CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Aishah Ilias Nafi Cinta Bapa Pelakon Terkenal

21-8-2014 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28839| Komen: 101

Description: "Drama Itu Asalnya Mahu Dibikin Sebanyak 130 Episod. Sekarang 30 Episod Pun Belum Siap Lagi Dan Dijangka November Depan Baru Selesai 30 Episod Itu. Saya Dapat Tahu Pihak Astro Mahu Menambah Episodny ...


KUALA LUMPUR: Pernah dikaitkan dengan aktor seberang, Baim Wong, Aishah Ilias baru-baru ini menerima tempias baharu pula apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan jurugambar produksi drama yang juga bapa kepada pelakon remaja popular.

Jurugambar yang dimaksudkan pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon sebelum ini. Tetapi cerita itu berlalu sepi. BH Online menghubungi bintang yang pernah berlakon filem Paku itu sebentar tadi untuk mendapatkan penjelasan mengenai cerita yang bertebaran membabitkan beliau dan jurugambar produksi drama Cinta Ibadah itu.

Ikuti penjelasan gadis tinggi lampai berdarah kacukan Arab-India di sebelah ibu dan Cina-Jawa di sebelah bapa ini.

"Demi Tuhan, berita ini memang tidak benar. Saya nafi sekeras-kerasnya kalau ada yang mendakwa saya bercinta dengannya. Hubungan kami tak lebih sekadar kawan profesional. Tambahan pula kami sudah lama berkampung sama di set penggambaran drama berkenaan. Sejak hujung Februari lalu lagi.

"Hubungan itu jadi rapat sebab dia sudah berpengalaman. Tambahan pula drama-drama ini saya membawakan dua watak berbeza iaitu Rina dan Siti. Jadi dia banyak membantu saya terutamanya dalam menentukan sudut terbaik sekali gus membezakan dua karakter yang dibawa supaya tak nampak sama," tegas Aishah.

Hakikatnya menurut Aishah, dia pernah mengenali seorang lelaki biasa tahun ini ketika sibuk di lokasi penggambaran drama Cinta Ibadah. Namun hubungan itu tak bertahan lama.

"Mana nak tahan...sebab dia tak biasa dengan cara kerja saya. Balik lewat pagi tetapi pagi esoknya sudah perlu ke lokasi penggambaran pula. Kalau ada calon lain, mungkin awak boleh carikan," katanya.

Mengenai drama Cinta Ibadah yang dilakonnya, Aishah menjelaskan penggambaran masih berterusan. Selain Aishah, drama yang bakal bersiaran 8 September depan menerusi siaran Astro Prima dan Astro HD ini turut dibintangi Fatah Amin dan Raja Ilya.

"Drama itu asalnya mahu dibikin sebanyak 130 episod. Sekarang 30 episod pun belum siap lagi dan dijangka November depan baru selesai 30 episod itu. Saya dapat tahu pihak Astro mahu menambah episodnya menjadi 200 pula," katanya mengenai drama arahan Ali Mustafa itu.

Di akhir perbualan, Aishah turut ditanyakan mengenai pencalonan kategori Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26. Aishah dilihat antara yang agak menyerlah ketika melakonkan watak Riana dalam filem Paku tetapi namanya tidak dicalonkan.

Calon akhir FFM ke-26 ialah Cristina Suzanne, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Siti Saleha dan Nadia Aqilah.

"Saya tak ralat tidak berada dalam top 5. Filem ini pun tak dapat kutipan pecah panggung pun. Ramai pun tak sedar kehadiran saya dalam filem itu. Saya masih baru. Baru dua tahun berkecimpung. Lagipun ramai pelakon wanita yang hebat di negara kita," katanya yang masih menanti tayangan filem, Pilot Cafe dan Usin UFO.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jula7 20-8-2014 10:51 AM
bapak erin malek le tu...
Quote Munnalicious 20-8-2014 10:54 AM
Haah.. Speku pak erin malek le tuuu...
Quote maxim 20-8-2014 10:55 AM
pak erin yg dlu ngan fiza muhalim tu ke
Quote reenz013 20-8-2014 10:58 AM
iols pun speku bpk erin
Quote theotherfriend 20-8-2014 11:00 AM
Iols rasa jurugambar tu yg problematic.
sekian
Quote Leeen82 20-8-2014 11:02 AM
Hahaha... MMg bapak erin pun...

xkan Izreen kot.. anak lum jd remaja....
Quote aina_shaira 20-8-2014 11:02 AM
Cantiknya dia ni. Nape x famous eh? Ade pakej Jadi heroin. Takde sesapa yg tahu pasal dia?
Quote maxim 20-8-2014 11:04 AM
aina_shaira posted on 20-8-2014 11:02 AM
Cantiknya dia ni. Nape x famous eh? Ade pakej Jadi heroin. Takde sesapa yg tahu pasal dia?

mmg lawa..byk bawak watak tempelan jah kot


Quote sekel 20-8-2014 11:06 AM
mmg sah2 bapak Erin Malek.......dasar boya jantan yg nk kena penampor boya tok moh
Quote shunnaray 20-8-2014 11:10 AM
lawa tul dia ni...
Quote mitnick 20-8-2014 11:26 AM
erkk.. bpk retisss?
Quote mattzzx 20-8-2014 11:28 AM
Lawa kah itu??
Quote katakau 20-8-2014 11:30 AM
baru tau bapak erin malek tue jurugambar..
Quote sarah_ary2 20-8-2014 11:34 AM
Muka ala ala Raline Shah dengan Amyra Rosli
Quote duquesne 20-8-2014 11:35 AM
Dasat eh mamat ni.. ada gambo dia?
Quote babydoll 20-8-2014 11:48 AM
cun jgk minah ni.dia berlakon cerita ape?

so suspek kes ni:

1. bapak erin
2. bapak pelakon lain yg tak diketahui sapa ag yg keja jadi jurugambar

Quote yellowprestige 20-8-2014 11:51 AM
sheols ke yg berlakon lagenda budak setan? yg jd lisa surihani lepas operate muka? muke sheols ade iras2 pelakon lain jugak. confuse gitu.
Quote miznieda 20-8-2014 11:54 AM
yellowprestige posted on 20-8-2014 11:51 AM
sheols ke yg berlakon lagenda budak setan? yg jd lisa surihani lepas operate muka? muke sheols ade i ...

bukan...
yg tu shikin ape ntah...
yg konon2 exclusive sgt pilih cite nk berlakon
Quote edoraixora 20-8-2014 11:58 AM
babydoll posted on 20-8-2014 11:48 AM
cun jgk minah ni.dia berlakon cerita ape?

so suspek kes ni:

penah blakon citer

1) dejavu di kinabalu - watak kekasih aqasha yg meninggal tu
2) ameera - yg jadik jahat tu
3) LYMA - kakak si erogan tu



Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065763 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top