CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Rakyat Malaysia Berjuang Di Syaria Pernah Ditanah ISA Dan Merompak Bank

22-8-2014 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9415| Komen: 88

Description: "Zainuri Pula Yang Cedera Di Bahagian Paha Dan Tengkuk Merupakan Juruteknik Yang Berasal Dari Bota, Perak. Ketika Ditangkap Polis Pada 15 Jun 2001, Dia Memiliki Senjata Api Dan 412 Peluru Serta Baha ...
Rakyat Malaysia Berjuang Di Syaria Pernah Ditanah ISA Dan Merompak Bank



KUALA LUMPUR 21 Ogos - Tiga rakyat Malaysia yang ditembak kereta kebal mengakibatkan seorang daripadanya terbunuh manakala dua lagi cedera ketika berjuang di Syria kelmarin, merupakan bekas anggota kumpulan militan yang ditumpaskan pihak berkuasa ialah Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Dua daripadanya iaitu Mat Soh atau Abu Turab dan Zainuri Kamarudin, 47, juga pernah ditahan di bawah Akta Senjata Api kerana bersubahat merompak sebuah bank di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 15 Jun 2001.

Mohd. Rafi Udin, 48, pula adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan, pihaknya percaya Mat Soh yang terbunuh di wilayah Hama kelmarin merupakan lelaki yang bernama Zainan Harith, 52, yang menetap di Petaling Jaya dan merupakan anggota KMM.

Katanya, Mohd. Rafi yang kini kritikal merupakan pemandu teksi yang menetap di Cheras dan pernah ditangkap polis Indonesia pada 22 April 2003 di Palu, Sulawesi, Indonesia.

"Dia kemudian diusir keluar dari negara itu setahun kemudian dan ditangkap di bawah ISA seterusnya dibebaskan pada 18 Ogos 2006.

"Zainuri pula yang cedera di bahagian paha dan tengkuk merupakan juruteknik yang berasal dari Bota, Perak. Ketika ditangkap polis pada 15 Jun 2001, dia memiliki senjata api dan 412 peluru serta bahan letupan. Dia kemudian dipenjara 10 tahun dan 18 kali sebatan.

"Selain daripada itu, kedua-dua mereka (Mohd, Rafi dan Zainuri) pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ayob Khan turut menjelaskan, dianggarkan sehingga kini seramai 30 rakyat Malaysia berada di negara bergolak seperti Syria dan Iraq untuk berperang dengan tentera pemberontak.

Katanya, angka itu terus meningkat berbanding hanya kira-kira 20 orang, sepanjang tahun lalu.

"Pihak polis telah mengenal pasti seramai 22 rakyat Malaysia yang berada di negara-negara berkenaan dan terlibat secara langsung dalam konflik terbabit.

"Ada yang telah meninggal dunia namun kita menghadapi kesukaran untuk mengesahkan perkara tersebut," katanya.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pihak polis mempunyai maklumat awal tentang pemergian sebahagian daripada mereka yang terlibat ke Syria, bagaimanapun terdapat kekangan untuk mengambil tindakan.

"Kami tidak mempunyai bukti kukuh untuk menangkap mereka di bawah undang-undang baharu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menggantikan ISA," katanya.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, tiga rakyat Malaysia yang sedang berjuang di wilayah Hama, Syria, dibedil oleh kereta kebal tentera Bashar al-Assad, mengakibatkan seorang daripadanya terkorban manakala dua lagi cedera.

Kejadian itu menjadikan seramai tiga rakyat Malaysia telah terbunuh di negara bergolak iaitu seorang pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei lalu.

Seorang lagi iaitu, Abu Faz yang belum dikenal pasti identitinya pula maut ditembak di Damsyik, Jun lalu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LUNCH 22-8-2014 08:28 AM
Hip! Hip! Horey terrorist!
Quote muo1202 22-8-2014 08:34 AM
emmmm... okay... faham..
Quote budakmanentah 22-8-2014 08:39 AM
elok la dorg jadi pejuang kat sana dr dok buat ntah hape2
Quote Badut.Sarkas 22-8-2014 08:40 AM
kalau dah banyak dosa what is the best way to get into heaven selain dari mati syahid? hehe..
Quote nagapompuan 22-8-2014 08:46 AM
Harap mereka mati adja disana. Jangan balik ke tanah air. Gerun memikirkan orang sebegini

