CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penerbangan Ditunda 6 Jam Kerana Di Sangka Ada Bom

27-8-2014 11:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4375| Komen: 19

Description: “Bagaimanapun Seorang Penumpang Tidak Berpuas Hati Dan Berpendapat Pemeriksaan Tidak Perlu Dilakukan Berulang Kali Kerana Mereka Bukan Membawa Bom,” Katanya Dalam Sidang Media, Semalam.
Penerbangan Ditunda 6 Jam Kerana Di Sangka Ada Bom


Subang: “Kenapa nak periksa lagi beg aku...bukan ada bom.” Itu kata-kata seorang penumpang pesawat Malindo Air OD1158 yang menyebabkan penerbangan ke Pulau Pinang itu tertunda hampir enam jam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, semalam.


Difahamkan, pesawat ATR60 itu sepatutnya berlepas jam 3.40 petang, namun ditunda selepas juruterbang memaklumkan perkara itu kepada menara kawalan selepas menerima aduan anak kapal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian itu berlaku ketika seorang pramugari melakukan pemeriksaan kedua ke atas penumpang.

“Ia prosedur biasa apabila penumpang melepasi pintu masuk, pramugari membuat pemeriksaan pas.

“Bagaimanapun seorang penumpang tidak berpuas hati dan berpendapat pemeriksaan tidak perlu dilakukan berulang kali kerana mereka bukan membawa bom,” katanya dalam sidang media, semalam.

Azmi berkata, perkataan ‘bom’ adalah sensitif terutama membabitkan pesawat yang akan berlepas dengan 37 penumpang termasuk seorang bayi.


PASUKAN polis mengawal kawasan pelepasan pesawat Malindo Air.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) diarahkan melakukan pemeriksaan rapi ke atas pesawat, anak kapal dan semua penumpang.

“Semua penumpang dan anak kapal diarahkan turun dan masuk ke bilik khas, manakala pesawat berkenaan ditunda ke kawasan berasingan di lapangan terbang ini untuk pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya operasi yang tamat jam 7.15 malam itu mengesahkan pesawat berkenaan selamat dan semua penumpang berlepas dengan pesawat lain jam 9.30 malam.

“Kami akan terus menjalankan siasatan mengikut Seksyen 70 (1) Peraturan Penerbangan Awam dan setakat ini butiran lengkap semua penumpang sudah diperoleh untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Malindo Air dalam kenyataannya mengesahkan kejadian itu dan berkata ia prosedur biasa yang dilakukan semua penerbangan sekiranya terdapat aduan berhubung ancaman bom.

5

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-8-2014 03:43 AM
lagi disebut bom lagi lah ummah risau sis
Quote GhostWalking 27-8-2014 06:04 AM
Bombombombombom shake your bombom
Quote biosfree 27-8-2014 06:06 AM
Kalau boob x ape...jgn sesekali bom
Quote kasibiman 27-8-2014 07:13 AM
So apa lagi. Heret je si mulut celupar Tu pegi court.

Gila Kampung tak penah naik ketebang ke apa to know certain key words are not to be mentioned?
Quote kasibiman 27-8-2014 07:14 AM
Vudus Gila menyusahkan org lain
Quote AbukRokok 27-8-2014 07:46 AM
saya xbawa bom saya bawa bontot je
Quote prettyuglybabe 27-8-2014 09:53 AM
buang masa orang lain je
Quote kucen_miang 27-8-2014 09:56 AM
so apa hukuman pada sibongok mulut longkang itu. dibawak naik jugak kah? ni mesti caprut pprt tak penah naik kapalterbang. kecik2 taknak mampos, dah tua menyusahkan org.
Quote sekel 27-8-2014 09:58 AM
kalau melatah tersebut perkataan 'BOM' masa atas pesawat mcm mana plk ????????????????......kena yg sebut ala2 nenek
Quote tupaiterbang 27-8-2014 10:01 AM

Umat mana la yg bengong sgt ni

Quote skymania 27-8-2014 10:47 AM
pes time naik kapalterbang ker si bodoh bangang tuh??
Quote mrskacik 27-8-2014 01:24 PM
padan muka biar orang yang mulut mcm ni kene banned tros from flying as penumpang.... siap buat bomb search... memang kene la...
Quote taikor 27-8-2014 01:33 PM
al kisah seorang mamat pprt tak tahu apa yg tidak boleh disebut dlm kapal terbang
Quote tinker_bell 27-8-2014 01:37 PM
teringin nk buat lawak mcm ni..tp ni ethic kot..benda mcm ni taboo dkt dua tempat..airport dgn bila nk masuk negara org..kalau kt negara lain..silap2 boleh tidur lokap..
Quote Simunggu 27-8-2014 01:39 PM
sekarang ini semua jadi sensitif terutama sekali apabila kapalterbang nak berlepas....hehehe
Quote sheetRock 27-8-2014 02:15 PM
owh..aku pun tak taw ayat nih takleh sebut...nasib bek aku bkn jenis celupar..
Quote chinta89 27-8-2014 03:02 PM
jgn sebut perkataan bom di airport..
Quote afie_m 27-8-2014 03:12 PM
jel ja yg mulut celupar tu....biar dia rasa....kau punya pasal org lain yang kena..andai salah seorang penumpang ada hal kecemasan kat tempat dituju kan susah...
Quote pumpkingirl 27-8-2014 03:15 PM
Sekarang ni kalau naik katebang je mesti akan berdebar2..pdhal domestik flight je pun..risau..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058155 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top