CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kenapa Azmin Ali Tak Boleh Jadi MB?

19-8-2014 04:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17214| Komen: 198

Description: Hubungannya Dengan Pimpinan Pas Dan Juga Parti Lain Sentiasa Baik. Iskandar Antara Pemimpin Pas Yang Mendengar Cakap Pimpinan Tertinggi Dan Tidak Ada Syok Sendiri, Jauh Sekali Membelakangi Parti. Sik ...
Kenapa Azmin Ali Tak Boleh Jadi MB?




KEMELUT di Selangor kian meruncing.Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diterima sebulat suara untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Spekulasi demi spekulasi timbul berikutan keengganan Abdul Khalid melepaskan jawatan nombor satu di negeri yang paling maju di Malaysia itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menolak permohonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk isterinya Wan Azizah menghadap baginda bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai keputusan PKR.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan media.

Namun Dr Wan Azizah tidak putus semangat. Buktinya, beliau berjaya mengumpul sokongan daripada 29 Adun termasuk dua daripada Pas untuk menguatkan kenyataan bahawa Abdul Khalid tewas kerana tidak mendapat undi majoriti.

Beliau menulis surat kedua memohon perkenan Sultan Selangor untuk menunjukkan bukti tersebut. Jika Sultan Selangor perkenan bertemu Dr Wan Azizah seterusnya mendengar butir bicara hingga membuatkan Sultan bertindak memanggil Abdul Khalid untuk peletakan jawatan, ini bermakna Dr Wan Azizah akan menjadi wanita pertama di negara ini memegang jawatan setinggi itu.

Siapa layak?

Namun, jika keputusan Sultan sebaliknya, siapa pula yang lebih layak menggantikan Dr Wan Azizah? Pelbagai spekulasi yang mengaitkan nama tertentu untuk jawatan tersebut.

Paling menjadi sebutan sudah pasti Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Mohamed Azmin sudah tidak asing di Selangor. Walaupun dilahirkan di Singapura, tetapi beliau dibesarkan di Selangor dan jalan cerita Selangor sudah berada dalam genggamannya.

Inilah tokoh kedua yang mungkin diangkat PKR. Menerusi keputusan tidak rasmi, Mohamed Azmin juga telah menang jawatan Timbalan Presiden PKR dengan majoriti yang agak tinggi.

Sudah pasti, ia memberi kelebihan buatnya yang memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti mengalahkan Abdul Khalid dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Kredibiliti Mohamed Azmin sukar untuk disangkal kerana beliau mempunyai hubungan baik bersama Pas dan juga DAP. Tidak hairanlah menerusi laman Twitternya yang terkini, banyak dikongsi gambar-gambar bersama pemimpin Pas sebagai menunjukkan tidak wujud masalah antara mereka ini.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, Mohamed Azmin adalah calon utama selepas Dr Wan Azizah berdasarkan hierarki dalam parti.

“Hierarki dalam parti perlu dipatuhi dan diikuti apabila mereka menang. Mohamed Azmin juga mempunyai banyak pengalaman dalam arena politik serta disenangi semua pihak.

“Tambahan jika dilihat kepada kredibilitinya, Adun Bukit Antarabangsa itu masih muda, bertenaga dan punyai azam yang tinggi untuk menjayakan lagi Selangor,” katanya.

Menurutnya, sokongan majoriti 29 kerusi diumumkan Dr Wan Azizah kelmarin juga dijangka dapat dikekalkan sekiranya calon bertukar kepada Mohamed Azmin.

Tidak sekadar itu, PKR juga mempunyai pemimpin muda yang berkaliber, Nik Nazmi Nik Ahmad  yang memegang jawatan sebagai Timbalan Speaker Dun Selangor.

Nik Nazmi, sungguhpun kelahiran Kelantan, tetapi sudah bermastautin di Selangor agak lama dan merupakan pemimpin muda yang menjadi tunggak PKR.

Adakah dengan jawatan dan semangat kepimpinan ini mampu melonjakkan namanya memegang jawatan terbesar negeri?

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya, MPN, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berkata, Nik Nazmi boleh menjadi menteri besar sekiranya mendapat majoriti sokongan daripada semua Adun.

“Sesiapa sahaja boleh dicalonkan untuk jawatan tersebut jika mendapat majoriti sokongan.

“Jika mahu dilihat kepada kredibilitinya, banyak matlamat untuk negeri ini boleh dicapai kerana  beliau masih muda yang ada pengaruh besar kepada generasi sepertinya,” katanya.
Beza antara Mohamed Azmin dan Nik Nazmi hanyalah pengalaman.

