CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Boikot Macdonald Benar-Benar Menjadi?

7-8-2014 04:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25818| Komen: 253

Description: “Saya Tak Boleh Halang Orang Berkumpul Kerana Itu Hak Individu Tapi Saya Kesal Apabila Ada Yang Melontar Batu Ke Arah Premis Saya. Untuk Elak Berlaku Kejadian Tidak Diingini, Saya Terpaksa Kunci Prem ...
Boikot Macdonald Benar-Benar Menjadi?





KEMAMAN - Pendapatan restoran McDonald’s di Kerteh dan Dungun terjejas teruk selepas kempen boikot dibuat di perkarangan McDonald’s Dungun, kelmarin.

Pemilik francaisnya, Syed Hussain Tuan Embong berkata, pendapatan yang diraih kedua-dua restoran itu merosot kira-kira 80 peratus sejak dua hari lalu.

Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja.

“Saya tak boleh halang orang berkumpul kerana itu hak individu tapi saya kesal apabila ada yang melontar batu ke arah premis saya. Untuk elak berlaku kejadian tidak diingini, saya terpaksa kunci premis waktu itu.

“Sikap agresif peserta demonstrasi itu beri kesan kepada mental pekerja saya, ada antara mereka cakap nak berhenti kerja tapi alhamdulillah dengan nasihat yang diberi kakitangan bahagian sumber manusia, semangat pekerja yang ketakutan dipulihkan semula,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, insiden baling batu itu tidak menyebabkan kerosakan pada premisnya sebaliknya hanya bahagian belakang restoran menjadi kotor.

Jumlah pekerja di kedua-dua restoran miliknya itu adalah seramai 80 orang, dengan kesemuanya beragama Islam dan berbangsa Melayu.


Gambar hiasan


“Saya harap kalau demonstrasi diadakan lagi selepas ini, janganlah ada antara peserta bertindak di luar kawalan kerana ia boleh timbulkan rasa takut kepada pekerja dan pelanggan.

“Sebagai orang Islam saya sendiri pun tidak suka apa yang dilakukan tentera Yahudi ke atas rakyat Palestin. Namun saya harap tindakan boikot biarlah rasional dan tidak menghukum tanpa usul periksa. Sebelum ini McDonald’s Kerteh dan Dungun juga banyak bantu anak yatim dan anak istimewa. Jadi diharap selepas ini peserta demonstrasi lebih rasional,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus kononnya demonstrasi akan turut diadakan di McDonald’s Kerteh pada petang esok susulan kempen boikot McDonald’s di seluruh negara, Syed Hussain berkata, beliau masih belum terima maklumat isu itu.

“Kalau perkara ini betul saya akan pastikan keselamatan pekerja terjamin. Saya juga mungkin akan upah pengawal keselamatan untuk awasi premis selain membuat laporan polis untuk mengelakkan insiden baling terjadi di Kerteh,” katanya.

Dalam demonstrasi kelmarin, seramai 200 anak muda dari seluruh Dungun berhimpun sambil pegang sepanduk.

5

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 7-8-2014 11:05 AM
so sohih la ada ummah ganas baling batu

Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja.
Quote the_killer 7-8-2014 11:09 AM
atira posted on 7-8-2014 11:05 AM
so sohih la ada ummah ganas baling batu

Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta  ...

dalam kes dungun...penduduk kampung di situ bgtau...masa demostarasi tu ramai orang2 luar dungun dtg...tp ade juga dari penduduk situ...insiden baling batu tu...suma ada...tu yang Aqsa Syariff marah tu..barbarik sungguh...mcm israhell juga perangainya
Quote yeos 7-8-2014 11:19 AM
kawan i staf kat MCD sbelah giant K.Trg tu bagitau memang terasa kesan boikot. sebelum2 ni dah pernah ada boikot tapi tak seteruk macam kempen boikot tahun ni.
Quote znuyul 7-8-2014 11:29 AM
moga dengan boikot kita ni Israel terjejas sedikit
Quote ajie2000 7-8-2014 12:04 PM



Mcd di malaysia ni baik pegi berunding dengan ramly burger..