bebas dikalangan masyarakat seharian. Pemandu teksi lah, pekerja kilang bagai. Giler ah.
Quote bluehedgehog 22-8-2014 08:47 AM
o...perompak bank ya...batal la jihad kau
Quote Psychedelia 22-8-2014 08:47 AM
Sekurang2nya sekarang diorang guna skill yg diorang ada utk mempertahankan Islam walaupun seketika dulu diorg ni penjenayah..
Quote hest 22-8-2014 08:49 AM
setiap orang ada buat dosa. tak semestinya orang yang pernah buat salah itu akan berterusan salah sehingga matinya. taubat.. pulang kepangkal jalan itu juga melambangkan keurnian diri kembali.. jadi jgn lah kita terus menghukum tanpa memikir dengan lanjut
Quote a_gen2 22-8-2014 09:19 AM
setahu aku mereka join ISIS/ISIL dan tak de kaitan dgn FSA.  Adakah mereka juga memerangi org Islam sunni itu aku tak tahu.  Tapi ISIS mmg membunuh org sunni terutamanya mujahiddin FSA yg mereka sifatkan murtad.

Pun gitu, tak de lah aku nak kata mereka syahid atau tidak hingga ada fatwa.
Quote becir 22-8-2014 09:32 AM
ada gak yg nak membela pakcik ni..tak paham aku
Quote Lina66 22-8-2014 09:40 AM

so dorang mati masok syurga ke tak ni?
Quote Santeira 22-8-2014 09:51 AM
best apa gi syria dapat bunuh2 org sesuka hati, buat kat sini kena tahan PDRM.
Quote crazecousa 22-8-2014 09:57 AM
ye ke paper ni? bersubahat merompak bank bagai.... sumber leh caya ke? hurmmm
Quote mamanurulhasbi 22-8-2014 09:59 AM
manusia yang pernah buat silap kemudian taubat lebih mulia dr yang takpernah2 nk taubat, xpernah sedar kesilapan diri dia.
Quote Maideen. 22-8-2014 10:00 AM
Mana ada KMM? tak khen lobai nak menifu plak....?

Norian Mai adalah ketua kalau KMM wujud

TAIPING, 21 Jun (Hrkh) -- Tahanan ISA yang dituduh sebagai pengasas Kumpulan Mujahidin (Militan) Malaysia, Zainon Ismail mengatakan KMM tidak wujud dan ia hanya direka oleh polis.

"Saya tidak pernah mengasaskan KMM dan KMM sebanarnya tidak wujud dalam negara ini, jika ada itu hanyalah ciptaan pihak polis dan ketuanya tentulah Tan Sri Norian Mai," tegas beliau. Kata Zainon, penangkapan beliau hanyalah bermotifkan politik semata-mata kerana beliau adalah penyokong pembangkang.

ISA ujar beliau, hanyalah alat yang digunakan oleh kerajaan Umno untuk kepentingan mereka dan menyekat pengaruh parti pembangkang.

Dalam keterangan itu beliau beberapa kali mengulangi di hadapan suruhanjaya Suhakam perihal penangkapan dibawah akta ISA adalah zalim dan menganiaya rakyat Malaysia yang ditangkap.

Tambah beliau laporan media yang tidak benar mengenai tahanan ISA khususnya KMM juga menjadikan masyarakat menganggap mereka benar-benar penjenayah yang berbahaya.

"Semua ini memberi tekanan kepada kami dan kaum keluarga kami di luar sana dan masyarakat akan memandang serong kepada keluarga kami," katanya.

Tambah beliau, anaknya sendiri terpaksa berhenti sekolah dan meninggalkan rumah kerana tidak tahan dihina sebagai anak seorang penjenayah.

Malah ujar beliau, ada keluarga mangsa yang dihalau oleh tuan rumah yang disewa dan terpaksa menumpang di rumah ibu-bapa.

Enggan tanpa Harakah

Sebelum itu Zainon pada mulanya enggan memberikan apa-apa keterangan kepada Suhakam sekiranya wakil Harakah tiada dalam bilik perbicaraan tersebut.

Katanya, kes TV3 yang tidak menyiarkan laporan yang tepat mengenai keterangan seorang daripada rakannya semalam menjadikan beliau sudah hilang kepercayaan kepada media-media lain yang sentiasa memutar belitkan faktar sebenar.

Dalam penyiasatan pada hari itu semua tahanan daripada KMM yang dipanggil untuk memberikan keterangan meminta semua wartawan yang hadir turut mengangkat sumpah seperti mereka bagi memastikan setiap laporan yang ditulis adalah benar.

