CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jihan Muse - "Saya Hanya Guna Pencuci Muka Rm20"

11-8-2014 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 56950| Komen: 175

Description: "Saya Tidak Pernah Dikelilingi Oleh Mereka Yang Berbuat Begitu, Jadi Saya Tidak Tahu Di Mana Tempat Mereka Melakukan Rawatan Untuk Jadi Lebih Cantik.
Jihan Musa Anggap Rawatan Pembedahan Muka Membazir

Jihan Musa




PETALING JAYA: Pelawak Jihan Musa tidak pernah terfikir untuk melakukan sebarang rawatan  tertentu mendapatkan wajah yang cantik seperti yang dilakukan kebanyakan selebriti.

Jihan, 30, berkata, dia menganggap perkara tersebut sebagai suatu pembaziran dan lebih selesa dengan apa yang dikurniakan secara semula jadi.

"Saya tidak pernah dikelilingi oleh mereka yang berbuat begitu, jadi saya tidak tahu di mana tempat mereka melakukan rawatan untuk jadi lebih cantik.

"Pada saya tidak penting untuk membuat rawatan atau mengubah wajah kerana ia bukan sahaja berdosa, malah memerlukan kos yang tinggi.

"Saya hanya menggunakan pencuci muka berharga kurang daripada RM20 sahaja setiap bulan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Super Spontan, di Talent Lounge, di sini, Jumaat.

Jihan berkata demikian ketika mengulas tentang perubahan wajahnya yang kini dikatakan lebih berseri-seri berbanding pada awal kemunculanya dalam industri hiburan.

Selain itu, gambar-gambar yang dimuat naiknya dalam laman sosial Instagram turut mendapat pujian peminat yang meminta dia untuk berkongsi rahsia kecantikkan.


































"Saya masih sama seperti dahulu mungkin kerana usia sudah semakin dewasa dan saya akui lebih menjaga penampilan diri ketika keluar dari rumah.

"Sejak jadi artis saya akan bersolek dan pilih pakaian untuk keluar ke tempat awam kerana saya tidak mahu peminat ambil gambar dalam keadaan tidak elok.

"Lagi pun apa yang saya muat naik di Instagram itu sudah di edit menjadi lebih cantik," ujarnya.

Tambah Jihan, apa yang lebih penting sebagai seorang selebriti ialah penampilan yang kemas dan selesa untuk didekati oleh masyarakat.

Sementara itu, Jihan yang turut beraksi untuk program Warna Super Spontan musim ketiga ini juga mengakui teruja untuk bersama-sama terlibat dengan permainan secara spontan yang akan dilakukan bersama selebriti lain.

"Ini kali pertama mereka tawarkan saya untuk terlibat, saya terus setuju kerana saya suka permainan secara spontan ini.

"Saya tidak sasar untuk menang sebaliknya sekadar untuk berhibur dengan kawan-kawan yang lain," katanya.

Warna Super Spontan akan bermula pada 22 Ogos depan secara langsung menerusi Astro Warna saluran 132, pada pukul 10 malam.

Antara selebriti lain yang terlibat adalah Johan, Shuib (Sepah), Taukeh, Shahrol (Shiro), Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah, Abam, Didie Alias, Yus (Jambu), Syuk dan Rahim.

5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tinker_bell 9-8-2014 03:38 AM
scr jujur..ioll merasakn pencuci muka..skin care adelah sgt2 membazir kalau beli mahal2..untung pmpn kulit cantik tp cuci muka pakai air garam je..ade je org buat mcm tu..untung siapa2 pmpn yg kulit cantik semulajadi..sbb duit yg beribu2 tu boleh guna untuk benda2 lain..

tp nak buat macamana..bkn semua pmpn bnasib baik kulit naturally cantik mcm lisa surihani..pakai product murah kulit gatal/merah/naik bintik2..reactive..jd tpaksa la pakai product mahal sbb kulit super2 sensitive..ioll pakai bedak sejuk yg natural pon kulit boleh jd gatal/merah2..

ade je pmpn yg hanya pakai sabun rm5..tak pakai toner/moisterizer..tak pakai serum mahal2..tp kulit very gorgeous..harga skin care tak penting..yg penting hasil dia uoll..kalau kulit dah lawa..tak ada msalah..pakai je murah2..motif meroyan mcm ni thread kt bod kecantikn??
Quote kakikuDibibirmu 9-8-2014 03:43 AM
bedak ni memang murah:


