CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17: 150 mayat sempurna dan 300 anggota badan selesai dibedah siasat

11-8-2014 04:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3017| Komen: 0

Description: Beliau Berkata Buat Masa Ini Pasukan Dvi Malaysia Dan Dvi Antarabangsa Berada Dalam Fasa Pemadanan Data Pemeriksaan Antemortem Dan Post Mortem Bagi Tujuan Pengesahan Secara Positif Identiti Mangsa.
MH17: 150 mayat sempurna dan 300 anggota badan selesai dibedah siasat


Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) menjalankan bedah siasat terhadap 150 mayat sempurna dan 300 pelbagai anggota badan tidak sempurna mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

“Daripada 226 keranda yang selesai dibuka ada 600 bahagian…pemeriksaan dibuat ke atas 450 bahagian iaitu 150 ialah mayat sempurna manakala 300 pula anggota pelbagai badan tidak sempurna,” katanya.


Dr Subramaniam berkata satu keranda yang baru tiba di Kem Tentera Hilversum, Amsterdam pada 4 Ogos, sedang dalam proses pemeriksaan bedah siasat.


“Jangkaannya dalam seminggu dua ini semua pemerikaaan (bedah siasat) siap dijalankan, selepas itu proses mengenal pasti (pemadanan) akan dijalankan daripada keputusan DNA yang kita hantar daripada ahli keluarga terdekat,” katanya.


Bercakap dalam sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kementerian di Putrajaya hari ini, beliau berkata proses mengenal pasti mangsa mayat pula dijangka siap selewat-lewatnya dalam tiga minggu lagi.


Dr Subramaniam berkata selepas segala proses rumit itu selesai, kerajaan akan membuat keputusan berhubung proses membawa balik mangsa mayat itu ke negara ini dengan mengambil kira pandangan waris mangsa.


“Sebab ada pelbagai pandangan, ada yang tidak mahu ia dibawa balik, ada yang nak dibakar di situ dan ada juga yang mahu membawa balik secepat mungkin. Tiap-tiap pandangan akan diambil kira oleh kerajaan,” katanya.


Beliau berkata buat masa ini pasukan DVI Malaysia dan DVI antarabangsa berada dalam fasa pemadanan data pemeriksaan antemortem dan post mortem bagi tujuan pengesahan secara positif identiti mangsa.


Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.


Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh, namun tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=97
14

Bagus
3

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
2

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.037737 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top