CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Niezam Zaidi Bakal Pelapis Farid Kamil?

18-8-2014 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19126| Komen: 53

Description: "Alhamdulillah, Kalau Dia Anggap Saya Sebagai Pelapis Dia, Saya Rasa Itu Satu Penghargaan Besar Kepada Saya Sebagai Pelakon Baru.
Niezam Zaidi Masih Jauh Untuk Ganti Farid Kamil

Niezam terharu dipuji Farid Kamil dan dikatakan bakal pelapisnya.




PETALING JAYA: Pelakon Niezam Zaidi menganggap dirinya masih terlalu jauh untuk berada pada kedudukan yang seiring dengan pelakon popular Farid Kamil.

Niezam berkata, Farid sudah berjaya mencipta nama dan berada pada satu tahap tersendiri dalam industri seni lakonan tanah air.

"Alhamdulillah, kalau dia anggap saya sebagai pelapis dia, saya rasa itu satu penghargaan besar kepada saya sebagai pelakon baru.

"Bukan senang untuk jadi seperti Farid kerana dia antara nama besar dalam industri lakonan. Perjalanan saya masih panjang untuk berada dalam dunia seni," ujarnya kepadamStar Online.

Niezam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pujian yang diberikan oleh Farid Kamil terhadap lakonannya selain dia dilihat sebagai salah seorang pelakon yang mempunyai masa depan yang cerah.

Farid Kamil puji lakonan Niezam Zaidi

Dalam pada itu, Niezam berkata, Farid seorang pelakon senior yang tidak lokek berkongsi ilmu lakonan.

Malah katanya, Farid juga banyak menegur lakonannya sehingga membuatkan dia tidak kekok untuk berlakon bersama.

Sementara itu, Niezam berkata, selama empat tahun menceburkan diri dalam industri lakonan dia bersyukur diberi banyak peluang membawakan pelbagai watak.

Mala dia kini turut menerima tawaran daripaaa produksi luar selain pengurusannya Metrowealth.

"Saya ada juga tawaran daripada produksi luar dan saya tidak mahu hanya bergantung kepada pihak pengurusan sahaja.

"Setakat ini saya bersyukur diberikan peluang dan kepercayaan yang baik untuk bawa pelbagai watak," ujarnya.

Niezam bakal muncul dalam drama Kem Cuci Tangan bersama Farid Kamil, Azwan Kombos, Epy Kodiang, Zalif Sidek dan Along Ezendy.

Ia bakal disiarkan pada bulan ini di Hyppflicks+ (kategori Malaysia) Saluran 801 menerusi Set Top Box HyppTV dan aplikasi HyppTV Everywhere iaitu di telefon mudah alih, komputer peribadi dan tablet.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 16-8-2014 10:14 AM
@kakikuDibibirmu taste uols kot ni, tiada misai. muka pn cam fadlan hazim

Quote CiliPadiSedap 16-8-2014 10:25 AM
maxim posted on 16-8-2014 10:14 AM
@kakikuDibibirmu taste uols kot ni, tiada misai. muka pn cam fadlan hazim

habislah basah screen laptop yahudi tu nanti. takde dildo lemang buluh pun jadilah
Quote enchikfitz 16-8-2014 11:05 AM
Last drama dia aku tgk Diandra. Slps itu, tiada lg krlihatan dirinya di layar kaca.
Quote dondangdendang 16-8-2014 11:31 AM
XKENAL PUN......... NEXT STORY!!
Quote malaywood.NET 16-8-2014 11:41 AM
jgn lah sama kan dgn artis itu boleh tak wartawan.
Quote mattzzx 16-8-2014 11:49 AM
Siapa mamat ni? Tak kenal punnn...
Quote malaywood.NET 16-8-2014 11:49 AM
maxim posted on 16-8-2014 10:14 AM
@kakikuDibibirmu taste uols kot ni, tiada misai. muka pn cam fadlan hazim

mcm ashraf muslim pulak muka dia
Quote azie.dz 16-8-2014 12:07 PM


mana ko dpt cita pelakon sendu ni nokssss
Quote doubleA 16-8-2014 12:39 PM
Macam muka serap muslim je
Semoga tak jadi serap muslim no 2 :lol
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2014 01:06 PM
maxim posted on 16-8-2014 10:14 AM
@kakikuDibibirmu taste uols kot ni, tiada misai. muka pn cam fadlan hazim

selera @MissNigga dalam highland tower

akak tak minat sebab kulit dia gurhana macam adiputra
Quote asteruk 16-8-2014 02:10 PM
i suka mamat ni.. ensem.. makin ramai pelakon2 yg ensem skrg
Quote munchkin 16-8-2014 03:04 PM
siapo ni
..
Quote joey_mcintrye 16-8-2014 03:48 PM
Ada berlakon dalam VC lagu Pedoman - Nora  http://youtu.be/2izpbwSCE-Q
Quote Jerambut 16-8-2014 04:11 PM
malaywood.NET posted on 16-8-2014 11:41 AM
jgn lah sama kan dgn artis itu boleh tak wartawan.

ye ke wartawan yg cakap gitu?
"Alhamdulillah, kalau dia anggap saya sebagai pelapis dia..."
Quote malaywood.NET 16-8-2014 04:12 PM
Jerambut posted on 16-8-2014 04:11 PM
ye ke wartawan yg cakap gitu?
"Alhamdulillah, kalau dia anggap saya sebagai pelapis dia..."[/back ...

terlepas pandang pulak kita.
Quote asteruk 16-8-2014 05:08 PM
joey_mcintrye posted on 16-8-2014 03:48 PM
Ada berlakon dalam VC lagu Pedoman - Nora  http://youtu.be/2izpbwSCE-Q

@sepitsiput mohon hapdate thread retis yg bermula dr video klip
Quote oyah 16-8-2014 05:29 PM
tak kenal pon. wajah pon tak berapa nak market.
Quote 247 16-8-2014 07:39 PM
Siapakah Retis ini?
Quote tobobon 16-8-2014 07:49 PM
pelapis farid kamil???

hebat sangat ker farid kamil tu berlakon????

kalau rosyam nor boleh jugak diterima

ini farid kamil????

atas sebab apa dia bleh dapat status boleh melapis????

skarang ini berlakon takla hebat mana, terus dah dapat pelapis gituuuu

lisa surikayu, tiada pelapis kahhh???

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.057053 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top