CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tun Dr Mahathir Menarik Balik Sokongan Terhadap Najib

19-8-2014 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21130| Komen: 253

Description: Bekas Perdana Menteri Paling Lama Berkhidmat Itu Berkata, Beliau Terpaksa Berbuat Demikian Kerana Najib Tidak Mengambil Iktibar Daripada Prestasi Buruknya Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (Pru13) Lalu.
Tun Dr Mahathir Menarik Balik Sokongan Terhadap Najib


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.


"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.



Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.


"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.


"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya itu.


Dr Mahathir berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.


"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.


Beliau berkata, kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh.
"ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.
"Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng," katanya.


Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.
"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.
"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya.


Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008. – 18 Ogos, 2014.


2

Bagus
1

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 18-8-2014 01:06 PM
Di saat BN sedang galak menyerang PKR berkenaan krisis Selangor..Tun Dr Mahthir tiba-tiba menyerang Najib..

Mamak ni diupah oleh Anwar ke apa ni?
Quote jonedoe 18-8-2014 01:07 PM
ha haaaa tak tau....tun m dah maraaahhhh..... ada diaorg tu kesah ke?
Quote cak! 18-8-2014 01:08 PM
mula dahh mahadet..


nak makan popcorn tgk scene seterusnya
Quote jofizo 18-8-2014 01:11 PM
dok berehat dah la che det.... zaman hang dulu kalau tegur mmg terus kene humban....
Quote drivethru 18-8-2014 01:12 PM
Hanya Tun M saje yg mampu dan berani mengkritik bijan.

Takut tak....takut tak....takut tak....?
Quote kelana36 18-8-2014 01:12 PM
Nak percepatkan kenaikan Mukriz la ni...

PKR jadi parti anak beranak bising, tapi tak sedar malaysia dipimpin oleh anak beranak sepupu sepapat..
Quote mattzzx 18-8-2014 01:16 PM
Semuanya salah Anwar.......
Quote ResellerMaxis 18-8-2014 01:17 PM
jonedoe posted on 18-8-2014 01:07 PM
ha haaaa tak tau....tun m dah maraaahhhh..... ada diaorg tu kesah ke?

sekarang memang xkisah..tunggu lah Perkasa n MYKMU sahut paluan Tun M tu..pas ni boleh tengok krisis umno plak.
Quote d'zeck 18-8-2014 01:20 PM
perancangan dah ada

ketegasan masih kurang

itu yang tun M dan majoriti
rakyat harapkan
agar ada pada najib
Quote fealefea 18-8-2014 01:20 PM
sila baca blog beliau sbb tulisan yang tt buat ni disusun mengikut sukahati tt sahaja. tajuk blog tok det adalah MENEGUR. betul tok det tidak menyokong najib ketika ini kerana dasar-dasar dia yang tidak menguntungkan kerajaan.Kalau da takde sape berani tegur PM.kena la seseorang tegur. tok det juga mengkritik PM terdahulu demi kelangsungan bangsa melayu yang sentiasa lemah walau apa subsidi dan bantuan diberi.
Quote damian_lee 18-8-2014 01:21 PM
eventhough I one of the person yg #RESPECT tun ... as our leader tp tun slalu buat statement macam ni yang for me agak mengeruhkan suasana ... time badawi pun mcm ni ..... sabo je la ....
Quote spiderman80 18-8-2014 01:28 PM
Sila hormati kata-kata Tun. Cuma beliau yang paling bijak. Semua pemimpin lain dan rakyat tak bijak.
Quote lonely_surina 18-8-2014 01:29 PM
semoga abe itam menjadi PM hendaknya
Quote wana89 18-8-2014 01:30 PM
adakah ada drama baru dari BN???
plesss..bagi rakyat rehat hokay..
obesiti kalo asik makan popcorn aje...
kena pikir rakyat gak..
Quote d'zeck 18-8-2014 01:31 PM
spiderman80 posted on 18-8-2014 01:28 PM
Sila hormati kata-kata Tun. Cuma beliau yang paling bijak. Semua pemimpin lain dan rakyat tak bijak. ...

bijak dan tegas adalah kualiti
yang sukar dicari pada mana2 pemimpin

Tun M adalah
salah seorang daripadanya
Quote spiderman80 18-8-2014 01:32 PM
d'zeck posted on 18-8-2014 01:31 PM
bijak dan tegas adalah kualiti
yang sukar dicari pada mana2 pemimpin


Tun dan LKY adalah gang sama. Bijak,tegas tapi kuku besi. Bezanya, satu mamak satu sepet.
Quote d'zeck 18-8-2014 01:36 PM
spiderman80 posted on 18-8-2014 01:32 PM
Tun dan LKY adalah gang sama. Bijak,tegas tapi kuku besi. Bezanya, satu mamak satu sepet.

kuku besi sesuai jika
banyak pembunuhan orang awam dilakukan,

tegas tidak semestinya kuku besi

malaysia yang majoritinya melayu
dan turut dihuni etnik2 rojak
dan cacamerba perlukan seorang
pemimpin yang ada ketegasan
Quote highcastle 18-8-2014 01:37 PM
2 x 5.. Anwar & Mahathir baik bersara lah..............Kedua2 mahu keluarga dia orang yg naik.. Ni jenis manusia yang hanya percaya keturunan dia orang saja yg berhak ke atas Malaysia............. Dan perlu diingat, keduia dua makhluk ni pernah berjanji nak bersara dari politik.. Yang sorang kata nak jadi pensyarah...... Hakhhh tuihhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote lipans 18-8-2014 01:41 PM
Sila lantik Siti Hasmah jadi PM.

Lihat semua komen(253)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.381479 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top