CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Artis Lelaki Kahwin Sebab Gile Harta!

25-7-2014 04:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42964| Komen: 163

Description: Namun Kata Orang Kalau Tidak Ikhlas Dan Suka Mengambil Kesempatan, Sukar Untuk Kita Mempertahankan Sesuatu Itu Dengan Lama. Perkahwinan Artis Itu Kini Mula Bergolak Dan Sikapnya Sudah Terbongkar Pada ...

Gambar perkahwinan artis lelaki tersebut bersama isterinya..

Kehidupan dalam dunia realiti ini kadangkala macam drama TV. Kadang-kadang kita rasa kejadian yang berlaku tidak ubah seperti plot lakonan tetapi itu hakikat sebenar.

SS bercakap begini kerana mendengar satu kisah membabitkan seorang artis yang tidak kurang popularnya.

Kata teman baiknya, artis lelaki itu berkahwin tidak lama dulu sebab mahu rebut harta mentuanya yang kaya-raya. Dengan erti kata lain, artis lelaki itu akui dia bukannya berkahwin sebab mencintai isterinya itu, sebaliknya kelabu mata dengan kekayaan keluarga wanita itu.


Itu perangai seorang mata duitan yang hanya mahukan kemewahan atas tiket perkahwinan. Patutlah SS tengok ketika bercinta lagi artis itu yang popularitinya hanya suam-suam kuku nampak begitu hebat dengan kereta besar dan asyik bergaya dengan barangan berjenama. Lepas kahwin lagilah. Perkahwinan mereka juga meriah dan mewah kerana mendakwa mentua sanggup berhabis menaja.

Namun kata orang kalau tidak ikhlas dan suka mengambil kesempatan, sukar untuk kita mempertahankan sesuatu itu dengan lama. Perkahwinan artis itu kini mula bergolak dan sikapnya sudah terbongkar pada pengetahuan isteri dan mentuanya.

Memang remuk hati mereka dan menyesal dengan perangainya yang mata duitan dan gilakan harta. Begitulah kalau dari awal lagi meluahkan niat yang tidak ikhlas terhadap perkahwinan sedang–kan perkahwinan itu bukan perkara main-main. Jadi tidak hairanlah ada perkahwinan artis itu tidak kekal lama dek kes menyedihkan seperti ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 15-7-2014 08:09 AM
Edisi speku. Pg 5 nnt baru masuk balik
Quote maxim 15-7-2014 08:09 AM
yg pasti bukan noh la
Quote mogey 15-7-2014 08:11 AM


Saya terbayang marketing director tudung fareeda saja
Quote maxim 15-7-2014 08:12 AM
fizo pakai kete besar ke
Quote revolusi_30 15-7-2014 08:15 AM
mogey posted on 15-7-2014 08:11 AM
Saya terbayang marketing director tudung fareeda saja

Lelagi pernah ada rekod hutang 200k. Dan tak boleh bayar.  
Quote gadogado 15-7-2014 08:16 AM
tdung parit nih..nmpak sgt
Quote cloudy_83 15-7-2014 08:20 AM
artis yang king control tu ke
orang interview bini dia, dia lak sibuk jawapkan
Quote zacrin 15-7-2014 08:21 AM
apa lagi makcik pprt buat la speku habis2an
Quote zila_hakimie 15-7-2014 08:26 AM
Mula2 terbayang jimmy. Tp jimmy dh cerai.
Pastu korg kata fizo, terbayang fizo lak.
Hihi
Quote siputsedut 15-7-2014 08:27 AM
Fizo pakai kete bsr ke? Motor bsr ade la
Quote drivethru 15-7-2014 08:32 AM
tokey beger la ni. dh elok bercinta dgn bakal doctor (ketet besar lagi), pastu jumpe anak tokey tudung, terus putus dgn doctor, terus kawin dgn anak tokey tudung bertengkek tengkek. mgkn dh jodoh beger dgn tudung. beger bertengkek tengkek vs tudung bertengkek tengkek. kaut harta mertua pun bertengkek tengkek gak.
Quote RatuDunia94 15-7-2014 08:40 AM
cepat listkan retis mana yg ber mertuakan org kaya?
Quote fellahumaira 15-7-2014 08:41 AM
fizo kah? dia pakai keta besaq kah..motoq besaq ada lah kan
Quote hellorara 15-7-2014 08:47 AM
Teringat dekat Jimmy je.
Tapi dia kan dah divorce.
Elok je kahwin baru.
Tapi I takrasa Fizo, sebab dalam Resepi Memikat Suami,
nampak sangat Fizo sayang Mawar.
Quote znuyul 15-7-2014 09:04 AM
artis pompuan ramai la yang nampak giler harta..
Quote aderaderker 15-7-2014 09:23 AM
Tah tah retis sendu ulu banat mana pastu kata agak popular..
Pijo macam okay jah ngan madam...
Quote krukx 15-7-2014 09:27 AM
Aku tak rasa Fizo. Bukan mak Mawar ke yg berkenan dengan Fizo & jodohkan dengan Mawar?
Quote batman_2007 15-7-2014 09:28 AM
Jimmy lettew
Bekas mertua dia kan kayos

Skrg kawin lain
Quote seri_mawr 15-7-2014 09:43 AM
gadogado posted on 15-7-2014 08:16 AM
tdung parit nih..nmpak sgt

"erkahwinan artis itu kini mula bergolak dan sikapnya sudah terbongkar pada pengetahuan isteri dan mentuanya."


dah bergolak ke fizo n mawar...

aku tgk mcm ok2 saje...

ke hulu ke hilir berdua....

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.234391 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top