CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Bill Gates kekal kaya 19 tahun berturut-turut

20-9-2012 12:20 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10710| Komen: 64

Description: NEW YORK - Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang paling kaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut - nilai kekayaan meningkat sebanyak AS$7 bilion (RM21 bilion) tahun l ...
NEW YORK - Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang paling kaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut - nilai kekayaan meningkat sebanyak AS$7 bilion (RM21 bilion) tahun lalu.

Kekayaan beliau buat masa sekarang dianggarkan bernilai AS$66 bilion (RM198 bilion). Dalam pada itu, jumlah nilai kekayaan warga AS telah meningkat 13 peratus kepada AS$1.7 trilion dengan purata milik 400 orang paling kaya di negara itu dianggarkan lebih $400 juta (RM1.2 bilion) tahun ini.

Mengikut senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion).

Berikut 10 orang paling kaya di AS:

- Bill Gates, pengasas dan pengerusi  Microsoft (AS$66 bilion)

- Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)

- Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)

- Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

- David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

- Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)

- Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)

- Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)

- S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)

- Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion)


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote solstice 20-9-2012 10:33 AM
Anak dara BG

ennifer Katharine Gates lahir tahun 1996 ertinya kira-kira dia berumur 17 tahun sekarang .. Bagaimana menurut anda .. cantik tak anak dia ni ...??






Quote solstice 20-9-2012 10:34 AM

Quote solstice 20-9-2012 10:34 AM




      




Quote solstice 20-9-2012 10:36 AM
Respect lah Biil gates ni
Sbb kaya hasil usaha sundri

Bukan sebab keturunan raja bagai

Kalau BG ni nak eksyen pon, no hal
Tp yg best, dia ni x eksyen sangat
Quote atira 20-9-2012 10:36 AM
tak la kaya sgt...
sama je ngan taib mahmud tu
Quote bobby2008 20-9-2012 10:37 AM
jumlah pendapatan dia melebihi jumlah pendapatan malaysia setahun
Quote TeRasKiLo 20-9-2012 10:45 AM
sronok sngt klu kaya atas usaha sendiri kan....nikmat rasanya
jngan jadi kaya mcm setengah org politaik tu....yg merampok duit rakyat jelata
Quote R2D2 20-9-2012 10:45 AM
Quote darkharis 20-9-2012 10:48 AM
kalau kat malaysia je ada org cakap ramai terkaya dlm senyap.... negara2 mesti ada gak yg diam2 kaya giler......
Quote diamondvii 20-9-2012 10:49 AM
respek juge kat BG
Quote darkness 20-9-2012 11:00 AM
cantik sweet 17
Quote taikor 20-9-2012 11:02 AM
Ala... diorang dah kira harta Pak Uban dan Mahdey belum? Terkejut satu dunia nanti
Quote R2D2 20-9-2012 11:06 AM
Quote kokocrunch 20-9-2012 11:07 AM
bestnya..kaya atas hasil usaha sundri

Quote taikor 20-9-2012 11:09 AM
R2D2 posted on 20-9-2012 11:06 AM

Baru2 ni, I tengok satu movie cerita benar tentang sorang warga Thai pun drop out tapi berusia 21 dah jadi billionaire. Tapi memang ramai lagi 'drop out' kerja buruh
Quote Cakkkk....aaaa 20-9-2012 11:09 AM
solstice posted on 20-9-2012 10:33 AM
Anak dara BG

ennifer Katharine Gates lahir tahun 1996 ertinya kira-kira dia berumur 17 tahun seka ...

Aduhhhh... agak2 berapa hantaran ni?


Quote sesasaku 20-9-2012 11:12 AM
So bila nk jadi ironman takkan nk tunggu kena culik dulu kut?
Quote R2D2 20-9-2012 11:13 AM
taikor posted on 20-9-2012 11:09 AM
Baru2 ni, I tengok satu movie cerita benar tentang sorang warga Thai pun drop out tapi berusia 21  ...

kekadang2 cikgu nk kaunseling mak bapak yg drop out anak2 mereka. tapi mak bapak bagi alasan..Bil Gates pun berhenti gak belajar!
Quote rosemary70 20-9-2012 11:15 AM
die dh kaye...anda bile lg....

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.073903 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top