CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17: Singapura Tingkat Langkah Keselamatan Penerbangan

11-8-2014 05:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1478| Komen: 0

Description: Lui Berkata Masyarakat Antarabangsa, Dipimpin Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (Icao), Sedang Mengkaji Semula Isu-Isu Dan Respons Berpotensi Yang Perlu Diikuti Berhubung Pesawat Awam Yang Bero ...
MH17: Singapura tingkat langkah keselamatan penerbangan 


SINGAPURA: Berikutan Ekoran nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, Lembaga Penerbangan Awam Singapura (CAAS) kini menimbang langkah meningkatkan perkongsian maklumat keselamatan dan sekuriti di kalangan pihak berkuasa dan syarikat penerbangan kebangsaan. Menteri Pengangkutan, Lui Tuck Yew berkata syarikat penerbangan itu kemudian boleh merancang laluan penerbangan dan menilai risiko yang terbabit dengan lebih aktif. Dalam jawapan lisan kepada persoalan di parlimen mengenai perancangan penerbangan, Lui berkata: “Penerbangan awam antarabangsa memerlukan sebuah pesawat yang boleh merentasi pelbagai negara, tetapi tidak ada satu pihak berkuasa pun yang dapat menyediakan semua maklumat mengenai keadaan di luar bidang kuasanya.”


Beliau berkata, negara perlu bergantung antara satu sama lain dan perlu bekerjasama demi menentukan keselamatan penerbangan awam yang berkekalan. 
Sejak nahas MH17, banyak pihak mengambil berat terhadap keselamatan penerbangan yang melalui ruang angkasa kawasan konflik. 


Lui berkata masyarakat antarabangsa, dipimpin Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sedang mengkaji semula isu-isu dan respons berpotensi yang perlu diikuti berhubung pesawat awam yang beroperasi di ruang udara kawasan konflik. 
“Kita akan mengambil bahagian secara aktif dalam usaha ini untuk menentukan perjalanan udara lebih selamat dan terjamin,” kata beliau. 

Katanya, CAAS sebagai badan kawal selia memerlukan syarikat penerbangan Singapura melaksanakan proses perancangan penerbangan yang cergas demi menjamin operasi penerbangan yang selamat. 
Berikutan insiden MH17, CAAS telah meminta syarikat penerbangan Singapura mengkaji semula penilaian operasi penerbangan di ruang udara kawasan konflik. 

Lui mengambil perhatian bahawa insiden Penerbangan MH17 adalah tragedi dahsyat. “Ini tidak wajar berulang. Sebagai sebuah negara, kami berdiri teguh di samping jiran kita dan menzahirkan simpati mendalam terhadap keluarga mangsa,” katanya. -

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=95
12

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.048532 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top