CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Isteri Ezany Dilarikan

25-7-2014 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 56824| Komen: 332

Description: “Selepas Kejadian Itu, Saya Cuba Menghubunginya Beberapa Kali Namun Tidak Berjaya. Saya Turut Menghubungi Kampung Keluarganya Di Labuan, Sabah, Namun Mereka Memaklumkan Isterinya Tidak Berada Di Sana ...

Isteri Ezany Dilarikan 

Kuala Lumpur: Pelakon dan juga usahawan, Ezany membuat laporan polis mendakwa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32, dilarikan seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.
Dia yang nama sebenarnya Mohd Zani@Zohiri Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang, dekat sini, semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. 


Ezany mendakwa kira-kira jam 4.30 pagi hari kejadian, dia bangun untuk bersahur di kediamannya di Seri Kembangan dan mendapati isterinya sudah tiada. 

Menurutnya, isterinya dipercayai keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci.

EZANY menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Kinrara.



“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ezany berkata, bimbang keselamatan isterinya yang masih tidak pulang ke rumah sehingga semalam dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan membuat laporan polis. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toxicated 21-7-2014 12:52 AM
kesian tak sempat sahur ngan bini. Bagus gak retis bangun sahur. Iols dah terbabas sahur banyak hari
Quote toxicated 21-7-2014 12:57 AM
http://www.gua.com.my/berita-art ... _Laporan_Polis.html

heols cakap dah tak kisah if bini nak cerai pon.

Sebelum ini GUA pernah melaporkan yang aktor Ezany Nizarif kesal apabila kisah dia bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32 tersebar di bulan Ramadan. Terkini, GUA mendapat maklumat terbaru yang mendakwa isteri Ezany menghilangkan diri dari rumah. GUA terus menghubungi Ezany untuk mendapatkan keterangan lanjut.

“Pada hari Khamis, 17 Julai yang lalu, saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi dan saya mendapati isteri saya tiada. Pintu bilik terbuka, pintu rumah pun tidak berkunci. Saya lihat kunci rumah yang selalu dia bawa pun ada di rumah. Saya cuba hubunginya tetapi gagal. Saya tidak tahu apa yang berlaku,” ujar Ezany memulakan bicara.

“Saya sudah pun membuat laporan polis pada Ahad (20 Julai). Saya buat laporan untuk tujuan keselamatan dan saya sendiri tak tahu apa status isteri saya sebenarnya. Sama ada dia menghilangkan diri, dilarikan, diculik atau sebagainya. Saya tak tahu isteri saya ke mana. Tapi ada sumber yang memberitahu saya, orangnya adalah seorang wanita.

Dia telah menghantar mesej kepada saya menerusi laman Facebook dan mengatakan suaminya ada hubungan dengan isteri saya. Sudah lebih empat hari dia menghilang, jadi bila saya buat laporan polis, saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut,” ujar Ezany lagi.

Ketika ditanya adakah anak-anak mereka bertanya tentang ibu mereka, Ezany memberitahu dia hanya menjelaskan kepada anak-anak yang ibu mereka keluar bekerja.

“Saya rasa terkilan perkara ini pula boleh terjadi. Masalah rumah tangga kami sudah lama, lagi pun rumah tangga mana yang tiada masalah. Selagi boleh tutup dan selesaikan, saya mencuba untuk tutup dan diamkan.

Orang tahu masalah rumah tangga kami pun menerusi kemaskini status Facebook milik dia. Saya sudah tidak kisah jika dia mahu berpisah tetapi biarlah dengan cara yang baik. Tapi bila dia melibatkan media sosial seperti ini, semua orang pun sudah tahu,” luah Ezany.

Mengenai perkembangan kes cerai mereka, kes itu bakal disebut pada 4 Ogos ini. Butir-butir mesej yang dihantar oleh seorang wanita kepada Ezany menerusi laman Facebook itu juga bakal dijadikan bukti di mahkamah sekiranya perlu.
Quote cmf_blingblings 21-7-2014 01:08 AM
Rumitnya keadaan r/tangga dia org
Quote chempaka_ku 21-7-2014 01:15 AM
okeyyy ...... apa message to ezany dalam facebook tu?
Quote hakuu 21-7-2014 01:16 AM
Kesiannya..bertabahla ezani. Dugaan buat mu di bln ramadhan ni
Quote edoraixora 21-7-2014 01:18 AM
Kesian pulak kt ezany
Quote Pailang 21-7-2014 01:19 AM
toxicated posted on 21-7-2014 12:57 AM
http://www.gua.com.my/berita-artis/Isteri_Hilang_Ezany_Buat_Laporan_Polis.html

heols cakap dah ta ...

waaa... blogger sekarang takde budi bahasa, membahasakan diri sebagai GUA.






Quote toxicated 21-7-2014 01:25 AM
Kt fb bini dia tu dh kena serang bertubi2 sbb menipu duit orang katanye..
Quote toxicated 21-7-2014 01:25 AM
Pailang posted on 21-7-2014 01:19 AM
waaa... blogger sekarang takde budi bahasa, membahasakan diri sebagai GUA.



Mmg blog gua.com kan. Ke ko wat lawak. Sori aku lambat digest
Quote Pailang 21-7-2014 01:27 AM
toxicated posted on 21-7-2014 01:25 AM
Mmg blog gua.com kan. Ke ko wat lawak. Sori aku lambat digest

ntah tak berapa minat sgt ngan gossip so aku tak tau sangat pasal benda ni. tau sikit2 jer










Quote nadieya 21-7-2014 01:38 AM
rumahtangga dorg ni rumit bebenor...
hanya mereka yg tahu...
tp apa motif bini lari/culik
nak larikan diri takut rg dtg rumah
tuntut duit kot...
Quote ida88 21-7-2014 02:01 AM
Kalau..bini die sendiri lari kuwa dr umh tu
Dan biya kan keadaan umh sng dimasuki pencuri
Mmg tak patut la kan

Sape2 pun panik terkejut tgk keadaan gitu
Sian pulak ke ezany

Tapi kalau dilarikan org
Moge takdela brite yg kurg enak didgr
Dan brade dlm keadaan slmt
Quote toxicated 21-7-2014 02:05 AM
Kalau lari mudah la nnt kena caj nusyuz. Ezani ni ok la kot aritu aku tgk dia yg jaga n bawak anak dia makan.mmg bini dh x peduli kot.
Quote mizzmimi 21-7-2014 02:06 AM
ayoyoyyo

baru heboh nak bercerai ni dah heboh pulak kena culik?

huihui
Quote misslauren 21-7-2014 02:22 AM
hmmm kesian la pulak. harap2 tak ada apa2 yg scary jadi
Quote mixed 21-7-2014 05:21 AM
Masalah ezani bertimpa2 pas bapa heol meninggal dunia
Adik pompan sheol pn dikata lari dgn laki org sampai heol belasah
Nk dpt kan baik adik nya.

La ni isteri plk lari dgn laki org??? Macam2 bertabahlahn
Quote munchkin 21-7-2014 05:44 AM
bertabahlah ezany.
Quote maxim 21-7-2014 06:04 AM
mula2 baca ingatkan bini ezani larikan belacan
Quote zehra2 21-7-2014 06:05 AM
satu keluarga bermasalah ke?
masalah sosial pulak tu...

Lihat semua komen(332)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075161 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top