CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Neelofa Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Hanyalah Gossip

18-8-2014 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5188| Komen: 1

Description: “Saya Menafikan Sekeras-Kerasnya Spekulasi Tersebut. Saya Berharap Tiada Pihak Yang Akan Terus Menggembar-Gemburkan Cerita Ini Kerana Ia Tidak Benar.
Desas-Desus Neelofa Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Tidak Benar 


KUALA LUMPUR 16 OGOS 2014 -  Sumber dalaman istana dari sebuah negeri di Pantai Timur menafikan desas-desus yang kerabat diraja negeri tersebut bakal berkahwin dengan pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Neelofa.

Ketika dihubungi Astro AWANI, sumber tersebut yang enggan dikenali memberitahu cerita itu hanyalah khabar angin semata-mata.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Saya berharap tiada pihak yang akan terus menggembar-gemburkan cerita ini kerana ia tidak benar.

“Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Neelofa sewaktu dihubungi Astro AWANI bagi menjawab spekulasi itu pula berkata, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.


Khabar angin Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya mula mendapat perhatian pihak media sejak awal minggu ini.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=822815&extra=&page=37


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote deanswify 18-8-2014 01:07 PM
terima kasih atas info

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.037618 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top