CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pelakon Anita Baharom Selamat Melahirkan Anak Ketiga - Baby Boy!

24-7-2014 05:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16489| Komen: 51

Description: “Semasa Kelahiran Pertama, Saya Tidak Terlalu Menjaga Pantang. Saya Sudah Keluar Rumah Untuk Berjalan Di One Utama Pada Hari Ke 18. Sedang Berjalan-Jalan Saya Merasakan Peranakan Saya Berubah Keduduk ...




KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2014: Pelakon Anita Baharom selamat melahirkan anaknya yang ketiga iaitu seorang bayi lelaki, semalam (22 Julai) melalui kaedah Caesarean.

Menariknya, ini merupakan kali ketiga dia menjalani kaedah itu dan dia juga akui takut untuk hadapi kelahiran secara normal.

Dikenali dengan watak Azura Iskandar di dalam drama komedi bersiri Keluarga Iskandar, Anita juga bimbang untuk melanggar pantang kerana pernah melalui pengalaman yang tidak diingini.

“Saya dan ibu saya mempunyai cara berpantang kami sendiri dengan sedikit penambahan. Contohnya kalau kelahiran biasa, tempoh berpantang hanya sekejap sahaja kemudian boleh bergerak aktif. Untuk saya, saya perlukan masa setahun baru boleh kembali bersenam.

“Semasa kelahiran pertama, saya tidak terlalu menjaga pantang. Saya sudah keluar rumah untuk berjalan di One Utama pada hari ke 18. Sedang berjalan-jalan saya merasakan peranakan saya berubah kedudukan. Sejak itu, saya mula berjaga-jaga,” kata pelakon kelahiran Sungai Petani ini.

Menurut suaminya, Mohamad Ismadi Ismail, semuanya berlaku dalam kadar yang pantas. Malahan, nama bayi itu sudahpun dipilih sebelum kelahirannya lagi.


“Dia masuk ke dalam bilik pembedahan dari jam 10.30 pagi, dan anak kami selamat dilahirkan pada jam 11.05 pagi. Nama yang dipilih adalah Mohamad Dhia Mikail yang membawa maksud Sinaran Pembawa Rezeki, dengan harapan anak ini membawa rezeki kepada kami,” kata Ismadi yang juga seorang Penerbit Eksekutif di Astro.

Sebelum bersalin, Anita sedang sibuk menjalani penggambaran Keluarga Iskandar yang kini kembali dengan musim kedua dan bakal bersiaran bulan September ini. Terdahulu, Anita dan Ismadi sudah dikurniakan seorang anak perempuan serta seorang anak lelaki iaitu Syifa Dhia Nurina, 7 dan Mohamad Dhia Iskandar, 3.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 23-7-2014 02:20 PM
tahniah! eh dia dah berhijab eh skarang?
Quote kauado? 23-7-2014 02:29 PM
ramai retis bertudung skrg..sejuk mate memandang
Quote lucky_peace 23-7-2014 02:41 PM
tahniah.... first tgk die berlakon dalam dunia baru~~
Quote kupu2siang 23-7-2014 02:41 PM
dah lama dah dia bertudung
Quote cutebaby5907 23-7-2014 02:48 PM
suke tgk dier & anak2 dlm kuarga iskandar
Quote deananie 23-7-2014 02:50 PM
congrats! seronoknya dapat baby
Quote blackred99 23-7-2014 02:55 PM
congrats jugak.
Quote cmf_premierleag 23-7-2014 02:58 PM
congrats
wahh ramainya retis baru dpt baby
- schawal - baby girl
- irma hasmie - baby girl
- anita - baby boy

lps ni nak tggu baby wan maimunah dgn baby raja azmi lak
Quote kerepektempe 23-7-2014 03:01 PM
Tahniah..comel baby..
Quote lazim 23-7-2014 03:02 PM
hoyehhhh akhirnya konfem la keluarga iskandar ada musim ke2. lama gila tggu. sampai budak om tu pon dh gemuk
Quote kiutkiut 23-7-2014 03:05 PM
sama birth date dgn anak schawal la ni..
Quote ainie_1008 23-7-2014 03:05 PM
cmf_premierleag posted on 23-7-2014 02:58 PM
congrats
wahh ramainya retis baru dpt baby
- schawal - baby girl

wan maimunah dah preggy ker?
Quote lylea 23-7-2014 03:05 PM
tahniah dapat baby baru
Quote sayalala 23-7-2014 03:06 PM
eyh dh pakai tudung ea die..tahniah sebb dh berhijab n tahniah jgk sebb dpt baby bru..best nye dpt baby boy..
Quote ainie_1008 23-7-2014 03:13 PM
tahniah anita. teringt time dia berlakon dunia bru the movie, time tue dia preggy..
Quote maxim 23-7-2014 03:15 PM
Motip harini penuh ngan cite baby jah
Quote mixed 23-7-2014 03:23 PM
maxim posted on 23-7-2014 03:15 PM
Motip harini penuh ngan cite baby jah

uols pn asyik dgn cite baby AA jah ke hulu hilir beravvy
Quote bby2124 23-7-2014 03:29 PM
tahniah.......moga menjadi anak y soleh
Quote NadineNajmie 23-7-2014 03:32 PM
Xtau plak pregnant. Btw tahniah azure iskandar.  Loike watak2 dia blakon

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.080709 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top