CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Terlalu Banyak Tindik

18-8-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6527| Komen: 40

Description: Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Semalam Melarang Lelaki Warga Jerman, Rolf Buchholz, Memasuki Negara Itu, Sebaliknya Mengarahnya Menaiki Pesawat Untuk Pulang Dari Tempat Dia Berlepa ...

Padah Terlalu Banyak Tindik




Dubai: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam melarang lelaki warga Jerman, memasuki negara itu, sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang dari tempat dia berlepas.

Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki.

Sumber yang dipetik  laporan itu menyatakan, muka lelaki itu penuh dengan tindikan, berlubang dan juga mempunyai dua ‘tanduk’ pada dahinya.

“Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya,” menurut laporan itu. 


ROLF miliki 453 lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh.  


Buchholz dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia.

Dia hadir sebagai orang paling banyak lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh lain - 453 semuanya.

Menurut laporan media, Buchhoz, pengatur cara komputer, menjalani pembedahan plastik besar-besaran untuk mendapatkan penampilan sedemikian.

Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness pada 2012 selaku lelaki paling banyak bertindik di dunia.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 18-8-2014 08:41 AM
nak gelak kan dah tak jadi buat show
Quote faraway1 18-8-2014 08:42 AM
Hodoh gila
Quote HANIMUSLIMAH 18-8-2014 08:46 AM
Begitu sekali yek dia ni demi meraih nama
Quote dubuk 18-8-2014 08:57 AM
selonggok macam kutu barbi bersarang
Quote kentel 18-8-2014 09:09 AM
ew....skali tengok macam lalat maggot plak....
Quote ResellerMaxis 18-8-2014 09:13 AM
Programmer..geng @dino lah ni..
Quote twins 18-8-2014 09:18 AM
tak leh nak bayang kalau dia buka semua 'anting2' kat muka dia.. mesti muka dia hodoh berlubang2 macam kena tembak ngan peluru penabur...
Quote Kejora927 18-8-2014 09:19 AM
ade jugak orang macam ni
Quote malaywood.NET 18-8-2014 09:27 AM
betol ke manusia tu? tak sakit ke!.
Quote famri7 18-8-2014 09:28 AM
Selayaknya cash lah.
Quote boyagombak 18-8-2014 09:57 AM
Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki.


Dia ni elok dihantar ke planet marikh sajork. Mungkin akan ketemu BFF kat sana Last edited by boyagombak on 18-8-2014 10:05 AM

Quote nurul_akmar 18-8-2014 10:04 AM
alahai, huduh sesgt.
Quote kauado? 18-8-2014 10:08 AM
sanggop hodoh demi name...apekah?
Quote mawar_pink 18-8-2014 10:12 AM
geli je tgk...
Quote amyainsamad 18-8-2014 10:13 AM
gler n buruk..........
Quote itik_kuning 18-8-2014 10:22 AM
macam setan siap ada tanduk. eh setan ada tanduk ke uols??
Quote siti_kus 18-8-2014 10:24 AM
cari penyakit namanya.
Quote budakmanentah 18-8-2014 10:27 AM
mcm org kena penyakit kulat pokok...eiiiii
Quote gusikuberdarah 18-8-2014 01:37 PM
aku tengok muka dia,muka aku pulak yg terasa pedih..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.084765 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top