CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dato' Ct Bakal Terbit Buku Kisah Hidup Menjual "Kuehh-Kuehh"

20-8-2014 09:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17165| Komen: 117

Description: Menggemari Buku Biografi Diva Kesayangan Ramai Indonesia, Krisdayanti, My Live My Secret Yang Pernah Dikeluarkan Tidak Lama Dulu, Kata Siti Buku Autobiografinya Bagaimanapun Tidak Akan Menyelami Kisah ...

Dato' Ct Bakal Terbit Buku Kisah Hidup Menjual "Kuehh-Kuehh"



KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2014: Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza bakal tampil dengan buku autobiografinya sendiri tidak lama lagi bagi meraikan penglibatan serta pencapaiannya sebagai anak seni.

Dato' Siti yang ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Datin Zaiton Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Kak Ton di Kemensah Heights, Ulu Klang hujung minggu lalu berkata, dia dan pihak pengurusannya sedang mengumpul maklumat dan sumber untuk merealisasikan hasrat itu.

“Memang sudah lama Siti berniat untuk melahirkan buku autobiografi sendiri, tapi masanya belum sesuai. Sekarang ini pun kami masih mengumpul seberapa banyak maklumat untuk melahirkan buku itu.

“Semuanya masih dalam perancangan dan Siti tak tahu bila ianya akan dilancarkan. InsyaAllah bila semuanya sudah siap, Siti akan beritahu kelak,” katanya yang masih memikirkan pendekatan yang sesuai untuk buku berkenaan.

Menggemari buku biografi diva kesayangan ramai Indonesia, Krisdayanti, My Live My Secret yang pernah dikeluarkan tidak lama dulu, kata Siti buku autobiografinya bagaimanapun tidak akan menyelami kisahnya dengan begitu mendalam  atau terlalu terbuka.

Bagaimanapun kata Siti, dia lebih selesa apabila dirinya yang sebelum bergelar penyanyi atau peristiwa pahit manis ketika di waktu kecil diketengahkan dalam buku berkenaan.

“Kalau KD (Krisdayanti) lebih banyak menceritakan peristiwa peribadi ketika dia bergelar penyanyi, Siti lebih suka mendekati peristiwa sebelum jadi penyanyi dan kanak-kanak kerana bagi Siti,  itulah yang masyarakat kita ingin tahu sebenarnya.

“Buku ini nanti tidaklah sarat dengan teks sebaliknya Siti akan bermain dengan banyak mempamerkan gambar-gambar yang mempunyai ceritanya sendiri.

“Tapi semuanya masih dalam proses dan Siti masih belum lagi berjumpa dengan pihak publisher yang sesuai untuk menerbitkan buku ini,” katanya kepada murai.com.my.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 18-8-2014 07:33 PM
Semestinya dlm bahasa meleishia..erm yknow the choker.lulzm
Quote enchikfitz 18-8-2014 07:34 PM
Byk benang Tok Ti hari ni.
Quote September14 18-8-2014 07:38 PM
Owh klu free aku nak ler
Quote CrowneGlory 18-8-2014 07:38 PM
Part adik angkat.. Kakak angkat.. Abg terangkat .. Kompom takde :lol
Quote chempaka_ku 18-8-2014 07:42 PM
teringat medusa ..... he he.....
Quote putehkundor 18-8-2014 08:35 PM
Seram lah tengok gambar kat atas tu..mcm hantu!
Hantu mek iti
Quote malaywood.NET 18-8-2014 08:37 PM
penting sangat ke?
Quote Orix 18-8-2014 08:39 PM
Emm boleh la.... Nak harapkan retis lain yg masih hidup skang ni buat buku biografi spe je.. Tp cite siti mse kecik aku xnak tau sgat la.. Aku nak tahu cite mse dia jd artis, cara dia handle gosip, cara dia bertahan dgan prinsip dia takmo bgamba ngn laki n xnak pkai baju dedah2 wlupun ramai kutuk pd mulenye, cite nape dia xnak btanding ajl lg, btul ke kene sabotaj, cite psal dia di-ignore olej retis lain mse memule msuk ajl, cite psal emel fitnah dia, psal kes dia ngn noraniza idris, kes dia ngn ramli ms, zamani, cmne kenal abam misai, cmne abam misai boleh dpt number awak, cite psal dia n che ta, pstu selit2 la skali ape rahsie kulit mulusss hahahaha... Tp ianya xkan tjadi, sebab siti kan suke biarlah rahsia..
Quote dubuk 18-8-2014 08:57 PM
kuih bende siti jual
Quote miracle_forever 18-8-2014 09:02 PM
Gambar kat atas tu mmg seiras sgt mcm sedara dia si rafidah apo kono eh jang tu
Quote elamor 18-8-2014 09:06 PM
Orix posted on 18-8-2014 08:39 PM
Emm boleh la.... Nak harapkan retis lain yg masih hidup skang ni buat buku biografi spe je.. Tp cite ...