Anwar  sudah ada nama pengganti?

Dalam pada itu, wujud satu lagi spekulasi yang menyebut nama Adun Ijok, Dr Idris Ahmad  menduduki kerusi panas itu.

Pemilihan Dr Idris dikatakan tepat kerana pemimpin ini tidak ada ‘ragam’ dan dilihat sebagai pemimpin tanpa kontroversi serta dihormati pemimpin PKR.

Namanya disebut dalam sebuah portal berita apabila Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, Dr Wan Azizah tersingkir daripada tercalon sebagai peneraju negeri selepas Anwar memilih Dr Idris sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Keputusan tersebut bagi memastikan Pas terus menyokong PKR mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun, Dr Idris ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut kerana tidak pernah dimaklumkan apa-apa mengenai hal itu.

“Saya tidak boleh memberi kenyataan kerana saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini (calon alternatif), jadi bagaimana saya hendak komen (dakwaan),” katanya.

Peluang Pas tonjolkan diri

Dalam usaha PKR mengekalkan kerusi Menteri Besar Selangor yang dipegang parti itu, satu lagi spekulasi timbul yang bakal memberi kejutan besar buat PR.

Pas dikatakan akan mengambil semula kerusi Menteri Besar Selangor tanpa mengorbankan diri keluar daripada PR. Cara bagaimana yang akan dilakukan, semua terjawab dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat pada hari esok.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan berkata, kemelut yang melanda Selangor sudah lama berlaku, tidak mungkin Pas mempercepatkan mesyuarat sedangkan sudah lama ia berlarutan.

“Kalau setahun boleh tunggu, takkan empat lima hari tidak boleh, tak jadi apa pun kalau semua bersabar,” katanya membidas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Nada yang diutarakan itu memberi gambaran akan berlaku kejutan dalam PR. Jika pada awal minggu ini Pas tegas akan memberi sokongan padu pada Abdul Khalid sebagai menteri besar, parti itu tidak mustahil akan membuat pusingan U.

Calon-calon Pas juga tidak kurang hebatnya. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad antara ikon Pas di Selangor. Bukan anak jati Selangor, tetapi sudah berkhidmat dan menabur bakti di Selangor sejak sekian lama.

Hubungannya dengan pimpinan Pas dan juga parti lain sentiasa baik.  Iskandar antara pemimpin Pas yang mendengar cakap pimpinan tertinggi dan tidak ada syok sendiri, jauh sekali membelakangi parti. Sikap itu dilihat boleh menjadi penguatnya untuk memegang jawatan menteri besar.

Seorang lagi yang disebut-sebut ialah Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang diketahui mempunyai latar belakang sebagai seorang profesional iaitu doktor perubatan.

Tambahan ketika menjalankan tugas sebagai Exco Selangor, dilihat cemerlang iaitu dengan memegang portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Kesemua calon ini mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin negeri. 'Track record' yang ditunjukkan juga begitu cemerlang.

Siapa juga calon-calon ini, mereka sudah pasti daripada kalangan PR juga. Namun, Pas ada tugas berat esok dan sudah pasti keputusan itu tidak menampakkan kelemahan mereka sekali lagi dalam membuat penilaian.

3

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
11

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 18-8-2014 09:38 AM
Calon dua nama bukti Pas tidak yakin Azizah

SHAH ALAM - [VIDEO] Keputusan Pas yang turut mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor menunjukkan parti itu masih mempunyai keraguan terhadap Wan Azizah.

Menjelaskan kepada Sinar Harian Online hari ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan tersebut mungkin dibuat oleh Pas  berdasarkan pengalaman Azmin yang cukup matang dalam politik pentadbiran di negeri Selangor.

“Saya rasa apabila ada satu lain pilihan diberikan (bagi calon jawatan Menteri Besar Selangor), bermakna Pas tidak bersetuju sepenuhnya dengan Wan Azizah.

Azizah selaku Presiden, jika ditolak boleh beri gambaran kurang baik seolah-olah Timbalan Presiden lebih disenangi. Mungkin juga Azmin menjadi pilihan kerana Azizah kurang pengalaman,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Menurutnya lagi, keputusan Pas mencalonkan Azmin bagi jawatan Menteri Besar Selangor juga menunjukkan seolah-olah Azmin lebih berkelayakan dalam menyandang jawatan tersebut.

