CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kami Tidak Akan Berpecah - Kumpulan Bocey

19-8-2014 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6270| Komen: 26

Description: Bagaimanapun Sekiranya Timbul Masalah Dalam Kumpulan Tersebut, Mereka Bertiga Akan Duduk Berbincang Bagi Menyelesaikan Kekusutan Yang Berlaku.
Kami Tidak Akan Berpecah - Kumpulan Bocey



SELEPAS mendapat tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013), kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Fard dan Abam semakin menempa nama dalam bidang lawak.

Walaupun hadir sebagai pasukan underdog pada pertandingan tersebut namun Bocey mampu untuk bersaing dengan nama-nama besar lain seperti Sepahtu, Jambu dan Shiro.

Bukan sahaja semakin terkenal dengan lawak malah kumpulan ini juga kini sudah bergelar pelakon filem. Dalam perkemba-ngan terbaru, Bocey muncul dalam filem seram komedi arahan Hashim Rejab berjudul Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa yang sudah ditayangkan Khamis lalu.

Jika dilihat pada geografi seni tempatan, semakin nama dikenali dan meningkat naik maka seringkali terjadi perkara yang tidak diingini - kumpulan berpecah.

Namun Achey optimis keadaan itu tidak mungkin akan berlaku kepada Bocey. Jelasnya, mereka bertiga sehabis boleh akan cuba kekal bersama-sama kumpulan tersebut.

“Sebenarnya kumpulan kami tidak akan menghalang ahlinya untuk mendapatkan tawaran kerja secara individu. Bagi saya itu adalah rezeki masing-masing.

“Saya lihat sekarang, Abam cukup laris, begitu juga Fard yang menerima semakin banyak tawaran untuk berlakon. Walaupun tawaran untuk individu semakin meningkat namun nama Bocey memang kami tidak akan lupakan.

“Memandangkan masing-masing kini mempu-nyai projek tersendiri, kami juga tidak kisah sekira-nya salah seorang daripada anggota kumpulan ini lebih popular pada masa depan," katanya.

Mengakui nama Bocey semakin kukuh dalam industri namun tugas untuk mengekalkan nama paling berat untuk dipikul, jelas Achey.
Bagaimanapun sekiranya timbul masalah dalam kumpulan tersebut, mereka bertiga akan duduk berbincang bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

“ Perbincangan penting bagi kami agar kami bertiga tidak bermasam muka dan tidak mahu ada perkara berbangkit selepas ini. Ini merupakan salah satu cara untuk terus mengekalkan kumpulan ini," tambahnya.

Cukup bermakna

Mengulas mengenai lakonan Bocey dalam Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa pula Fard berkata, mereka mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem itu ketika menyertai MLM2013.

Ketiga-tiganya berpendapat filem itu cukup bermakna bagi mereka kerana bukan saja pertama kali memegang watak utama tetapi turut membantu menaikkan nama kumpulan berkenaan dalam industri.

“ Pada masa itu kami masih di minggu awal pertandingan dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai tawaran tersebut.

“Kami memang teruja dan gembira kerana diberi kepercayaan pihak penerbit untuk membawa watak utama dalam filem ini," katanya.
Tambah Fard lagi, pembabitan anggota kumpulan Bocey dalam filem berkenaan secara tidak langsung mengeratkan hubungan sesama mereka.

Dalam filem tersebut, Achey melakonkan watak sebagai Rudy, pelakon tambahan dalam cerita seram manakala Abam pula sebagai Akhiruddin yang bertugas sebagai pekerja stesen minyak dan Fard menjadi pengilat kasut di kaki lima kota raya yang dikenali sebagai Remy.

Abam berkata, biarpun filem itu memaparkan mengenai Bocey, dia dan dua rakan-nya itu tidak sesekali berkecil hati kerana menggunakan nama lain dalam watak.

Terbaru, Bocey juga akan muncul dalam program Super Spontan 2014 yang akan bersiaran 22 Ogos nanti selain sebuah telefilem Hantu Homestay tidak lama lagi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaywood.NET 19-8-2014 02:14 AM
tak kesah pun.   
Quote keretapilaju 19-8-2014 02:15 AM
so??????????
Quote tomet05 19-8-2014 06:54 AM
semoga berjaya bocey
Quote Grengo 19-8-2014 07:27 AM
Semoga berjaya.
Quote damian_lee 19-8-2014 08:06 AM
serious aku x suka Achey .... sebab bagi aku cara dia bercakap terlalu lantang mcm ckp dengan org yg berbatu jauh .... sangat fail .... and xlawak pown ...
Quote drivethru 19-8-2014 08:29 AM
damian_lee posted on 19-8-2014 08:06 AM
serious aku x suka Achey .... sebab bagi aku cara dia bercakap terlalu lantang mcm ckp dengan org yg ...

Setuju sesangat.....

Achey ni suka jerit2. Mase jd pengacara BMB pun, suka buat muka blur. Mcm x peka ape yg kak diba ckp. Mmg betul ckp AR Badul, achey ade ke xde, sama jer.
Quote mixed 19-8-2014 08:36 AM
dulo sepah pn penah ngaku x kan berpecah
akhirnya berpecah jugak

memasing dah kaya sok mula la bt perangai
Quote alin5054 19-8-2014 08:49 AM
rimas betol dengan achey... dia bercakap mcm tertelan mikrofon la....dalam bmb rasa semak jer dia sebelah kak diba..lagi suka kak diba mengacara sorang2x.
Quote enchikfitz 19-8-2014 08:52 AM
Bocik aku suka. Tp achey, sori. Ko mmg bingit
Quote lazim 19-8-2014 09:47 AM
aban kecik kan la skit badan. lambat laun akan jatuh sakit
Quote teen_angelJB 19-8-2014 09:51 AM
aku suka abam...
ala tomey2..
Quote amyainsamad 19-8-2014 09:58 AM
suka group ni.......
Quote hyie 19-8-2014 10:05 AM
damian_lee posted on 19-8-2014 08:06 AM
serious aku x suka Achey .... sebab bagi aku cara dia bercakap terlalu lantang mcm ckp dengan org yg ...

aku pon sama..
Quote shunnaray 19-8-2014 10:06 AM
suara achey annoying giler kot. i wonder ada ker yg minat mamat ni? bingit!!!
Quote ajunara 21-8-2014 04:32 PM
wah..suka2
Quote ajunara 21-8-2014 04:34 PM
Bocey Best..tapi x suka sgt achey.. mcm terover je..dy funny tp over cket.law dy kurang over cket mesti best..
pepe pu..gud luck 2 u all


Quote ajunara 21-8-2014 04:36 PM
hyie posted on 19-8-2014 10:05 AM
aku pon sama..

betul2
Quote apiang 21-8-2014 05:24 PM
lazim posted on 19-8-2014 09:47 AM
aban kecik kan la skit badan. lambat laun akan jatuh sakit

aban as if air ketuban ke??
hahaha
Quote apiang 21-8-2014 05:25 PM
shunnaray posted on 19-8-2014 10:06 AM
suara achey annoying giler kot. i wonder ada ker yg minat mamat ni? bingit!!!

hhihihiihh dia da kawen kot..ade je yg suka..

tp aku pon xgemor


Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060500 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top