CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Dato’ Meor Abdul Rahman

15-8-2014 03:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30495| Komen: 38

Description: Pukulan Tangan Dato’ Meor Abdul Rahman Yang Nyata Berbisa Telah Menyebabkan Bruce Lee Jatuh Tersungkur Dan Menggelupur Kesakitan. Kerana Belas Kasihan Ke Atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman Pun ...




DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN.
TARIKH LAHIR : 17/8/1915 di Kampung Lake Garden,Taiping,Perak.
GURU : Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas (Hulubalang negeri Pahang)
SENI BELA DIRI : Silat Gayung(silat yang diamalkan oleh Dato’ Bahaman,Tok Gajah dan Mat Kilau
ANUGERAH : .Hulubalang negeri Perak (sehingga 1938) .Penghulu Besar Pulau Sadong,Indonesia (sehingga 1947) .Pegawai Polis berpangkat Sarjan di Ibu pejabat Polis Singapura .Dianugerahkan Pingat King George lV (1947) .Dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Cora Si Manja Kini Oleh Sultan Idris Shah (Sultan Perak).
PENGASAS : Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia(PSSGM)
REKOD PERLAWANAN : 1950     – Juara Gusti dunia dari Eropah,KING-KONG (nama samaran) 1970     – Donn F. Draeger(Pakar seni bela diri Jepun) 1980’an – Ricky ‘the Dragon’ Steamboat(ahli gusti) Jan de Jong(selepas itumenjadi ahli silat gayung)
FAKTA MENARIK : Pada tahun 70’an,hampir 2/3 ahli Kabinet Malaysia adalah ahli persatuan seni silat gayung malaysia.



Perlawanan antara Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do.


Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu.


Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.


Kejuaraan Silat Sedunia 1987 di Kuala Lumpur (Dato’Meor Abdul Rahman Memakai Kot Biru)


Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping.


Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga.


Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.

Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.


Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.


Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.


Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)


6

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 14-8-2014 05:05 PM
Sekadar share sahaja. mcm menarik tapi betul ke dia lwan bruce lee?
Quote berun 14-8-2014 05:08 PM
Quote CiliPadiSedap 14-8-2014 06:04 PM
berun posted on 14-8-2014 05:05 PM
Sekadar share sahaja. mcm menarik tapi betul ke dia lwan bruce lee?

xtau nak cakap. tp kalau lawan bruce lee dato meor menang logik sebab tgk otot bruce lee patah riuk
Quote revolusi_30 14-8-2014 10:04 PM
Bukan kat Changi ke peristiwa ne .. N satu lagi ramai org ckp Dicky Zulkarnain yg lawan sebenarnya.
Quote spiderman80 14-8-2014 11:48 PM
Betul ke kes lawan ngan Bruce Lee tu? Kalau ada Wikipedia mesti ada tulis.
Quote rastaf 15-8-2014 04:09 PM
revolusi_30 posted on 14-8-2014 10:04 PM
Bukan kat Changi ke peristiwa ne .. N satu lagi ramai org ckp Dicky Zulkarnain yg lawan sebenarnya.


memang dicky zulkarnain ada lawan bruclee. tapi dia lawan selepas bruce lee berlawan ngan dato meor. nasib baik dato meor tawarkan bruce lee penawar sebab kena pukulan kipas nandung memang berbisa.

lepas tu bruce lee kali kedua pergi lagi berlawan dengan Dicky  Zulkarnain (orang betawi). cedera pukulan dari dato meor belum pulih sepenuhnya bruce lee dah cabar dicky pula. dorang berlawan la... sekali kena pukulan dicky itu yang cedera teruk... dicky pun tak sangka pukulan dia boleh sampai cedera seteruk tu sebab dicky tak tahu sebelum tu bruce lee dah kena pukulan dato meor... lepas tu bruce lee meninggal


Quote spiderman80 15-8-2014 06:35 PM
rastaf posted on 15-8-2014 04:09 PM
memang dicky zulkarnain ada lawan bruclee. tapi dia lawan selepas bruce lee berlawan ngan dato m ...

