CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Masalah Zizan Razak & Bekas Pengurus Masih Belum Selesai

6-8-2014 04:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9085| Komen: 35

Description: Bekas Pengurus Kepada Zizan Razak Iaitu Marina Juki Memberitahu Pihaknya Gagal Untuk Bertemu Dengan Aktor Itu Yang Sepatutnya Berlangsung Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lalu Bagi Menyelesaikan ...


PETALING JAYA: Bekas pengurus kepada Zizan Razak iaitu Marina Juki memberitahu pihaknya gagal untuk bertemu dengan aktor itu yang sepatutnya berlangsung sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu bagi menyelesaikan kemelut syarikat pengurusan artis kendalian mereka iaitu Wirefame Sdn. Bhd.

Marina bagaimanapun berkata, perjumpaan itu tetap diteruskan dengan hanya dihadiri oleh peguam kedua-dua belah pihak sahaja.

"Saya masih belum dapat bertemu dengan Zizan kerana dia sibuk dengan kerjaya seni tambahan pula waktu itu sudah hampir dengan sambutan Hari Raya.

"Hanya peguam kami yang berbincang tentang beberapa perkara yang menjadi pertikaian pada perjumpaan tersebut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Zizan sebelum ini bertindak membekukan dua akaun milik syarikat tersebut sehingga ia tidak dapat beroperasi termasuk bayaran artis di bawah naungannya tersekat.

Artis-artis Wirefame ialah Johan As’ari, Kaka Azraff dan Chacha Maembong.


    


Marina akan memaklumkan perkembangan mengenai syarikat pengurusan Wirefame Entertainment selepas ia selesai.
Dalam pada itu, Marina berkata, dia masih belum mengetahui hasil yang diperoleh selepas perjumpaan peguam kedua-dua belah pihak.

Jelas Marina, dia hanya akan memberi kenyataan selepas berjumpa sendiri dengan Zizan untuk menyelesaikan kemelut di antara mereka yang sudah berlarutan hampir enam bulan.

"Saya baharu sahaja masuk ke pejabat hari ini (Selasa) dan belum berpeluang bertemu dengan peguam saya untuk mendengar penjelasan berhubung perjumpaan dengan pihak Zizan.

"Bagaimanapun saya hanya akan memberikan kenyataan selepas dapat berjumpa sendiri dengan Zizan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya.

Tambah Marina, mereka masih belum menetapkan tarikh baharu untuk duduk semeja bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana Zizan masih bercuti.


3

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eksotik 6-8-2014 02:29 AM
padan muka tahun lepas satu anugerah tak dapat.. padahal banyak percalonan.
Quote pengimbas 6-8-2014 03:04 AM
mana nak selesai, dah selum ni duk kuar kenyataan memburukkan memasing... tutup je serikat tu... artis yang ada pun sendu je...
Quote eksotik 6-8-2014 03:31 AM
ini semua salah tarian anu dia...
Quote toxicated 6-8-2014 03:45 AM
tutup jah syarikat tu zizan. pastu nanti buat cmpany baru amek la emma ko tu jadi board of director. tgk mcm mana makin melingkup ke tidak hahaha
Quote eksotik 6-8-2014 03:46 AM
toxicated posted on 6-8-2014 03:45 AM
tutup jah syarikat tu zizan. pastu nanti buat cmpany baru amek la emma ko tu jadi board of director. ...

betul tu...      
Quote toxicated 6-8-2014 03:49 AM
eksotik posted on 6-8-2014 03:46 AM
betul tu...

wah bantal uols lom tido ke baru bangun. gigih nye bergossip. iols baru nak tido penat betol buat kerja dh la tak setel. k  zzzzzzzz
Quote eksotik 6-8-2014 03:51 AM
toxicated posted on 6-8-2014 03:49 AM
wah bantal uols lom tido ke baru bangun. gigih nye bergossip. iols baru nak tido penat betol buat  ...

dah nak tido laa ni...
Quote kakikuDibibirmu 6-8-2014 04:00 AM
akak masih tak habis gelak dengar perkataan maembongers
Quote cha-cha 6-8-2014 04:56 AM
Annoyed pulak aku ngan si zizang ni sebab isu ni
Quote elastico 6-8-2014 05:19 AM
burgerbyte zizan sedap tak?macam mana bisnes dia ok ke?hehe
Quote jula7 6-8-2014 07:28 AM
jumpa pon belom????
Quote SenahMontanah 6-8-2014 07:30 AM
toxicated posted on 6-8-2014 03:45 AM
tutup jah syarikat tu zizan. pastu nanti buat cmpany baru amek la emma ko tu jadi board of director. ...

setuju cadangan kaka
Quote SenahMontanah 6-8-2014 07:31 AM
kakikuDibibirmu posted on 6-8-2014 04:00 AM
akak masih tak habis gelak dengar perkataan maembongers :lol ...

kaka dengar kat mana
Quote ida88 6-8-2014 07:33 AM
Payah benar nk berjumpe
Zaman skrg mcm2 cara nk mengkontek org
Nak dgn tanak je

Syg zizan mu buat prangai gini
Jgn bile zaman femes mu dh berakhir
Mase tu merabe2 mencari org tu sane sini
Quote ida88 6-8-2014 07:34 AM
kakikuDibibirmu posted on 6-8-2014 04:00 AM
akak masih tak habis gelak dengar perkataan maembongers :lol ...

Mane akak dengar pkataan hazab tu
Quote makton 6-8-2014 07:52 AM
x penah minat dgn zizang.. plus emmabongers tu
Quote zacrin 6-8-2014 08:15 AM
orang nak meniaga ko nak meniaga sudahnya ke laut g jual kopok leko je la zizan ooi
Quote famri7 6-8-2014 08:20 AM
Dah la zizan is obviously not- so-smart,kapel plak dgn bimbo xsekolah..memang lingkup...

KEsimpulannya: bajarlah rajin2 supaya jadi manusia,bukan kepala paip.
Quote schababe 6-8-2014 08:28 AM
so sad dgn zizang nih..tunggu masa je nk lingkup

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.083656 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top