CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Konkrit Tergantung Di Malaysia Ancam Nyawa Pengguna Jalanraya

22-8-2014 03:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11667| Komen: 64

Description: Pengguna Jalan Raya Yang Menggunakan Laluan Dari Taman Tun Dr. Ismail (Ttdi) Dekat Sini Menuju Ke Kota Damansara Bimbang Dengan Keadaan Landasan Konkrit Projek Transit Aliran Massa (Mrt) Yang ‘Tergan ...



KEADAAN landasan konkrit projek MRT yang 'tergantung' mengundang keresahan pengguna jalan raya ketika tinjauan dilakukan di sekitar TTDI, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan dari Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dekat sini menuju ke Kota Damansara bimbang dengan keadaan landasan konkrit projek Transit Aliran Massa (MRT) yang ‘tergantung’.

Rata-rata pengguna mendakwa, keadaan itu boleh mengancam nyawa mereka jika sebahagian landasan konkrit tersebut tiba-tiba terjatuh lalu menghempap kenderaan yang melalui laluan di bawahnya.

Landasan tersebut direka khas bagi kegunaan sistem rel kereta api.

Tinjauan Kosmo! di lokasi itu semalam mendapati, laluan MRT dari TTDI menuju ke Kota Damansara itu membahayakan pengguna jalan raya kerana pada penghujung landasan yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan tidak dipasang alat sokongan untuk menampung beratnya.

Seorang pekerja swasta, Adi Fitri Abdul Aillah, 30, berkata, dia melihat tiada alat sokongan dipasang di bawah landasan konkrit tersebut bagi menjamin keselamatan orang ramai.

“Jika dilihat dengan mata kasar, landasan ini kelihatan amat bahaya kerana ia berada betul-betul di atas jalan raya yang dilalui oleh ramai pengguna,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Salmiah, 29, berkata, kawasan projek pembinaan MRT tersebut seperti tidak dapat menjamin keselamatan pengguna.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pikir 22-8-2014 08:36 AM
pegi tanya kerani...bodoooo kosmo ni....phuiii
Quote little_sis 22-8-2014 08:36 AM
kalo ada tongkat xde le ngeri sgt tgk.. iskkk
Quote Lina66 22-8-2014 08:37 AM
)]


Tarak Safety langsong!!!   asal boleh je buat keje mcm ni...

No Barricades ... No Signages....
ni kalo jatoh mmg kompem mcm pancake ler.... nauzubillahiminzalik...

Quote jengkoil 22-8-2014 08:37 AM
Wow!!! Keajaiban...landasan tergantung...
Quote bluehedgehog 22-8-2014 08:48 AM
this is malaysia, wonderland, mcm2 ada...
Quote iza_yuss 22-8-2014 08:50 AM
memang skeri....
Quote batusembilan 22-8-2014 09:00 AM
cuba poremer2 engineer bg views skit
Quote blackred99 22-8-2014 09:02 AM
nampak menakutkan, jauh pulak tu column dia. ada engineer leh explain tak pasal ni?
Quote airfilterkotor 22-8-2014 09:07 AM
Pikir posted on 22-8-2014 08:36 AM
pegi tanya kerani...bodoooo kosmo ni....phuiii

Wartawan hiburan kena transfer dept. isu tempatan.
Quote AbukRokok 22-8-2014 09:10 AM
Taman Tergantung Babylon
Quote cmf_kunyit 22-8-2014 09:12 AM
tgk lori bawa balak pon seremmm..
Quote nexusys 22-8-2014 09:18 AM
bongok gak reporter nih... mesia ni dia ingat bodoh sangat dak bina infrastructure camtuh utk bagi risiko pengguna jalan raya....

dah tentu aspek2 keselamatan dah dipertimbangkan, kalo tak, takde ler dia wat gantung camtuh.. alahaiii..

dia ingat pembinaan ni 100% tenaga kerja meleis kot...  mimpi kuat! ada byk kontraktor2 dari luar negara gak involve ler..... alahaiii



Quote cik_luna 22-8-2014 09:25 AM
mengancam nyawa
Quote airfilterkotor 22-8-2014 09:26 AM
Segmental Box Girders (SBG) ni kira normal laa dalam binaan struktur jalan yg membabitkan rentangan struktur yang panjang.
Dalam girder tu sendiri ada post tensioned cable. Tarik/tegang cable guna hidrolik.

Contoh mudah paham,
gelung getah yg buat bungkus sayur kat pasar tu ditarik dengan keadaan mendatar (tegang sedikit) ke kiri dan kanan dengan jari.

Dalam keadaan tegang mendatar, gantungkan 5 penyangkut baju dan perhatikan.

Kemudian, tegangkan lagi getah tersebut sehingga rasa-rasa ketegangan dah sampai maksimum tapi tak putus.

Cuba gantung 5 hingga 10 penyangkut baju dan bezakan yang pertama tadi dengan yang kedua.


Quote kucen_miang 22-8-2014 09:28 AM



lebih selamat rasanya lalu sebelah projek mrt indon.
Quote airfilterkotor 22-8-2014 09:31 AM
Contoh cross-sectional SBG ni 'diikat' dengan post tensioned cable.
Sebijik macam contoh gelang getah ditarik tegang.




Orang pompoan kata lagi tegang lagi bagus.
Tapi terlebih tegang pun tak boleh jugak... buleh memudaratkan. Sama macam cable ni gak. Kalo putus acaner...
Last edited by airfilterkotor on 22-8-2014 09:32 AM

Quote mrak78 22-8-2014 09:38 AM
Perkara biasa dalam proses pembinaan jambatan...aspek keselamatan dh diambik kira...mmg tugas n tanggungjawab aku sebagai SHO
Quote bluehedgehog 22-8-2014 09:48 AM
nexusys posted on 22-8-2014 09:18 AM
bongok gak reporter nih... mesia ni dia ingat bodoh sangat dak bina infrastructure camtuh utk bagi r ...

hi kawan, the basic of safety is - barricade mesti melebihi saiz struktur...
there is nothing perfect and 100% safe in construction world.
Quote kauado? 22-8-2014 10:07 AM
nexusys posted on 22-8-2014 09:18 AM
bongok gak reporter nih... mesia ni dia ingat bodoh sangat dak bina infrastructure camtuh utk bagi r ...

kannnn....aku pun pkir bende yg sama..xkan bodo sgt kontractor malaysie nih..sblom dieorg buat,mesti la kaji dlu alat2 yg akan dieorg guna..n aku x rase cara ni pertama kali digunakan..alahai

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.149553 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top