CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Hameediyah Penang Dah Bertukar Wajah

18-8-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13508| Komen: 70

Description: Memang Dah Jadi Macam Satu Tradisi Pulak Setiap Kali Saya Balik Mesti Pergi Makan Nasi Briani Restoran Hameediyah Sekali. Biasanya Kami Akan Pergi Makan Tengahari Di Situ. Samada Di Hari Jumaat Selepa ...
Restoran Hameediyah Penang Dah Bertukar Wajah 


Siapa yang tak kenal Restoran Hameediyah, terutamanya penduduk Pulau Pinang yang dah biasa dengan masakan nasi kandar. Saya kenal restoran Hameediyah ini sejak di bangku sekolah lagi. Bila pergi Pulau Pinang, atau Tanjung sebagaimana yang kita, orang Seberang Perai sebut, mesti akan singgah pekena nasi beriani atau murtabak di Restoran Hameediyah.

Masa kecil-kecil dulu, waktu bulan puasa dan tiba waktu nak beli baju raya, abang sulong akan bawa kami adik beradik yang masih bersekolah ke Pulau Pinang untuk beli baju raya. Di sekitar Penang Road itu ada banyak kedai-kedai pakaian dan kasut yang menjual pakaian berjenama.

Walaupun kami orang susah, namun bab membeli pakaian biasanya akan memilih pakaian berjenama. Abang Sulong masa tu dah kerja. Dia terpaksa cari kerja selepas tamat tingkatan lima di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam. Masa tu dia lulusan MCE atau Malaysia Certificate Education.



Kedua-dua abang saya yang atas semuanya bersekolah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan sekolah itu masih menggunakan sistem peperiksaan inggeris iaitu LCE dan juga MCE ketika itu.

Hanya pada tahun 1980 sahaja keseluruhan sistem MCE telah ditukarkan semuanya kepada SPM. Sistem peperiksaan LCE pula ditukar semuanya kepada SRP diseluruh Malaysia dua tahun lebih awal.

Sejak penukaran itu ramai budak Melayu terutamanya jadi mangkaq dalam menguasai Bahasa Inggeris termasuklah saya sendiri. Mungkin ada pro dan contranya terhadap perubahan tersebut dan terpulang pada diri masing-masing untuk menilaikannya.



Dah melalut kepada sistem peperiksaan pula....!

Berbalik kepada Cerita Restoran Hameediyah tadi, bila pergi Penang Restoran itu adalah antara kegemaran kami. Begitu juga kalau pergi bersama mak sekali sekala. Itu juga restoran kegemaran.

Masa tu murtabak dari restoran Hameediyah memang tak boleh lawan. Semua restoran lain habis kena pukul kalau nak dibandingkan dengan restoran Hameediyah.



Sampai sekarang Restoran Hameediyah masih kukuh bertapak di kedai asalnya. Konsep warnannya juga masih sama iaitu bertemakan warna kerajaan negeri Kedah, Kuning Hijau. Restoran Hameediyah ini ditubuhkan sejak tahun 1907 lagi!.

Punyalah lama mereka bertahan sejak 50 tahun sebelum merdeka mereka dah mula berniaga. Restoran Hameediyah ini nampaknya antara restoran paling lama di Pulau Pinang dan masih ada lagi sampai sekarang.

Ini satu pencapaian menarik yang perlu dikaji dan dipuji. Kita perlu belajar dari perjalanan perniagaan mereka untuk diadaptasikan dari segi keupayaan bertahan merentas segala perubahan zaman.


Restoran Hameediyah dah bertukar wajahKali akhir saya pergi makan nasi briani di Restoran Hameediyah ini adalah sebelum bulan puasa tahun ini. Saya pergi bersama beberapa orang kawan ketika balik ke Pulau Pinang.

Memang dah jadi macam satu tradisi pulak setiap kali saya balik mesti pergi makan nasi Briani Restoran Hameediyah sekali. Biasanya kami akan pergi makan tengahari di situ. Samada di hari jumaat selepas selesai solat jumaat ataupun pada hari biasa.