Syok sendiri saja. Cuba baca wikipedia macam mana Bruce Lee mati.
Quote lennonmccartney 16-8-2014 12:31 PM
dalam majalah beladiri (aku ingat2 lupa) memang bruce lee penah lawan dan dato meor. then punca kematian bruce lee lepas post mortem mnyatakan dia alah dengan panadol. satu sumber lain pula bagitau bruce lee mati akibat pengambilan canabis secara lebih. doktor bedah perut dia jumpa la daun2 canabis. dia makan daun tu macam makan sireh. untuk hilangkan stress. bruce lee kan hebat dalam filem, so ramai la yang nk cabar dia. sampai satu tahap dia bawak pistol...
Quote BotakChinPeng 17-8-2014 12:41 PM
Tak kisah lah bruce Lee mati sebab apa. Yang pentingnya beliau kalah dengan jaguh silat malaysia
Quote bluezink 20-8-2014 03:55 PM



Quote billionman78 21-8-2014 11:50 AM
bukan ke dato meor and dicky zulkarnain ada buat penafian tentang perlawanan tu?
Quote ra5101 21-8-2014 12:01 PM
Mungkin diorg xnak aibkan bruce lee
Quote robotech 21-8-2014 02:07 PM
Tu semua cerita urban legend je. Unless ada bukti, ia cuma cakap2 mulut.
Quote phanz00 21-8-2014 04:25 PM
mmg bruce lee pernah berlawan dengan dato mior tapi sekadar ingin melihat kalau silat tu lagi bagus dari jeetkune do dia tu je , bruce mmg mati sbb overdose dadah tapi atas desakan ahli keluarga bruce lee perkara ni tak diceritakan pada org lain, doktor rahsiakan perkara ni jadi tu yg kluar mcm2 spekulasi pasal kematian bruce lee.
Pasal dicky zulkarnain tu kurang pasti samada betul dia ada lawan bruce lee atau tak. Bruce berlatih diluar keupayaan normal tubuh badan manusia,jadi bila badan dia letih dia amek dadah tu utk hilangkan rasa letih bdn dia tu, tapi dia tak sedar yg dia dah amek secara berlebihan walaupun dah dinasihat oleh doktor. Dah akhirnya,badan dia rosak dan mula sakit. Last edited by phanz00 on 21-8-2014 04:29 PM

Quote joyahglam 21-8-2014 07:29 PM
bluezink posted on 20-8-2014 03:55 PM

mcm org tidor jah muka nya
Quote joyahglam 21-8-2014 07:31 PM
lennonmccartney posted on 16-8-2014 12:31 PM
dalam majalah beladiri (aku ingat2 lupa) memang bruce lee penah lawan dan dato meor. then punca kema ...

jauhilah najis dadah.
dadah ni, takde pekdahpun. racun dlm diam, nikmat yang membunuh
Quote berun 22-8-2014 11:49 AM
phanz00 posted on 21-8-2014 04:25 PM
mmg bruce lee pernah berlawan dengan dato mior tapi sekadar ingin melihat kalau silat tu lagi bagus  ...

Bruce berlatih diluar keupayaan normal tubuh badan manusia


gila la bruce lee ni. belatih tahap tu skali
Quote phanz00 22-8-2014 03:49 PM
berun posted on 22-8-2014 11:49 AM
Bruce berlatih diluar keupayaan normal tubuh badan manusia

dia nak buktikan pada semua org yg dia bleh jadi paling hebat dan terrer dlm senibela diri...tp malangnya dia silap langkah sbb guna dadah....
Quote LegacyMerah 23-8-2014 11:09 AM
spiderman80 posted on 15-8-2014 06:35 PM
Syok sendiri saja. Cuba baca wikipedia macam mana Bruce Lee mati.

Boleh jumpa dengan Dato' Raja Abdul Majid Raja Mat Isa .. Guru Utama PSSPGM ..

Rumah dia kat Gurun, Kedah ..

dia akan sahkan ..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.740718 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top