nape dgn che ta?
Quote kakikuDibibirmu 18-8-2014 09:08 PM
dimple                                    
Quote Orix 18-8-2014 09:11 PM
elamor posted on 18-8-2014 09:06 PM
nape dgn che ta?

Kan ad kua kt metro dlu, che ta bg statement ct takmo balas sapaan dia wlau di pggil bkali2.. N ct pn mne pernah bgambar atau terlibat dalam mana2 rncgan bsama che ta.. Teringat tahun lepas program raya zizan. Jmput ct n che ta.. Che ta kua dlu, pstu balik awal.. Pstu bru ct kua.. Cite lama kot, che ta pn kawen dah.

Quote kaogi 18-8-2014 09:26 PM
Moga ada selit kisah2 percintaan ct selfie dgn Zamani - Ramli MS - Fazley - DK
Quote RatuDunia94 18-8-2014 09:33 PM
Orix posted on 18-8-2014 08:39 PM
Emm boleh la.... Nak harapkan retis lain yg masih hidup skang ni buat buku biografi spe je.. Tp cite ...

sbb tu sheols awal2 dh bg hint hanya cerita zaman kanak2 sheols saja bakal dikupas.. no more cerita2 gossip masa jd retis ke, gaduh2 dgn kak ani ke, misha omar ke....
lgpun kalau dia kupas balik cerita2 mcm tu.. x sedap lah kot sbb mesti nama2 yg terbabit tu akan terasa serbna sedikit... tu yg dia amik jalan selamat just cerita zaman kanak2 sajo... so expect la cerita jual kuehhh-kuehhh yg dh overdose tu akan terselit!
Quote RatuDunia94 18-8-2014 09:33 PM
kaogi posted on 18-8-2014 09:26 PM
Moga ada selit kisah2 percintaan ct selfie dgn Zamani - Ramli MS - Fazley - DK

+Yusry...
Quote kaogi 18-8-2014 09:36 PM
RatuDunia94 posted on 18-8-2014 09:33 PM
+Yusry...

Erk.... Yusry pun ke?
Quote VuJiE 18-8-2014 09:40 PM
masa muda remaja, aku suka sangat dengan siti. sekarang biasa2 aja sebab lagu2 dia pun takde yang menyengat dan bertahan sangat sekarang ni.
Quote RatuDunia94 18-8-2014 10:04 PM
kaogi posted on 18-8-2014 09:36 PM
Erk.... Yusry pun ke?
Bukan Huzz seorang saja bertanyakan bab Yusry malah beberapa rakan wartawan lain juga sebelum itu ajukan soalan sama. Ini kerana Siti dan Yusry pernah digosipkan bercinta. Yusry didakwa kononnya berhabis wang beribu ringgit sebulan kerana berborak dengan Siti di telefon.


Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068920 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top