CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Alif Satar Nikah 15 September Ini

13-8-2014 10:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13945| Komen: 81

Description: Malah Video Muzik Lagu Ini Turut Menceritakan Detik-Detik Pertemuan Dan Rasa Cinta Terhadap Bakal Isterinya. Ianya Akan Mula Ditayangkan Di Youtube Bermula Hari Ini (12 Ogos).
Alif Satar Nikah 15 September, Tuju Lagu Untuk Bakal Isteri



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Akhiri Penantianku', Alif Satar kembali dengan single terbaru yang berjudul 'Setiap Hari'. Lebih menarik, single ini didedikasikan khas buat bakal isterinya, Shadila Halid.

Malah video muzik lagu ini turut menceritakan detik-detik pertemuan dan rasa cinta terhadap bakal isterinya. Ianya akan mula ditayangkan di Youtube bermula hari ini (12 Ogos).

Lebih menarik, penghasilan klip video lagu ini telah mendapat sentuhan pengarah Dian Mayasari yang sebelum ini mengarahkan muzik video 'Akhiri Penantianku'.

Dalam pada itu, usia muda bukan penghalang untuk Alif mendirikan rumah tangga. Alif Satar bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis idaman hatinya, Shadila Halid pada 15 September ini bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-24.

Majlis nikah akan berlangsung pada 15 September ini dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Manakala, majlis resepsi akan diadakan di Marina Putrajaya pada 20 September, jam 8.00 malam. Media, rakan-rakan dan teman-teman rapat dalam industri hiburan ini akan dijemput bagi memeriahkan majlis ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakasotong 13-8-2014 01:15 AM
Tahniah alif

Suka dgr lagu2 dia ni nyanyi. Seme nye best2
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2014 01:17 AM
please please please kamu jangan nakal
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2014 01:17 AM
ku pergi sebentar bukan untuk curang
Quote CrowneGlory 13-8-2014 01:19 AM
Wife nmpk lg matang
Quote insulin 13-8-2014 01:28 AM
Mak aiii. Cunnya bakal isteri dia.
Quote clarizsa 13-8-2014 01:29 AM
tahniah.... comel bakal wife dia...
Quote KelisaOren 13-8-2014 02:33 AM
Rasanya banyak juga beza umur dia n bakal wifenya...dia suka perempuan lebih matang kot tahniah alif
Quote drivethru 13-8-2014 03:11 AM
Tahniah.....mmg ciri2 wife yg dicari matang n berisi. Last edited by drivethru on 13-8-2014 03:13 AM

Quote Munnalicious 13-8-2014 08:01 AM
Tahniah diucapkan
Quote misskitty 13-8-2014 08:16 AM
tak sangka umur dia baru 24.. tahniah!!
Quote maxim 13-8-2014 08:22 AM
Bakal wife nampak sedap
Quote iman_aly 13-8-2014 08:46 AM
tahniah laa.. mcm ana rafali pn ade.
Quote reenz013 13-8-2014 08:50 AM
tahniah..cantek bakal wife dia
Quote Rinna 13-8-2014 08:53 AM
Cantik laa bakal isteri Aliff nie.. sweet jer.. Tahniah.. Moga berkekalan..
Quote sayalala 13-8-2014 08:56 AM
tahniah alif dan bakal isteri..mcm body type yg badan sedap je bakal wife nye ni..heheheh
Quote aTiKah_aYuNi 13-8-2014 09:35 AM
tahniah......
Quote tomet05 13-8-2014 09:36 AM
lawa bini thaniah alif ye!
Quote MummySafa 13-8-2014 09:38 AM
tahniah la...smoga berbahagia hingga jannah..
Quote enchikfitz 13-8-2014 09:46 AM
tahniah la....walaupun x minat. Lepas ni jgn buat lagu2 mcm budak2 ye. Lagu matang sikit dari meroyan penyanyi seusia dia lagi popular dari dia

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063610 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top