’ dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama pasangannya dalam keadaan mengaibkan di sebuah rumah tumpangan.

Manakala pasangannya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi dikenakan denda RM2,950 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hukuman itu diputuskan selepas Rozali Mohd, 37, bersama pasangannya Che Noor Aziemah Che Zainal Abidin, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Gambar hiasan


Rozali yang bekerja sebagai pemandu bersama pasangannya mengaku salah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan di Tok Jembal, di sini, jam 11.15 malam pada 2 April lalu.

Mengikut fakta kes, satu serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah serta dibantu polis di rumah tumpangan berkenaan kira-kira jam 11.15 malam pada 2 April lalu.

Sebaik tiba, penguat kuasa bertindak mengetuk pintu bilik yang diduduki pasangan berkenaan dan pintu dibuka Rozali selepas beberapa kali salam diberikan.

Hasil pemeriksaan terdapat seorang wanita yang memakai singlet dan bertuala bersembunyi di dalam bilik air.

Soal siasat kemudian mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.   

Pendakwaan dilakukan  Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Khanurulhajja Mustaffa di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

6

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sagoo 23-7-2014 08:13 AM
pemandu pon leh dpt awek student
Quote budakmanentah 23-7-2014 08:16 AM
yg pompuan tu ponnnn....malu mak apak ko weiii
Quote Simunggu 23-7-2014 08:19 AM
bersedap sedap dahulu...bersedap sedap juga kemudian..
Quote enchikfitz 23-7-2014 08:20 AM
Jauhnya beza umur. Perempuan ni konfem x de taste langsung. Pemandu pun jadiiiiiii
Quote ladyfree 23-7-2014 08:23 AM
persediaan..?

so x sempat merasa lah...
Quote bangcak 23-7-2014 08:32 AM
ladyfree posted on 23-7-2014 08:23 AM
persediaan..?

so x sempat merasa lah...

ala2 persediaan berbuka kot?
tgh tunggu azan agaknya
Quote ainie_1008 23-7-2014 09:00 AM
bangcak posted on 23-7-2014 08:32 AM
ala2 persediaan berbuka kot?
tgh tunggu azan agaknya

dgr je azam berkumandang terus diterkam macam harimau yg hari hari mau..
Quote GhostWalking 23-7-2014 09:02 AM
Benda ni April lepas bolom puasa lagi Last edited by GhostWalking on 23-7-2014 01:47 AM

Quote znuyul 23-7-2014 09:44 AM
harap je belajar tinggi tetapi otak letak kat buntut..pkir la sikit..maruah ko tuh mvm murah sangat..
Quote Yoongie 23-7-2014 10:05 AM
Budak pompuan ni penuntut ipt ke pprt? Selera pprt.
Quote ninjago 23-7-2014 10:07 AM
persediaan yg camne tu.. camne dorg classified as persediaan melakukan dotdotdot??
Quote kauado? 23-7-2014 10:12 AM
wuhhhh...sumpah malu mak ayah
Quote clarizsa 23-7-2014 10:14 AM
padan muka..... duit denda bazir je.... wat kenduri ala kadar pun dh lepas... nape hadap sgt laki org yg miskin? ensem kah?
Quote alieyrina 23-7-2014 10:17 AM
Sila tepek gambaq fb or insta  pofile 2 org sangap nih  
Quote haryatie 23-7-2014 10:17 AM
student kolej IPTA/IPTS zaman sekarang da x kisah da ngan laki org/keje apa pun..
jnji duit masyuk utk support dia org..
kena lak student2 tu yg x berapa nak laris ..
betul apa...
Quote nikaido 23-7-2014 10:18 AM
bila baca tajuk, hatiku dah menduga kes seksual mcm ni mesti dkt kuala terengganu @ besut. ternyata naluriku benar belaka

stereotype kes seksual di malaysia

kes khalwat/seks      : terengganu -especially kuala terengganu dan besut
kes rogol                   : kelantan
kes seks bwh umur   : melaka
Quote sueism 23-7-2014 10:23 AM
Janji Sedap billa dah Kantoi mesti muka  macam Ayam penyet.
Quote cmf_premierleag 23-7-2014 10:26 AM
terengganu lagik???
kepelikkang tanpa batansanggg
Quote aiskrimvanilla 23-7-2014 10:28 AM
laki orang ayat baik punya.... barang nallla dapat memuaskan wanita

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.070627 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top