CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Empat Remaja Di Tahan Kes Pukul & Buli

28-8-2014 06:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9291| Komen: 38

Description: Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob Berkata, Tangkapan Dilakukan Bermula Petang Semalam Selepas Pihaknya Berjaya Mengenal Pasti Individu Terbabit Di Dalam Video Itu.
Empat Remaja Di Tahan Kes Pukul & Buli


Muar: Polis menahan empat remaja lelaki berusia 14 hingga 15 tahun semalam bagi membantu siasatan video pukul dan buli seorang remaja lelaki di Air Hitam, di sini, yang viral di media sosial.

Ketua Polis daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, tangkapan dilakukan bermula petang semalam selepas pihaknya berjaya mengenal pasti individu terbabit di dalam video itu.

Katanya, semua empat remaja itu ditahan reman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan.

"Selain itu, kami merampas sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter, dipercayai digunakan untuk memukul mangsa di dalam video itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, tadi. 


PETIKAN di dalam video yang tersebar.


13

Bagus
13

Marah
24

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 28-8-2014 05:01 PM
sepatutnye video mcm ni janganla diviralkan

memalukan budak yg dibuli tu je
Quote famri7 28-8-2014 05:02 PM
Johorean ..yikes
Quote revolusi_30 28-8-2014 05:11 PM
Mne video dye
Quote spiderman80 28-8-2014 05:14 PM
annehuda posted on 28-8-2014 05:01 PM
sepatutnye video mcm ni janganla diviralkan

memalukan budak yg dibuli tu je

Saya setuju... Tapi kalau tak viral, mungkin si pembuli masih bebas tak ada apa-apa yang berlaku.
Quote Bell 28-8-2014 05:21 PM
Aku dtp video nie kat fb. Padan muka!!!!
Quote tupaiterbang 28-8-2014 05:21 PM
saya syorkan mangsa saman sekor2 bangsat nih..
ketuk tengok berapa duit leh dapat..sebagai pengajaran..
ni anwart yg ajar bab2 saman ni..
Quote edee_91 28-8-2014 05:23 PM
Sekarang mereka boleh asah bakat mereka dgn membuli banduan lain dalam lokap pula. Kembalikan @tongkatwaran75 !
Quote FanTasyCreaTioN 28-8-2014 05:35 PM
dasar pembuli
belom besar lagi perangai dah ntah apa2 ntah
keji sungguh
berani kerana ramai
sedih tengok perangai budak2 camni
dalam ramai2 tu .. sorang pun tak membantu

tau bideo gni tak patut d viral kan
tapi saksi kan sendiri .. budak2 harapan masadepan ..

[youtube]1gft2eb-cnQ[/youtube]

Quote kivio 29-8-2014 07:52 AM
Pemimpin harapan masa depan.
Hasil didikan mesia.
Quote GhostWalking 29-8-2014 07:54 AM
Zaman dulu lagi memang dah ada buli cuma rasanya sekarang makin teruk tak?
Quote GhostWalking 29-8-2014 07:56 AM
Enam samseng ‘tahi kucing’ henyak rakan dirakam

Muar: Lagak ‘samseng tahi kucing’ seorang remaja lelaki menendang dan memukul seorang remaja lain dengan batang kayu sebelum dirakam menggunakan telefon bimbit akhirnya menyebabkan dia diberkas polis.

Remaja berusia belasan tahun itu ditahan polis kelmarin selepas rakaman video perbuatannya tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Berdasarkan rakaman berdurasi dua minit dan 19 saat itu, video bertajuk ‘Budak kena pukul di Muar’ itu berlaku di tepi kebun kelapa sawit, di Air Hitam, Bakri, di sini.

Lebih mengaibkan, semua aksi tendang, tumbuk kepala dan memukul menggunakan kayu hingga patah itu dirakam rakan suspek menggunakan telefon bimbit.

Rakaman menunjukkan terdapat enam remaja menjerit ke arah mangsa yang hanya terduduk dengan seorang daripada mereka menendang tangan dan kepala mangsa serta dipukul dengan kayu.

