CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tindakan Segera Bagi Pengantin’ Separuh Bogel

26-8-2014 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5532| Komen: 0

Description: Beliau Berkata Pihaknya Telah Berbincang Dengan Pihak Berkuasa Dan Menjangkakan Siasatan Terhadap Pasangan Itu Akan Siap Dalam Tempoh Waktu Terdekat Ini.
Pengantin’ separuh bogel: MB mahu tindakan segera

IPOH - Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana perbuatan yang tidak menghormati adab dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Dr Zambry yang mengulas kejadian pasangan model dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran perkahwinan mereka di sekitar Jalan Sultan Yussuf, di sini, semalam berkata perkara itu dianggap satu perbuatan yang tidak akan diterima oleh rakyat.

Beliau berkata pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa dan menjangkakan siasatan terhadap pasangan itu akan siap dalam tempoh waktu terdekat ini.

"Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada. Kerana tindakan mempertontonkan perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh di khalayak ramai adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip ketatasusilaan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.


"Mereka (pasangan model) boleh anggap ini satu 'trend' yang berlaku di beberapa buah negara tetapi ini adalah negara Malaysia, kita tidak boleh menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan adab budaya kita," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

Dr Zambry berkata, pihaknya berharap pihak polis akan melakukan tindakan susulan terhadap pasangan model terbabit.

"Daripada apa yang terpapar (gambar pasangan model) semalam, kita lihat ini satu perkara 'indecent', (tidak senonoh), jadi apa pun kita serah kepada polis, di bawah peruntukan apa yang akan mereka jalankan siasatan mereka," katanya.  

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=825866&extra=&page=1
2

Bagus
15

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.038873 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top