CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Enam Samseng ‘Tahi Kucing’ Henyak Rakan Dirakam

29-8-2014 12:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3096| Komen: 4

Description: Remaja Berusia Belasan Tahun Itu Ditahan Polis Kelmarin Selepas Rakaman Video Perbuatannya Tersebar Di Laman Sosial Sejak Beberapa Hari Lalu. Berdasarkan Rakaman Berdurasi Dua Minit Dan 19 Saat Itu, ...
Enam samseng ‘tahi kucing’ henyak rakan dirakam

Muar: Lagak ‘samseng tahi kucing’ seorang remaja lelaki menendang dan memukul seorang remaja lain dengan batang kayu sebelum dirakam menggunakan telefon bimbit akhirnya menyebabkan dia diberkas polis.


Remaja berusia belasan tahun itu ditahan polis kelmarin selepas rakaman video perbuatannya tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Berdasarkan rakaman berdurasi dua minit dan 19 saat itu, video bertajuk ‘Budak kena pukul di Muar’ itu berlaku di tepi kebun kelapa sawit, di Air Hitam, Bakri, di sini.

Lebih mengaibkan, semua aksi tendang, tumbuk kepala dan memukul menggunakan kayu hingga patah itu dirakam rakan suspek menggunakan telefon bimbit.

Rakaman menunjukkan terdapat enam remaja menjerit ke arah mangsa yang hanya terduduk dengan seorang daripada mereka menendang tangan dan kepala mangsa serta dipukul dengan kayu.

Mangsa yang dilihat menahan pukulan menggunakan tangan turut kelihatan kesakitan dipercayai akibat kecederaan siku tangannya.

AZMAN (kiri) menunjukkan kayu yang digunakan suspek untuk memukul mangsa. Gambar kecil, sedutan rakaman yang dimuat turun di YouTube menunjukkan suspek membelasah mangsa dengan kayu.

Video itu kemudian menunjukkan remaja yang menyerang mangsa mengarahkan mangsa meminta maaf pada mereka.   Bagaimanapun suspek menarik semula tangan apabila mangsa menghulurkan salam sebelum dia diludah.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada keluarga mangsa pada 25 Ogos lalu selain turut menerima satu lagi laporan jam 10 malam kelmarin.

“Hasil siasatan awal, kami dapati kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang pada 14 Ogos lalu di tepi sebuah kebun sawit di Air Hitam.

“Dalam kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun ditendang di kepala dan badan oleh dua remaja lain sebelum seorang remaja terbabit memukul mangsa menggunakan sebatang kayu, namun ditepis mangsa hingga tangannya cedera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Menurutnya, polis percaya pada mulanya video berkenaan hanya dikongsi beberapa rakan, namun ia mula tersebar apabila rakan sekolah lain memuat naiknya di YouTube hingga menjadi viral di media sosial.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat itu, kami menahan empat remaja berusia 13, 14 dan 15 tahun dalam beberapa tangkapan di rumah mereka di sekitar Air Hitam, bermula petang semalam (kelmarin).

“Hasil siasatan seorang suspek menghubungi mangsa untuk berjumpa di kawasan berkenaan. Bagaimanapun mangsa terus ditolak hingga terduduk sebelum remaja lain memukulnya,” katanya.

Menurutnya, seorang remaja ditahan itu menunjukkan tempat di mana kayu sepanjang kira-kira satu meter itu dibuang dan membawanya ke IPD Muar bagi membantu siasatan.

Katanya, semua suspek kini ditahan reman.

Forum : http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=826549&page=1#pid57737719
8

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote akificha 1-9-2014 05:43 PM
muar??mm..ramai samseng ek kat sana?
Quote Esmiria 29-8-2014 09:47 PM
ganas-ganas diorang ni. Ape kata hanta diorang ke gaza nak?
Quote H猷L鰃頧 29-8-2014 06:30 PM
bantai balik budak2 ni dengan kayu tu,

so nilah end result cerita Samseng , tahniah utk penerbit dlm menjayakan kempen rempiittttttttt


stupit
Quote shamsadis 29-8-2014 05:51 PM
kalo sabun jatuh jangan kutip

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.105412 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top