“Saya tidak tahu sama ada perlu ada alasan untuk diberikan namun Azmin mungkin dilihat sebagai pengganti Abdul Khalid yang sesuai kerana kedudukannya sebagai Timbalan Presiden (PKR) dan juga tanggungjawabnya ke atas PKR di Selangor,” katanya lagi.

Sivamurugam menambah, keputusan Pas yang menaikkan dua nama tersebut memberikan impak yang besar kepada perikatan PR.

Ia juga dikatakan boleh mendatangkan kesan dari segi kompromi dalam jangka masa panjang ke atas semua parti dalam PR.

“Ia merupakan implikasi U-Turn besar kepada Pakatan Rakyat sebenarnya. Ia seolah-olah memberi persepsi bahawa Pas sukar untuk buat keputusan dan susah untuk bekerjasama. Ia boleh mendatangkan kesan dalam jangka panjang.

“Rakyat Selangor mungkin sudah bosan dengan isu berpanjangan ini dan diharap ia tidak berakhir di pilihan raya negeri,” jelasnya.


Quote tapibukanaku 18-8-2014 09:40 AM
AMK mahu PKR pertimbang nama Azmin
Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mempertimbangkan cadangan PAS supaya memasukkan timbalan presiden partinya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha AMK Julailey Jemadi berkata, perkara itu dicapai pada mesyuarat yang diadakan hari ini.

"AMK menyambut baik komitmen PAS di dalam keputusan mesyuarat jawatankuasa pusatnya untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat.

"AMK Pusat di dalam mesyuarat sebentar tadi bersetuju untuk mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mempertimbangkan semula cadangan PAS supaya memasukkan nama Mohamed Azmin Ali, timbalan presiden PKR sebagai calon kedua," katanya.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Azmin sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR

Quote tapibukanaku 18-8-2014 09:40 AM

Quote tapibukanaku 18-8-2014 09:42 AM
Azmin tolak jawatan MB, akur keputusan PKR

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akur dengan keputusan parti itu untuk hanya mencalonkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau yang menyambut baik cadangan Jawatankuasa Kuasa Kerja Pas Pusat mencalonkannya untuk jawatan itu berkata, keputusan yang dibuat oleh parti perlu diutamakan. - UTUSAN ONLINE




Quote Perutkaembong 18-8-2014 09:44 AM
tak mau jadi khalid ibrahim versi ke-2
banyak isu pasal loan bank islam, langat 2, ecoworld dan kidex. pastu selalu ponteng meeting tak caya tanye nik nazmi. hello kalau meeting invite tu dah accept jgn buat tak datang!!! click la tentative jaaa. habis kuih dah order ni sapa nak makan. BUKTI khalid mengabiskan bajet makanan rakyat selangor ni tak cukup nak membukak mata kalian??
Quote tapibukanaku 18-8-2014 10:07 AM
Perutkaembong posted on 18-8-2014 09:44 AM
tak mau jadi khalid ibrahim versi ke-2
banyak isu pasal loan bank islam, langat 2, ecoworld dan ki ...

khalid ke azmin perangai cenggini? khalid kan?
Quote tapibukanaku 18-8-2014 10:10 AM
Saya pentingkan parti bukan jawatan MB, kata Azmin

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata beliau mementingkan parti dalam menolak tawaran untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin memilih untuk mendokong pendirian PKR yang hanya mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu.

Azmin  mengambil keputusan itu sungguhpun PAS mengusulkan supaya nama beliau turut dipersembahkan bersama Wan Azizah untuk pertimbangan Sultan Selangor.

“Saya cukup hargai dan berterima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi dan seluruh pimpinan Pas yang telah calonkan saya sebagai calon MB selain Dr Wan Azizah,” kata Azmin.

“Namun selaku Timbalan Presiden PKR, saya patuh kepada keputusan yang dibuat parti melalui perbincangan dengan pimpinan PR utk calonkan Azizah sebagai MB baru seperti  yang telah dipersetujui melalui akuan sumpah yang telah dikemukakan dan dipersembahkan kepada  pihak istana,” tambah beliau.  

“Pada saya, parti harus didahulukan. Saya beritahu rakan pimpinan bahawa kita mesti utamakan Pakatan Rakyat dan saya begitu percaya bahawa krisis ini akan kuatkan lago Pakatan  dan PKR,” kata beliau.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi  menerima cadangan PAS untuk nama Azmin turut dikemukakan bersama Azizah bagi  jawatan itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media bahawa Azmin tidak mahu dipertimbangkan untuk kerusi MB, sebaliknya memberikan sokongan kepada Azizah.

