CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Myvi Taukey Kena Curi

19-8-2014 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17570| Komen: 35

Description: "Pada Awalnya Kami Cari Di Sekeliling Kawasan Rumah Tetapi Tak Jumpa, Selepas Itu Saya Muat Naik Status Minta Pertolongan Di Laman Instagram Dan Sejam Selepas Itu Ada Pengguna Yang Beritahu Ternampa ...
Kereta Taukeh (Jambu) Ditemui Dengan Bantuan Pengikut Instagram 

Taukeh (kanan) bersama Yus menubuhkan kumpulan Jambu dan popular menerusi rancangan Maharaja Lawak terbitan Astro.




PETALING JAYA: Pelawak Taukeh (Jambu) bersyukur apabila kereta Myvi berwarna hitam miliknya berjaya ditemui semula dengan bantuan pengguna laman sosial Instagram selepas didapati hilang di kediamannya di Selayang pada Isnin.

Taukeh atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, kereta tersebut dijumpai ditinggalkan di tepi lebuhraya Plus di satu kawasan di Ipoh, Perak selepas mendapat maklumat balas daripada pengguna laman sosial berkenaan.

Adik kepada Taukeh bersama kereta Myvi yang ditemui di tepi Lebuh Raya, Ipoh.

"Semalam (Isnin) saya sedar kereta tersebut hilang kira-kira pukul 12 tengah hari ketika adik saya ingin keluar ke kedai. Kereta tersebut saya pakir di luar kawasan kondominium saya.

"Pada awalnya kami cari di sekeliling kawasan rumah tetapi tak jumpa, selepas itu saya muat naik status minta pertolongan di laman Instagram dan sejam selepas itu ada pengguna yang beritahu ternampak kereta itu ditinggalkan di lebuhraya Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Selasa.

Taukeh berkata, dia menerima maklum balas tersebut ketika sedang dalam perjalanan untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Katanya, kereta yang dibeli daripada pelawak Shahrol (Shiro) itu juga masih belum ditukar nama berikutan belum habis bayaran pinjaman bank.

Shahrol Shiro turut memuat naik semula gambar Intagram daripada Taukeh pada petang Isnin.

"Agak sukar juga untuk buat laporan polis kerana kereta itu bawah nama Shahrol (Shiro), jadi laporan perlu dibuat atas nama Shahrol.

"Kereta itu saya beli daripada dia (Shahrol) sebelum dia menyertai program Raja Lawaklagi kira-kira tiga tahun lalu, kurang lagi setahun untuk habiskan bayaran pinjaman dan tukar hak milik," katanya.

Kata Taukeh, ia merupakan kereta keduanya yang diberikan kepada adiknya untuk digunakan bagi melakukan aktviti harian keluarga mereka.
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bdkkg 19-8-2014 02:49 PM
aik tak de orang komen g ke..mentang2 bukan citr nowa..hikhik...
Quote azie.dz 19-8-2014 02:51 PM
Bdkkg posted on 19-8-2014 02:49 PM
aik tak de orang komen g ke..mentang2 bukan citr nowa..hikhik...

makan dalam

hahahahahahaahahaahaa
Quote Bdkkg 19-8-2014 02:53 PM
hikhik....citer nowa hot...ckp bodo pun ramai marah...umpama dendam yang tak berkesudahan...
Quote oyah 19-8-2014 02:55 PM
oooo yer kee?
Quote amyainsamad 19-8-2014 02:56 PM
dh jumpa kn...




katupla benang ni
Quote LDP 19-8-2014 02:58 PM
kalo apa2 saje citer nowa..berdesup je dah berpage-page..

cer letak tajuk pelakon nowa jambu beraya hilang keta
Quote edoraixora 19-8-2014 02:58 PM
bagus lah dah jumpe
Quote azie.dz 19-8-2014 03:02 PM
hahahaha....benang ni pon leh jd isu...compare2 sana sini

sabo je..

apa2 pon..bagus gak social network ni...see keta pon dah jumpa
Quote malaywood.NET 19-8-2014 03:10 PM
sbb takda yg minat dia pun. sendu pun iye.. hahahaha
Quote slipar_jepon 19-8-2014 03:12 PM
syukur la dah jumpa
Quote fatehana 19-8-2014 03:19 PM
tauke sila wat sujud syukur sbb keta dah dijumpai
nasib baik masih cam original bila jumpa
klu dah bukak sana sini mmg payah ler
Quote teen_angelJB 19-8-2014 03:34 PM
myvi je...
<ala bang tokey..jgn la marah...ai gurau je>
Quote aTiKah_aYuNi 19-8-2014 03:54 PM
alhamdullilah......
Quote putehkundor 19-8-2014 03:55 PM
Tauke ni la yg suka tukar awek mcm tukar spender tu.

Kasut yg dia pakai saja dah rm6k.
Quote NHolmes 19-8-2014 03:55 PM
Macam ni lah kegunaan IG.. Bukannye nak tutup periuk nasi orang merempan :lol haha
Quote putehkundor 19-8-2014 03:57 PM
Heshe pakai myvi jelah....
Duit banyak habis kat kasut dan cikki2
Quote Munnalicious 19-8-2014 03:59 PM
Sihat walafiat deme yeaa~
Quote blackred99 19-8-2014 04:00 PM
kasut beribu2, awek cun, takkan pakai myvi je?

ni soalan orang yg tak baca abes artikel.
Quote maxim 19-8-2014 04:03 PM
putehkundor posted on 19-8-2014 03:57 PM
Heshe pakai myvi jelah....
Duit banyak habis kat kasut dan cikki2

myvi ni 2nd car..utk family die katenyer

die snirik pakai bmw


Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.100324 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top