Kalau nak makan di situ saya lebih suka kalau pergi samada awal sedikit dalam pukul 11.30 atau lewat sedikit dalam pukul 2.30 atau pukul 3 petang. Sebabnya adalah untuk mengelak daripada terpaksa berdiri menunggu meja kosong. Waktu makan tengahari biasanya sesak dengan orang ramai yang keluar rehat makan.



Masa saya pergi kali akhir tu restoran itu masih kekal dengan meja lama mereka yang agak antik. Keadaan dinding dan lantai masih lama namun kelihatan bersih.

Tapi kali ini saya pergi bawa kawan-kawan makan di situ semuanya dah berubah. Perabut, dan kemasan lantai serta dinding serta siling semuanya dah berubah. Rekabentuknya dah moden dengan perabut kayu menggunakan struktur besi telah menggantikan perabut lama mereka.

Ke mana agaknya mereka campak segala kerusi dan meja lama mereka sebelum ini. Terlupa pulak saya nak tanya. Mungkin mereka simpan baik atau jual pada mereka yang berminat dengan perabut antik. Saya yakin mamak bukan jenis orang yang suka membuat pembaziran.

Kelengkapan lama yang masih kekal adalah alat naikkan makanan dari besi dan rantai yang tertera pada gambar atas sekali. Pekerjanya sedang beraksi menunjukkan mesin naikkan makanan yang masih lagi digunakan sampai sekarang.




Nasi Beriani Restoran HameediyahMacam biasa makan kali ini kami ambil nasi beriani ayam dan juga nasi beriani daging kambing. Pembaca boleh lihat warna nasi beriani buatan Hameediyah dari gambar. Warnanya kuning terang dan nasi yang digunakan pula bukan macam nasi beriani lain yang biasanya panjang.

Nasi beriani Restoran Hameediyah menggunakan beras biasa yang gemuk dan  bukannya panjang. Tapi rasanya... subhanallah! lazat walaupun dimakan begitu saja. Jika ditambah pula dengan kuah dalca yang biasa disediakan bersama dengan nasi beriani, menambahkan lagi kelazatannya.

Biasanya kalau pergi dengan kawan-kawan saya akan cadangkan untuk ambil nasi beriani dua pinggan untuk dikongsi bersama dengan 3 orang. Saya perut kecil dan tak boleh makan banyak. Nasi beriani yang restoran Hameediyah masukkan dalam pinggan biasanya banyak melebihi daripada had jumlah makan nasi saya.

Teringin juga nak makan murtabak restoran Hameediyah, tapi bila perut dah penuh semua perasaan nak makan macam-macam itu terus hilang. Mungkin lain kali saya hanya akan makan murtabak kambing saja dan tak makan nasi beriani.

Buat anda yang masih belum mencuba pekena samada nasi beriani atau murtabak restoran Hameediyah, saya cadangkan agar pergilah cuba sekali. Biasanya mereka yang saya cadangkan untuk pergi dan kemudiannya mereka pergi cuba, akan menjadi pelanggan tetap selepas itu setiap kali turun ke Pulau Pinang.

Satu lagi perkara penting nak pesan pada pembaca kalau pergi ke restoran Hameediyah adalah cara pesanan makanan dilakukan. Kalau restoran lain anda pergi duduk dan mereka akan ambil tempahan. Tapi kat restoran Hameediyah, anda kena pergi turun bawah buat order sendiri dan pergi duduk kat atas. Mereka hanya akan ambil tempahan air saja dari tempat duduk anda.