Reformis tolak siasatan

Sementara itu, enam aktivis Reformasi yang ditahan di bawah ISA menganggap Siasatan Awam yang dibuat oleh pihak Suhakam hanyalah satu sendiwara untuk mengaburi orang ramai dan pengkritik antarabangsa.

Mereka sebulat suara membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian di dalam siasatan tersebut.

Turut tidak menyertainya adalah anak Mursyidul Am PAS, Nik Adli Nik Abdul Aziz.

"Siasatan awam terhadap implementasi ISA, keadaan dalam tahanan, jangka masa soalsiasat, makanan dalam lokap, lawatan keluarga atau kondisi lokap, semua ini adalah membuang masa.

"Jika Siasatan Awam hanya ingin mengetahui hal-hal seperti ini, maka jelaslah siasatan ISA ini sebagai satu lawak bodoh dan sendiwara yang dipentaskan untuk menipu orang ramai dan pengkritik antarabangsa," ujar mereka dalam satu kenyataan bertulis yang diserahkan kepada peguam.

Kenyataan yang ditandatangani oleh keenam-enam tahanan itu juga menegaskan akan terus menolak apa saja bentuk siasatan yang tidak membincangkan prinsip dan falsafah penahanan tanpa bicara dan bukti.

Menurut mereka, penahanan warga negara tanpa bicara dan bukti adalah bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Malaysia dan melanggar hak asasi manusia.

"Hak warga malaysia untuk dibicarakan di hadapan mahkamah dan hak mempertahankan diri sebelum dijatuhkan hukum adalah hak asasi yang fundamental (asas) dan termaktub jelas dalam perlembagaan Malaysia.

"Undang-undang inilah yang seharusnya diperjuangkan dan ditegakkan oleh orang ramai, Suhakam dan kerajaan dari parti mana yang sedang berkuasa," tegas mereka.

Tahanan yang terdiri dari Ezam Mohd Nor, Tian Chua, Saari Sungip, Dr Badrul Amin, lokman Adam dan Hishamuddin Rais itu juga berkata mereka langung tidak diberitahu samada secara rasmi mahu pun melalui keluarga atau melalui peguam mereka mengenai bentuk, struktur, tanggungjawab dan kuasa siasatan awam ini.

Suhakam beza dari kenyataan Musa

Ujar mereka juga, Siasatan Awam ISA yang dibuat itu juga telah mengundur dari kenyataan rasmi Pengerusi Suhakam yang pertama, Tan Sri Musa Hitam yang dibuat pada 14 April 2001.

Dalam kenyataan Musa itu kata mereka, Musa dengan jelas telah menuntut agar semua tahanan ISA dibawa ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan mereka. Jika tidak mereka wajib dibebaskan.

Tahanan reformasi itu juga telah meminta peguam mereka, Gooi Hock Seng yang juga ahli MPT KeADILan untuk mewakili mereka menemui Suhakam dalam Siasatan Awam tersebut untuk menyampaikan kenyataan mereka.

Namun walau bagaimanapun, permintaan peguam reformis itu untuk mewakili anak guam mereka ditolak oleh Suhakam yang diwakili oleh Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Harun Mahmud Hashim dan dibantu oleh Prof. Hamdan Adnan serta Dato' Asiah Abu Samah.

Siasatan Awam ISA yang berjalan selama tiga hari itu turut memanggil tahanan dari kumpulan Militan Malaysia (KMM), Jamaah Islamiah (JI) dan kumpulan pemalsuan wang untuk turut disoal siasat mengenai keadaan mereka dalam kem tahanan.

Suhakam yang memulakan siasatanya pertamanya berdasarkan 30 aduan bertulis dan lima memorandum memilih Kelab Sukan Penjara Taiping sebagai tempat penyisatan.


MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya


______________________
Terbitan : 23 Jun 2002
Quote taikor 22-8-2014 10:01 AM
alamak. orang2 kita yg berjuang kat Syria ni pejuang ke penjenayah
Quote honeybee1802 22-8-2014 10:01 AM
Pejuang kebangga isis la tuuu...
Quote Al-Patih 22-8-2014 10:06 AM
dahsat punya sejarah hidupan....
Quote LUNCH 22-8-2014 10:10 AM
Lina66 posted on 22-8-2014 09:40 AM
so dorang mati masok syurga ke tak ni?

Mengikut kepercayaan terrorist Musti lah masok syurga. Tapi dalam syurga nanti penoh dengan terrorist susah la. Semua berebot nakpuan putri nanti semua gado gado pancong kepala sesama mereka!
Last edited by LUNCH on 25-8-2014 07:23 PM

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065167 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top