CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Pakaian Dalam Diberkas

26-8-2014 11:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5210| Komen: 16

Description: Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor Berkata, Ketika Kejadian, Mangsa Dan Suami Yang Sedang Menonton Televisyen Dikejutkan Dengan Bunyi Seperti Ada Orang Di Belakang Rumah Mereka.
Pencuri pakaian dalam diberkas




BENTONG - Kekeliruan dan kegelisahan seorang suri rumah di Kampung Perting, di sini, yang sering kehilangan pakaian dalam yang disidai di ampaian belakang rumahnya akhirnya terjawab.

Semalam, sekitar jam 1 pagi, seorang lelaki berjaya ditangkap suri rumah terbabit bersama suami dan rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, mangsa dan suami yang sedang menonton televisyen dikejutkan dengan bunyi seperti ada orang di belakang rumah mereka.

Tambahnya, mangsa dan suami kemudiannya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang rumah.

“Melalui CCTV terbabit, mangsa dan suaminya melihat kelibat seorang lelaki menaiki basikal telah mengambil sebatang kayu dan kemudiannya mencuri pakaian dalam milik mangsa yang disidai di ampaian.

“Mangsa dan suami kemudiannya bertindak pergi ke arah belakang rumah dan sebaik menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.

Tambahnya, suami mangsa kemudiannya telah mengejar suspek bersama rakan-rakannya dan berjaya menahan suspek di Taman Harmoni.

“Sebaik sahaja suspek berjaya ditahan, suami mangsa telah meminta suspek memulangkan sebungkus plastik berwarna merah yang mengandungi pakaian dalam milik mangsa.

“Suspek kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan kejadian kehilangan pakaian dalam milik mangsa terbabit telah kerap kali berlaku sehingga menyebabkan mangsa dan suami bertindak memasang CCTV di belakang rumah mereka.

6

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheeky_meal 25-8-2014 04:51 PM
untuk diprelove kah?????
Quote brums08 25-8-2014 05:06 PM
Curi byk2 utk jual bundle ke...
Quote itik_kuning 25-8-2014 05:16 PM
prelove pakaian dalam?

baik gi beli yg disposable jek
Quote shernazz 25-8-2014 05:20 PM
Musti bra nya cantik cup dia..
Orang tu jual balik sebagai topeng jerwbu
Quote tepisket.. 25-8-2014 05:22 PM
Nak tanya, ada x thread india pukau dua org budak kat sogo?? Nak tau dia nye modus operandi la...
Quote Tok_Batin 25-8-2014 05:23 PM
Sama ada pervert kaki hidu pakaian dalam atau penjual pakaian dalam terpakai di pasar borong/malam.
Quote mattzzx 25-8-2014 05:41 PM
Dia teringin nak buat koleksi sajee.....
Quote mak_wa95 25-8-2014 08:18 PM
dah tahu kena curi kenapa doksidai kat situ lagi..
Quote LUNCH 25-8-2014 08:58 PM
Untuk di jual kat ebay ni!
Quote nebulagazer 25-8-2014 09:18 PM
Ahahhahaha
Quote bangcak 25-8-2014 10:29 PM
india pukau 2 budak kat sogo taktau.
tapi kalu koling pukau seluruh pertubuhan mulayu mmg ada.
yg kene pukau kene maki 'bongok+pelupa' pon masing2
bersorak gembira.
Quote HANIMUSLIMAH 26-8-2014 03:25 PM
Apa da,suar dalam pon nak curi..tak paham tak paham..
Quote berun 26-8-2014 03:53 PM
HANIMUSLIMAH posted on 26-8-2014 03:25 PM
Apa da,suar dalam pon nak curi..tak paham tak paham..

gila seks la tu
Quote batmana 26-8-2014 03:56 PM
sib baik tarak perempuan gila curi suar dlm laki..

Quote mizlily 27-8-2014 10:05 AM
sy pernah hilang 1 set.. roommate skali 1 set...
sape le gamak nye haih...
Quote emmaisa 27-8-2014 02:46 PM
sakit jiwa la ni...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.221979 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top