CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Toyota Harrier Di Hentam Balak

27-8-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7754| Komen: 6

Description: “Saya Terkejut Selepas Terdengar Bunyi Dentuman Dan Gegaran Kuat Lalu Terus Pergi Ke Lokasi Kejadian. Apabila Sampai, Saya Nampak Sebuah Lori Membawa Muatan Balak Sudah Terbalik Dan Kayu Balak Pula B ...

Toyota Harrier Di Hentam Balak


Gambar hiasan



Padang Terap: Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier nyaris maut apabila bahagian sisi kanan kenderaan terbabit terkena kayu balak yang terjatuh dari sebuah lori yang cuba mengelak sebuah kereta lain dari arah sama dalam kemalangan di bulatan Padang Kerasak, Naka, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, pemandu lori berusia 40-an itu patah tangan manakala pemandu SUV berusia 50-an pula cedera ringan dan mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN), di sini, untuk rawatan.

Difahamkan, pemandu lori terbabit yang datang dari arah Pedu ke Kuala Nerang membawa kayu balak dipercayai cuba mengelak sebuah kereta dari arah sama lalu terbalik menyebabkan muatannya terjatuh dan terkena Toyota Harrier yang datang dari arah Kuala Nerang ke Naka.

Seorang saksi, Mursyidi Yusof, 24, berkata, dia terkejut apabila mendengar  dentuman kuat ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran.

“Saya terkejut selepas terdengar bunyi dentuman dan gegaran kuat lalu terus pergi ke lokasi kejadian. Apabila sampai, saya nampak sebuah lori membawa muatan balak sudah terbalik dan kayu balak pula bertaburan di jalan.

“Saya nampak Toyota Harrier remuk di bahagian depan akibat dihempap kayu balak,” katanya.

“Pemandu lori terbabit cedera parah akibat patah tangan, manakala pemandu kenderaan SUV itu cedera ringan lalu dihantar ke HKN untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap Asisten Superintendan Chang Kut Choy ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

2

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DOUBLE7 27-8-2014 02:16 PM
terigt mcm citer final destination tu... tetiba kayu balak jatuh dari lori n terus menghempap driver...
Quote aqissa 27-8-2014 02:18 PM
mmg seriau bila drive sblh lori balak.....  
Quote HaifaHanna 27-8-2014 02:31 PM
aqissa posted on 27-8-2014 02:18 PM
mmg seriau bila drive sblh lori balak.....

Kan...
Dh la balak tu tinggi dari palang tepi tu, seram gila.....
Quote aqissa 27-8-2014 02:37 PM
masa aku g thailand dulu... naik motor sebelah tu lori besau...ingatkan lori balak...
rupanya dongak ke atas...hambek... lori bawak gajah 2 ekor bapak besau...mak oiii.... ngucap dulu...
kes berator kat imigresen...
Quote GhostWalking 27-8-2014 05:21 PM
aqissa posted on 27-8-2014 06:37 AM
masa aku g thailand dulu... naik motor sebelah tu lori besau...ingatkan lori balak...
rupanya donga ...

Kalau aku dah gayat dah ada gajah kat sebelah dok membayangkan dia menghempap aku
Quote mattzzx 27-8-2014 05:37 PM
Umur panjang lagi tuu....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.060162 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top