CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zoey Rahman Masih Dibayangi Imej Kanak-Kanak

8-8-2014 04:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20881| Komen: 37

Description: Di Sebabkan Perkara Itu Juga, Zoey Berkata Dia Kini Lebih Memilih Watak Terutama Dalam Membuang Imej Kanak-Kanak Berkenaan Selain Lebih Selesa Dengan Penampilan Yang Lebih Dewasa Berbanding Dahulu.
Zoey Rahman Masih Dibayangi Imej Kanak-Kanak

Zoey kini lebih memilih watak bagi mengelak terus dilabel sebagai pelakon kanak-kanak.




PETALING JAYA: Pelakon Zoey mengakui wajah keanak-anakkannya membataskan untuk dia mendapatkan kepercayaan pengarah dalam membawa watak-watak dewasa seiiring dengan umurnya yang kini sudah mencecah 29 tahun.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, perkara tersebut juga menyukarkan dia keluar daripada terus dilabel sebagai pelakon kanak-kanak.

"Saya akui kerana wajah saya ini saya sukar untuk mendapat watak-watak utama dan serius, hanya beberapa watak terutama pelajar sekolah yang sering ditawarkan kepada saya.

"Di luar masih ramai peminat kanak-kanak yang panggil saya abang Zoey, ia mungkin kerana program kanak-kanak yang saya hoskan sebelum ini membuatkan saya terus melekat dengan imej itu," katanya kepada mStar Online.


Zoey berharap terus diberi peluang membawa watak serius.

Di sebabkan perkara itu juga, Zoey berkata dia kini lebih memilih watak terutama dalam membuang imej kanak-kanak berkenaan selain lebih selesa dengan penampilan yang lebih dewasa berbanding dahulu.

"Saya memang akan fikir banyak kali kalau tawaran menjadikan saya sebagai budak sekolah, kalau boleh memang saya tidak mahu.

"Saya juga banyak mengubah penampilan kepada lebih dewasa dan tidak pakai baju-baju yang terlalu terang dan banyak warna," katanya.

Zoey mula dikenali menerusi bidang pengacaraan dalam program kanak-kanak Gerak Geri Gasing yang pernah bersiaran di Astro Ceria.


Sementara itu, Zoey berkata, program Fear Factor yang disertai tahun lalu memberi peluang kepadanya untuk membuktikan keupayaan melakukan aktiviti lasak.

"Selepas program Fear Factor saya dapat banyak tawaran berlakon yang membolehkan saya keluar daripada watak kanak-kanak. Program itu telah membuka mata pengarah bahawa saya sebenarnya seorang yang tahan lasak.

"Biarpun hanya sekadar menduduki tempat kedua dalam program itu, namun saya rasa bersyukur ia memberi impak besar dalam kerjaya saya sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Zoey bakal muncul dalam drama bersiri Plan B yang akan disiarkan di Slot Aksi pukul 10 malam di TV3 bermula pada 19 Ogos ini.

Drama arahan Fezor Kadir itu turut mebariskan pelakon seperti Shukri Yahaya, Talha Harith, Risteena, dan Beto Kusyairy.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 8-8-2014 12:40 PM
mmg pon! tgk dia mmg igt bdk2 bintang kecil je
Quote CrowneGlory 8-8-2014 12:40 PM
Bertabahla ko sederet dgn thumb suhaimi, ameer & bell
Quote CiliPadiSedap 8-8-2014 12:47 PM
mesti mamat budu ni
Quote gusikuberdarah 8-8-2014 12:47 PM
biar betik dia dh 29 tahun??
Quote lolali 8-8-2014 12:48 PM
erk xleh terima dia blakon cerita yg ptg time weekend tu. something org gaji. aihh x kena langsung,.
Quote Malikmalika 8-8-2014 12:58 PM
29??? muka muda gila la . awek muda tu . bersyukur la wahai si zoey oii
Quote melati_kesuma 8-8-2014 01:47 PM
Mel tengok zoey mcm gaya seseorang...baru mel pasan..zoey tiru stail kim soo hyun lah...
Quote fifie_olin 8-8-2014 01:49 PM
jambu nya muka...
dagu tu alter ke
Quote malaywood.NET 8-8-2014 02:24 PM
okey apa nampak jambu.. ada rupa lah tu.. nanti org kata ko pecah rumah ko pulak nangis dengar.
Quote RatuDunia94 8-8-2014 02:45 PM
ada 1 cite dia masa bulan pose kat tv3 dulu.. dia berlakon dgn elfira bw watak dewasa.. dh mcm cite pondok2...
Quote elamor 8-8-2014 02:48 PM
cuba try berjambang pulak
Quote gula_tebu 8-8-2014 03:21 PM
RatuDunia94 posted on 8-8-2014 02:45 PM
ada 1 cite dia masa bulan pose kat tv3 dulu.. dia berlakon dgn elfira bw watak dewasa.. dh mcm cite  ...

cerita yang dorang jd laki bini tapi mummy si lelaki ni halang hubungan dorang tu ke?
Quote RatuDunia94 8-8-2014 03:27 PM
gula_tebu posted on 8-8-2014 03:21 PM
cerita yang dorang jd laki bini tapi mummy si lelaki ni halang hubungan dorang tu ke?

ye kot.. i x tgok sgt cite tu.... sbb time2 magrib nk buka pose..

Quote gula_tebu 8-8-2014 03:29 PM
RatuDunia94 posted on 8-8-2014 03:27 PM
ye kot.. i x tgok sgt cite tu.... sbb time2 magrib nk buka pose..

i pon tak tengok beriya, ada la sekali dua tertengok sebab i rengsa kalau tengok elfira lama-lama
Quote makadek 8-8-2014 03:41 PM
pekat gile slang die.kalah izzue
Quote encikWawad 8-8-2014 03:42 PM
ok apa muka adek2 yang muda selalu - cer letak misai cam rizal jaafar
nampak la jhantan sikit..when i say sikit..literally sikit lah
Quote batman_2007 8-8-2014 03:45 PM
Muka jambu ni bertuah. Bila ada misai jmbng nmpk hensem sgt mcm zac apron tu
Quote sapeka 8-8-2014 04:38 PM
cuba biar berjambang sikit
mungkin akan nampak kedewasaannya..
Quote non.sari 8-8-2014 04:44 PM
pegi gym lah,,
bg kekar sket badan tu..
beli minyak jambang, gonyoh banyak2 kat pipi,,

tak lama lg, mesti org nmpak ko jantan macho lagi sejati..
bole diri duduk cangkung sebaris dgn bang aaron.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.146518 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top