CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17: Beberapa jasad rakyat Malaysia dikenal pasti

5-8-2014 12:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2170| Komen: 0

Description: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Berkata Beliau Mendapat Maklumat Itu Semasa Lawatannya Ke Sebuah Fasiliti Tentera Di Hilversum, Khamis Di Mana 226 Keranda Sesetengahnya Mengandungi Mayat Ma ...
MH17: Beberapa jasad rakyat Malaysia dikenal pasti


AMSTERDAM: Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mendapat maklumat itu semasa lawatannya ke sebuah fasiliti tentera di Hilversum, Khamis di mana 226 keranda sesetengahnya mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang menjalani proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).

Katanya selepas proses dua minggu, kerajaan akan tahu bila mayat rakyat Malaysia akan dihantar balik ke tanah air.

"Bila (mayat) dibawa balik kita akan adakan hari berkabung.

"Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Netherlands dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga hari tiada pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas perbuatan kejam itu.

Sejumlah 195 warga Belanda menaiki penerbangan itu.

Najib berkata setakat ini, sejumlah 126 keranda telah diperiksa dan menjalani proses DVI.

Beliau berkata proses itu adalah rumit dan unik yang memerlukan tiga peringkat pemeriksaan iaitu Ante-mortem, post mortem dan penyelarasan.

Najib berkata proses pemeriksaan itu adalah mengikut standard antarabangsa dan kaedah itu melampaui keraguan munasabah.

Semasa proses itu, Najib berkata pasukan antarabangsa perlu mengambil sampel DNA, gigi dan cap jari mayat atau mana-mana satu kaedah jika ia membabitkan bahagian anggota manusia.

Selain daripada proses DVI, Malaysia dan pasukan antarabangsa memberi fokus untuk memasuki lokasi nahas di Torez, Ukraine untuk mencari sisa-sisa mayat dan untuk mengambil serpihan pesawat untuk siasatan.

Beliau berkata disebabkan konflik itu telah bertambah buruk sehingga sehingga menjadi perang di antara kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah yang dikenali sebagai Republik Rakyat Donestk, adalah penting untuk memastikan laluan yang selamat bagi pasukan siasatan antarabangsa.

Katanya pasukan antarabangsa diketuai oleh Netherlands telah menemui serpihan pesawat terbabit yang bertaburan di kawasan dalam lingkungan 9km.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=92
15

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
16

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.039670 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top