Daripada senstiasa di boikot berkali-kali buka je ramly burger
Quote atira 7-8-2014 12:10 PM
nampaknye.. bukan israel shj yg terjejas
Quote tupaiterbang 7-8-2014 12:12 PM
nak buat camno kebencian meluap2 atas keganasan zionis berbalas gan keganasan jugak la..
nak poei Isroel baling batu dok leh, mangsa terdekat ialah agen zionis terdekat yaitu tak lain tak bukan MEKDI loh..bak kata peminat2 bak mekdi..terpulang la nk makan ke idak natang ning..samalah gan pembenci zionis, terpulang lah derang nk buek apo pung..tp sebolihnya, tolong2 la jgn kita terover lak, sb ni sume kan jadi modal atau peluru utk pencacai zionis tembak kita balik...aaaa tu kena ingat tu. Jumaat ning habis-habisan boikot mekdi..orait? cantek!
Quote epalgebuu 7-8-2014 12:13 PM
kesian staff yg cari makan kat situ.. mesti dihina.. kesian2.. nk cari keje lain makan masa.. itu pon kalo ada..
Quote ninja boy 7-8-2014 12:29 PM
nak demo boikot tak agak2, staf/majikan jugak yg kena. caprut sungguh baling batu. baik  melayu pergi kumpul duit beli tanah hartanah rumah kedai
Quote Santeira 7-8-2014 12:31 PM
Bukti McD menyumbang pada zionis pemboikot pengganas PPRT boleh bagi dak? Ke sbb dia tu cakap, dia ni cakap, lepas tu seribu org bodoh kat FB cakap maka benda tu jd betul?
Quote TuntungReturn 7-8-2014 12:32 PM
minum milo leh x?lol
Quote kerunai 7-8-2014 12:35 PM
aku macam nak terajang aje pekerja2 mekdi ni

tak reti berenti keja lagi ke ?

kekeke

dlm keadaan emo heheeh
Quote Bell 7-8-2014 12:36 PM
Elok pikir utk tukar ke business lain....
Quote kegimaru 7-8-2014 12:42 PM
boikot dah la...ni sampai baling batu..paleolitik btul pemikiran
Quote namirulmukminin 7-8-2014 12:43 PM
Tesco tak mau pi baling batu gak ke? Pi la pakat ramai2 serang tesco... pastu rembat barang2 dia hantar ke gaza buat bantu mangsa zionis kat sana...
Quote rdzaccess 7-8-2014 12:43 PM
mintaklah semua owner mcD di negara kita ni tutup seminggu tanda sokongan boikot... boleh gak staff diorang beraya ..
Quote Innrukia 7-8-2014 12:45 PM
Simpati dgn staff McD
Quote lipans 7-8-2014 12:50 PM
Perasan baling batu ke Merkava la tuuu
Quote lompatikam 7-8-2014 01:02 PM
business mekt yg sebenar adalah property business. yg kedua, sales and marketing consultation depa.

concept franchise nih,  franchisee bayar fee pada master franchiser, master franchiser bayar pada HQ. so kalau mekT nih byk yg tutup maka jumlah fee master franchiser kurang utk bayar HQ. kalau 2 bulan je boikot...still franchisee mekT kena cari duit utk bayar jumlah fee tahunan/ bulanan yg ditetapkan + komisyen fee bulanan ( ikut percentage jualan) kepada master franchiser. master franchiser juga ada fee tetap tahunan yg depa kena bayar kat HQ. cukup tak cukup target bukan masalah HQ, master franchiser kena pikir cara nak bayar. apa yg HQ nak buat dgn duit tuh bukan hal si master franhiser atau si franchisee.

kalau franchisee nak tukar business, maka master franchiser akan tarik balik semua peralatan dlm tuh dari dapur sampai lah kerusi meja dan supplier. kalau kedai tuh milik master franchiser, mmg kena keluar terus gitu je. sama ada master fanchiser maintain business kat situ atau dia cari franchisee lain dan percayalah akan ada individu lain yg akan pump in modal untuk mulakan business ini.

so yg ex franchisee nih kena mula dari kosong balik kalau dia nak mula business. dan tak silap ada agreement yg mengatakan mereka ni tak boleh masuk bidang yg sama untuk tempoh tertentu.

Lihat semua komen(253)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.307810 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top