Azmin sebelum ini dikatakan mempunyai sokongan Angkatan Muda Keadilan dan lapan Pengerusi PKR untuk dicalonkan bagi jawatan MB, bersama Wan Azizah.

Bagaimanapun Majlis Pimpinan Pusat PKR akhirnya memutuskan untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka membuat keputusan bersabit pencalonan Wan Azizah sekembali daripada luar negara pada 27 Ogos.

Khalid hari ini memberi bayangan beliau kini sedia berundur sebagai MB kerana yakin Pakatan Rakyat mula mengikut proses dan tata cara yang diperlukan untuk menampilkan calon mereka bagi menggantikan beliau.

Krisis politik Selangor tercetus apabila Khalid enggan berundur sebagai Menteri Besar dan diperburukkkan apabila PKR memecat beliau atas tuduhan ADUN Pelabuhan Kelang itu tidak lagi beramanah.

Isnin lalu, Sultan Sharafuddin memberikan Khalid mandat untuk terus kekal sebagai MB dan merestui tindakannya memecat semua lima Exco DAP dan PKR.

Seorang lagi EXCO PKR Roziah Ismail meletak jawatan.

Bagaimana Khalid mengekalkan empat EXCO PAS selepas pucuk pimpinan parti itu mahukan beliau dikekalkan sebagai MB.

Sokongan lantang itu disuarakan oleh pimpinan PAS Selangor, Hadi, Majlis Syura dan Mursidul Am parti Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Pendirian  itu mengakibatkan perbalahan terbuka bukan hanya antara PAS dan PKR tetapi juga PAS dan DAP yang memberikan sokongan bulat kepada Azizah.

Krisis itu hanya reda hari ini apabila Jawatankuasa Pusat PAS sebulat suara bersetuju parti itu tidak lagi akan mendokong Khalid kerana beliau sudah dipecat oleh PKR.


Quote Acong 18-8-2014 10:11 AM

Quote tentera_laut 18-8-2014 10:13 AM
sebab aku rasa azmin n wan azizah ni hanya boneka anwar..
tak lebih dari itu.

we want TSKI.

Quote deanswify 18-8-2014 10:14 AM
Acong posted on 18-8-2014 10:11 AM

suami mithali-lah sgt
Quote tapibukanaku 18-8-2014 10:15 AM
tentera_laut posted on 18-8-2014 10:13 AM
sebab aku rasa azmin n wan azizah ni hanya boneka anwar..
tak lebih dari itu.

tapi susah da tski nak bertahan waktu2 kritikal macam ni
Quote Acong 18-8-2014 10:16 AM

Quote tapibukanaku 18-8-2014 10:16 AM
deanswify posted on 18-8-2014 10:14 AM
suami mithali-lah sgt

harap2 jgn lah kak wan carik orang lain lepas jadi mb nanti..
Quote nalis 18-8-2014 10:19 AM
Acong posted on 18-8-2014 10:16 AM

oo... dulu kak jijah pegang kerakyatan singapor ke?
Quote tapibukanaku 18-8-2014 10:19 AM
Acong posted on 18-8-2014 10:16 AM

eishh..kalau da lebih doploh tahun duduk selangor, boleh lah kot

opss..hang merujuk sape ni? wan jijah ke azmin?
Quote tentera_laut 18-8-2014 10:19 AM
tapibukanaku posted on 18-8-2014 10:15 AM
tapi susah da tski nak bertahan waktu2 kritikal macam ni

now ni..
majoriti dah berpaling ke wan azizah..
TSKI takde apa dah..

langkah PR:-
PR akan move to undi tak percaya untuk turunkan TSKI.

langkah TSKI:-
bubarkan DUN 25 ogos ni
atau mengalah dan turun dari MB.. jadi wakil bebas.

aku rasa la...DUN akan bubar la..




Quote nalis 18-8-2014 10:20 AM
tapibukanaku posted on 18-8-2014 10:19 AM
eishh..kalau da lebih doploh tahun duduk selangor, boleh lah kot

masih naturalisasi
Quote tapibukanaku 18-8-2014 10:21 AM
tentera_laut posted on 18-8-2014 10:19 AM
now ni..
majoriti dah berpaling ke wan azizah..
TSKI takde apa dah..

confirm lah DUN bubar. soltan pun naik pening kepala da. kiri kanan menekan. jadi bubar lebih baik
Quote deanswify 18-8-2014 10:22 AM
tapibukanaku posted on 18-8-2014 10:16 AM
harap2 jgn lah kak wan carik orang lain lepas jadi mb nanti..

kahkahkah tunggu dan lihat!

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.412720 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top