Mangsa yang dilihat menahan pukulan menggunakan tangan turut kelihatan kesakitan dipercayai akibat kecederaan siku tangannya.
AZMAN (kiri) menunjukkan kayu yang digunakan suspek untuk memukul mangsa. Gambar kecil, sedutan rakaman yang dimuat turun di YouTube menunjukkan suspek membelasah mangsa dengan kayu.

Video itu kemudian menunjukkan remaja yang menyerang mangsa mengarahkan mangsa meminta maaf pada mereka.   Bagaimanapun suspek menarik semula tangan apabila mangsa menghulurkan salam sebelum dia diludah.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada keluarga mangsa pada 25 Ogos lalu selain turut menerima satu lagi laporan jam 10 malam kelmarin.

“Hasil siasatan awal, kami dapati kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang pada 14 Ogos lalu di tepi sebuah kebun sawit di Air Hitam.

“Dalam kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun ditendang di kepala dan badan oleh dua remaja lain sebelum seorang remaja terbabit memukul mangsa menggunakan sebatang kayu, namun ditepis mangsa hingga tangannya cedera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Menurutnya, polis percaya pada mulanya video berkenaan hanya dikongsi beberapa rakan, namun ia mula tersebar apabila rakan sekolah lain memuat naiknya di YouTube hingga menjadi viral di media sosial.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat itu, kami menahan empat remaja berusia 13, 14 dan 15 tahun dalam beberapa tangkapan di rumah mereka di sekitar Air Hitam, bermula petang semalam (kelmarin).

“Hasil siasatan seorang suspek menghubungi mangsa untuk berjumpa di kawasan berkenaan. Bagaimanapun mangsa terus ditolak hingga terduduk sebelum remaja lain memukulnya,” katanya.

Menurutnya, seorang remaja ditahan itu menunjukkan tempat di mana kayu sepanjang kira-kira satu meter itu dibuang dan membawanya ke IPD Muar bagi membantu siasatan.

Katanya, semua suspek kini ditahan reman.

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Enamsamseng__8216_tahikucing__8217_henyakrakandirakam/Article/index_html
Last edited by GhostWalking on 29-8-2014 12:14 AM

Quote FanTasyCreaTioN 29-8-2014 08:03 AM
GhostWalking posted on 29-8-2014 07:56 AM
Enam samseng ‘tahi kucing’ henyak rakan dirakam

Muar: Lagak ‘samseng tahi kucing’ seorang rem ...

Terimakasih bang untuk update berita ni

kelip2 mata ja baca yang ni ...

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada keluarga mangsa pada 25 Ogos lalu selain turut menerima satu lagi laporan jam 10 malam kelmarin.
“Bertindak atas laporan polis yang dibuat itu, kami menahan empat remaja berusia 13, 14 dan 15 tahun dalam beberapa tangkapan di rumah mereka di sekitar Air Hitam, bermula petang semalam (kelmarin).



Quote xtahumenahu 29-8-2014 08:06 AM
malas aku nak tgk video2 camni...sakittt hati jekkk
Quote redz85 29-8-2014 08:12 AM
ni semua salah syamsul yusof.. promote filem gangster
Quote GhostWalking 29-8-2014 08:15 AM
FanTasyCreaTioN posted on 29-8-2014 12:03 AM
Terimakasih bang untuk update berita ni

kelip2 mata ja baca yang ni ...

Kesian kan budak ni maybe dia jenis slow ke apa tak memasal di buli
Thanks for the highlight
Quote kucen 29-8-2014 08:32 AM
nak jugak tengok mcm mana samseng tahi kucing ni bile kene tahan polis?
agak2 terkencing dalam seluar ker, menangis ker....
Quote zwaty 29-8-2014 08:37 AM
13,14,15thn...spender pun mak msih carikkan nak jd gnster....puihhh!!!!
Quote peYno 29-8-2014 08:39 AM
kita melayu tulen lembut sgt.... jawa johor dah berani pijak kepala kita
Quote GhostWalking 29-8-2014 09:05 AM
zwaty posted on 29-8-2014 12:37 AM
13,14,15thn...spender pun mak msih carikkan nak jd gnster....puihhh!!!!

hahahaha ok ayat ko kelakar

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064813 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top