Quote khaira01 9-8-2014 04:42 AM
Jihan mmg nmpak makin cantik!
Quote perembes 9-8-2014 06:44 AM
Facialkan muka.. Tak kirala bt sndri ka apa, lama2 muka jd bersih, bla bersih npk la sgr dn beseri
Quote CocoRocha 9-8-2014 06:46 AM
lps nie banyaklaaa job jadi duta kecantikan
Quote RatuDunia94 9-8-2014 07:01 AM
bandingkan dgn yg ni



entah2 Jihan ni pergi dapatkan rawatan di Venezuela kot!
Quote hyie 9-8-2014 07:04 AM
tetiba rasa teringin pulak nak tengok jihan pakai kostum ala lady gaga. Rasa cam sesuai gitu ngan perwatakan dia yang selamba. Mesti gempak..
Quote kakikuDibibirmu 9-8-2014 07:05 AM
pencuci muka apa ya yang boleh betulkan gigi tu, jimat tak payah buat appointment dental, under RM20 jah
Quote cruisekeanu 9-8-2014 08:04 AM
Betulkan gigi tu memanglah mahal

dia pakai pencuci muka jenama-jenama kat bawah ini le kot

1. Fair and lovely
2. Safi
3. Olay
4. Alaisyah
5. Garnier
6. Sabun Papaya
7. Sabun beras
8. Biore
9. Nivea
10. Eversoft
11. Oxy
12. Pencuci muka anugerah
13. Shurah

dan banyak lagi, yang ini yang sempat aku tengok di kedai kakak aku je

Quote dino 9-8-2014 08:10 AM
kakikuDibibirmu posted on 9-8-2014 07:05 AM
pencuci muka apa ya yang boleh betulkan gigi tu, jimat tak payah buat appointment dental, under RM20 ...

ko takyah aaa sental muka.... kasi pokus tetek tu.... jgn labuh sgt.... wpun ade kelebihan leh libas2 nyamuk n lalat....
Quote ZaraPalarae 9-8-2014 09:11 AM
Jihan mmg makin cun
Quote kukukatablog 9-8-2014 09:12 AM
kadang2 giler ak tengok ada sanggup beli clenser skii harga seratus lebih sebotol,
cleanser jer kot omg.....
Quote leekamlee 9-8-2014 09:25 AM
dino posted on 9-8-2014 08:10 AM
ko takyah aaa sental muka.... kasi pokus tetek tu.... jgn labuh sgt.... wpun ade kelebihan leh lib ...

hahahhahahha...entry plg lawak. Blh msk kot ko ni Raja Lawak tu, lps tu blh la ko berkwn ngan jihan n sampaikan hasrat hati ko nak suh dia jg ketet tu..haha
Quote aezvogue 9-8-2014 09:36 AM
kulit die mmg jenis xde masalah kot..die nmpk makin cantik lepas die repair gigi die..
Quote Grengo 9-8-2014 10:03 AM
Dah natural beauty ..
Quote budakmanentah 9-8-2014 10:25 AM
muka dia still sama...xde la berubah mana kecuali tang gigi


cuma kulit makin putih n mekap buat dia nmpk matang


si tukang mekap dia masa raja lawak dulu mmg hazab sgt..skang dh byk duit blh hire mekap artis yg mahal
Quote rosasa 9-8-2014 10:29 AM
iols nak up diri juga, kulit iols pun bebas jerawat dengan guna safi balqis saja
Quote kakikuDibibirmu 9-8-2014 10:31 AM
rosasa posted on 9-8-2014 10:29 AM
iols nak up diri juga, kulit iols pun bebas jerawat dengan guna safi balqis saja

akak suka tenyeh yang ada gamat tu, memang halus mulus pilus kulit muka akak
Quote rosasa 9-8-2014 10:33 AM
kakikuDibibirmu posted on 9-8-2014 10:31 AM
akak suka tenyeh yang ada gamat tu, memang halus mulus pilus kulit muka akak

kan kaka...tak payah nak skII segala

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.093330 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top