CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17: Kerajaan Beri Kebebasan Penuh Kepada Keluarga Urusan Jenazah

13-8-2014 05:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2473| Komen: 0

Description: Beliau Berkata Pihaknya Akan Sentiasa Berhubung Dengan Keluarga Mangsa Mengenai Perkembangan Semasa Termasuk Proses Membawa Pulang Jenazah.
MH17: Kerajaan beri kebebasan penuh kepada keluarga urusan jenazah


KOTA BHARU: Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada semua keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, untuk membuat keputusan berhubung urusan pengebumian jenazah. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata waris mangsa berhak menentukan bagaimana jenazah diuruskan mengikut anutan agama dan kepercayaan masing-masing. 

"Jawatankuasa (Pengurusan Mayat dan Jenazah Mangsa MH17) akan mengendalikan mengikut kehendak yang dipersetujui kedua-dua belah keluarga waris, sebelah isteri dan sebelah suami dan mereka berbincang sekali bagi mencapai kata sepakat. 

"Kalau bukan Islam, keluarga mereka juga akan memilih lokasi krematorium pilihan masing-masing dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menutup Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan Ke-40 di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia di sini malam tadi.


Rohani berkata sehingga kini 80 peratus keluarga mangsa nahas itu telah memaklumkan kepada jawatankuasa berkenaan bagaimana mereka mahu jenazah itu diuruskan termasuk lokasi pengebumian. 

"Sebanyak 80 peratus telah memaklumkan keputusan itu. 20 peratus lagi mungkin mereka (keluarga) masih belum memberikan keputusan masing-masing. Kami menghormati perkara itu tetapi perlu memaklumkan keputusan sebelum jenazah tiba di tanah air," katanya. 

Rohani berkata kerajaan memahami perasaan keluarga mangsa yang perlu mengambil masa untuk membuat keputusan itu tetapi yakin mereka akhirnya akan mencapai kata sepakat selepas berbincang dengan semua keluarga. 

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa berhubung dengan keluarga mangsa mengenai perkembangan semasa termasuk proses membawa pulang jenazah.

Menteri itu berkata pihaknya akan terus menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa tragedi dan ia akan dilakukan secara berterusan selagi diperlukan. 

Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. 

Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. 

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218
4

Bagus
13

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040519 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top