CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17: Jenazah warga Malaysia dipindah dekat Lapangan Terbang Schiphol

21-8-2014 11:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1993| Komen: 0

Description: Katanya, Ia Juga Bagi Mengelak Situasi Tidak Dijangka Memandangkan Lokasi Rumah Mayat Asal Terletak Kira-Kira 26 Kilometer Dari Lapangan Terbang.
MH17: Jenazah warga Malaysia dipindah dekat Lapangan Terbang Schiphol


THE HAGUE: Dua belas jenazah mangsa nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dipindahkan pagi Rabu ke sebuah rumah penyimpanan mayat berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol sebagai persediaan sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata. jenazah itu yang sebelum ini disimpan di rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage, dipindahkan sejak 9.45 pagi.

Lima lagi jenazah mangsa beragama Islam juga dijangka dipindahkan sejurus selesai solat jenazah yang dijadualkan pada 6 petang Rabu, katanya.

"Tujuan proses pemindahan ini bagi memudah dan melicinkan proses memuat masuk 17 jenazah yang diletakkan dalam keranda dan tiga jenazah (yang telah dibakar) dalam bekas abu ke dalam pesawat khas MAS untuk diterbangkan pulang dari Netherlands pada 2 petang Khamis," katanya kepada wartawan Malaysia.


Katanya, ia juga bagi mengelak situasi tidak dijangka memandangkan lokasi rumah mayat asal terletak kira-kira 26 kilometer dari lapangan terbang.

Dr Wee berkata, kumpulan pertama 20 jenazah itu dijangka dimasukkan ke dalam pesawat pada awal pagi Khamis dalam jangkaan masa dua jam.

Sementara itu, beliau berkata, dua lagi jenazah mangsa beragama Buddha dan Kristian akan dibakar di rumah mayat Monuta Innemee, namun tidak sempat menyertai penghantaran kumpulan pertama jenazah berkenaan.

Jelasnya, ini kerana, sekurang-kurangnya 48 jam diperlukan untuk menguruskan jenazah berkenaan sebelum melalui proses mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk diserah kepada kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut tentang status kumpulan kedua jenazah yang dijangka dihantar pulang pada 24 Ogos, Dr Wee berkata, bilangannya bergantung kepada proses yang perlu dilalui termasuk kelulusan pihak berkuasa Belanda.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk mengenal pasti berapa jumlah sebenar jenazah dalam kumpulan kedua ini kerana proses mengenal pasti mayat masih dijalankan di Kem Perubatan Tentera Hilversum, dekat sini.

Dr Wee menjelaskan mana-mana jenazah warga Malaysia yang dikenal pasti perlu melalui lima proses iaitu mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran mengeksport jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda untuk sama ada dikebumi atau dibakar.

Setakat ini, 28 rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 telah dikenal pasti, lapan daripada jenazah berkenaan belum mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=9

2

Bagus
4

Marah
14

Terkejut
4

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.031000 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top