CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Terhantuk Penghadang Jalan

15-8-2014 06:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7876| Komen: 25

Description: “Penunggang Motosikal Yang Juga Rakan Sekolah Mangsa Dikejarkan Ke Hospital Parit Buntar Sebelum Dihantar Ke Hospital Taiping Untuk Rawatan Lanjut.
Maut Terhantuk Penghadang Jalan



PARIT BUNTAR - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Parit Buntar maut apabila motosikal ditunggangi terbabas sewaktu cuba mengelak sebuah kereta yang membelok secara melulu di persimpangan Kilometer 1 Jalan Taiping-Parit Buntar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa, M Kishan Kumar, 14, maut di tempat kejadian setelah kepalanya dipercayai terhentak pada penghadang jalan manakala rakannya,  D Dixon Thomas, 15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ parah.

Ketua Polis Daerah Kerian Asisten Komisioner Mat Fauzi Nayan berkata, siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang membelok secara melulu.

Menurutnya, kereta jenis Proton Gen 2 dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan membelok secara melulu ketika memasuki satu simpang di lokasi kejadian.

“Akibatnya dua mangsa yang menunggang motosikal di lorong kiri gagal mengelak kenderaan itu sehingga menyebabkan pemboncengnya maut.

“Penunggang motosikal yang juga rakan sekolah mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar sebelum dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Kes  berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

  Mat Fauzi turut mengesahkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar dan telah dituntut ahli keluarga.


1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote robertocarbos 15-8-2014 02:24 PM
Bravo mak bapak! sayang anak bagi motor. Dah mati terpekik melolong. Bravo!
Quote kukulangau 15-8-2014 02:28 PM
takziah kepada ahli keluarga yang terlibat
aku harap jangan lah ada NGO berdemo suruh gantikan batu penghadang jalan tu dengan getah so that kalau budak moto jatuh terhentak kat penghadang jalan tak akan cedera teruk
Quote mattzzx 15-8-2014 02:29 PM
Dah lah lesen tak ada, mati plak anak orang...
Quote Nham22 15-8-2014 02:30 PM
Klu xdak lesen mcm kes ni..pemandu xbersalahkan?
Quote prettyuglybabe 15-8-2014 02:39 PM
walaupun driver kereta salah, mak bapak bagi anak bawak motor takde lesen pun bersalah juga
Quote haryatie 15-8-2014 03:04 PM
muda lagik
kesiannyer..
budak2 sekarang kdg2 makbapak x bagi pun dia org curi2 bawak motor..
x dpt motor makbapak, motor kawan dia org pinjam..
x boleh nak salahkan makbapak jerk..
mana ada makbapak x fikir tentang keselamatan ank2
tp bukan senang nk control semua ank2 ikut jerk ckp makbapak..
tipu la aku rasa kalau ada org mengaku ank2 dia langsung x reti buat salah...ikut jerk ckp makbapak..
baik check betul2 dulu..betul ker ank tu soleh & solehah sgt..
ada ker spesis perfect mcam tu...
Quote batusembilan 15-8-2014 03:11 PM
akibat x pakai helmet
Quote saden 15-8-2014 03:16 PM
Nham22 posted on 15-8-2014 02:30 PM
Klu xdak lesen mcm kes ni..pemandu xbersalahkan?

bersalah jugak. Reasoning dia: Kalau nampak apa2 kat tengah jalan, awak langgar juga ke?

Quote namirulmukminin 15-8-2014 03:20 PM
Nham22 posted on 15-8-2014 02:30 PM
Klu xdak lesen mcm kes ni..pemandu xbersalahkan?

Maksud ko Pemandu kete tu ke? Pemandu kete tetap bersalah kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian... Budak penunggang motor plak salah kerana menunggang tanpa lesen... So, dua2 ada hukuman...
Quote namirulmukminin 15-8-2014 03:22 PM
haryatie posted on 15-8-2014 03:04 PM
muda lagik
kesiannyer..
budak2 sekarang kdg2 makbapak x bagi pun dia org curi2 bawak motor..

Zaman sekarang, kalu marah anak lebih2 ada kesan calar sikit dah dituduhnye dera anak... Anak zaman lani tak macam zaman dulu... Kalu dulu, anak tak pi mengaji pon dah kena pelangkong dengan pelepah kelapa... sebab tu budak zaman leni xleh nak kawal dah perangainye... ye dak?

Quote rumplestiltskin 15-8-2014 03:27 PM
Budak tu pon tak pakai helmet. Mudah sgt la kepalanya cedera parah.
Quote emmaisa 15-8-2014 03:35 PM
haryatie posted on 15-8-2014 07:04 AM
muda lagik
kesiannyer..
budak2 sekarang kdg2 makbapak x bagi pun dia org curi2 bawak motor..

betul...anak kawan baru umur 12 senyap2 bawak motor time mak bapak gi keja, sekali aksiden, patah kaki. 2 bulan tak sekolah....
Quote fifie_olin 15-8-2014 03:37 PM
kunci moto mmg letak merata2 ek....
dgn x pakai helmetnya
mmg mengundang maut laa
Quote gnote_2 15-8-2014 07:20 PM
Aku dlu bw moto pn, xde lesen juga.. tp helmet pkai jee..
Quote pelukis.plan 15-8-2014 07:29 PM
minta ambiga bela nasib kedua-dua anak india ni
Quote drivethru 15-8-2014 07:34 PM
Kadang2 aku yg dh lama bawak motor ni, terpaksa mengalah dgn budak2 yg bawak motor mcm nakharam. Budak2 ni bawak dh la laju, keluar masuk simpang mmg x pernah nk bg signal.
Quote Kejora927 15-8-2014 08:56 PM
terhantuk padu punya ni, tak pakai helmet plak. takziahh
Quote Kejora927 15-8-2014 08:57 PM
terhantuk padu punya ni, tak pakai helmet plak. takziahh
Quote Kejora927 15-8-2014 08:57 PM
terhantuk padu punya ni, tak pakai helmet plak. takziahh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.247518 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top