1

Bagus
7

Marah

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 18-8-2014 08:59 AM
cuti raya hari tu gi sini sbb nak melahap nasi briyani.. sedap uols...
yg penting kedainye bersih.. time aku pergi tu la
Quote alfida 18-8-2014 09:03 AM
The best nasi kndar in penang
Quote nurabella 18-8-2014 09:05 AM
yeahh...
Sabtu kelmarin  baru berkunjung ke sini ( again)
Memang berubah dah wajah..
Terperanjat gak nengok..but happy larrr...
lagi kemas, bersih,dan selesaaaa...
ruang atas esp...
tangga pon bertukar wajah u ols..

semalam pulak on the way ke airport, singgah the one at Relau ..sini less choice tapi karinya macam lagii UMmmphh gittew....
siap tapau u olsss bawak naik kapal....


Quote Acong 18-8-2014 09:14 AM
takdak jumpa pad, tahi atau spender dlm kari?
Quote kakJOYah 18-8-2014 09:40 AM
x minat sgt hameediyah, kuah rasa tawar x menarik sgt
Quote rosevelvet 18-8-2014 10:06 AM
not so interested to this retaurant. Tp lebih kpd kisah kebertanggungjawaban abg TT kpd adik2. Sy sgt2 kagum. Semoga hidup abg TT sentiasa diberkati. Amin
Quote GhostWalking 18-8-2014 10:08 AM
rosevelvet posted on 18-8-2014 02:06 AM
not so interested to this retaurant. Tp lebih kpd kisah kebertanggungjawaban abg TT kpd adik2. Sy sg ...

TT mana uols
Quote rosevelvet 18-8-2014 10:09 AM
GhostWalking posted on 18-8-2014 10:08 AM
TT mana uols

TT tu uols la.. nahaiiii.
Quote Athrun.Zalaa 18-8-2014 10:58 AM
Br tau...
"Hanya pada tahun 1980 sahaja keseluruhan sistem MCE telah ditukarkan semuanya kepada SPM. "


PMR cmne sejarahnya, bro?!! Last edited by Athrun.Zalaa on 18-8-2014 10:59 AM

Quote azie.dz 18-8-2014 11:01 AM
sabtu ni nak p penang....sdp nya layan pasemboq..nasi kandaq...tak sabo sungguh
Quote deanswify 18-8-2014 11:01 AM
terima kasih for the info
Quote hayati_hassan 18-8-2014 11:14 AM
hameediyah is the best in penang
suka nasi biyani & daging goreng
dah lama tak p sana
katanya nasi biryani yg kat campble street tu kureng sikit
pasai cook dia dah p relau
kedai hat kat permatang pauh dah bungkuih dah
Quote duquesne 18-8-2014 11:17 AM
Yeah.. baru je singgah minggu lepas nak tapau lauk.. memang total makeover.. pakcik2 tua tu dulu semua dah takde.. ganti dengan  generasi baru..

Tapi kualiti lauk tetap maintain!!!

Quote reenz013 18-8-2014 11:21 AM
bolehla...lg suka p kt mamak padang kota baru
Quote cmf_herrhughie 18-8-2014 11:26 AM
Nasi kandar treadmark bg penang, kl selalu nak copycat penang
Quote artcrime 18-8-2014 11:42 AM
lidah org penang paling aku tak percaya..
Quote dauswq 18-8-2014 11:46 AM
nasi kandaq beratur sebelah masjid keling tu sangat sedap gak..
tp bukak lps kul 10 mlm jek
Quote axl_bach 18-8-2014 11:56 AM
dauswq posted on 18-8-2014 11:46 AM
nasi kandaq beratur sebelah masjid keling tu sangat sedap gak..
tp bukak lps kul 10 mlm jek:lovelin ...

lalu ko makan situ yer???hahahahah

Quote axl_bach 18-8-2014 11:57 AM
hayati_hassan posted on 18-8-2014 11:14 AM
hameediyah is the best in penang
suka nasi biyani & daging goreng
dah lama tak p sana

best ker hameediyah nih??aku pegi last tym penang tahun lepas igt nak try sbb org cakap ayam madu dia best tp tutup plak, end up aku makan Kapitan Little India yg pada aku x sebest Kapitan dekat Quensbay......

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.201328 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top