CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Status Perkawinan Alyah Akhirnya Terjawab

29-8-2014 02:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19216| Komen: 108

Description: Status Perkawinan Alyah Akhirnya Terjawab PUCHONG: Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipe ...
Status Perkawinan Alyah Akhirnya Terjawab



PUCHONG: Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.


Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.


Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.


Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 28-8-2014 11:56 AM
dah ada

http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Quote dondangdendang 28-8-2014 11:56 AM
ok...mohon katup
Quote Suchi 28-8-2014 11:57 AM
sampai gitu sekali org kepochi nk tauu.. nah senang anto jais je
apapun tahniahlah, dah kawen
Quote putehkundor 28-8-2014 11:58 AM
Mak teh heran....sama2 bujang sebelum ni kan....nak rahsia buat apa?

Kan dah malu....seb baik dah selamat bernikah
Quote meiya_loya 28-8-2014 11:59 AM
Amik tacang dulu before dikatup n dimergekan ke thread sedia ada.!
Quote kakikuDibibirmu 28-8-2014 12:00 PM
masyhurkan dondang dendang

ding dang datang lagi dengan gasing berputar, lihat gasing itu ia berputar-putar
Quote batrishia 28-8-2014 12:02 PM
gambar xda ke
Quote leezzaliza 28-8-2014 12:07 PM
Kutip tacang jugak....!!!
Quote mattzzx 28-8-2014 12:09 PM
Dah halal tuu......biarkan mereka lah..
Quote Anaya84 28-8-2014 12:12 PM
OOOO gituuuu
Quote zacrin 28-8-2014 12:12 PM
ooo dah kawen rupanya
Quote tagas 28-8-2014 12:18 PM
Tu hikmahnya dlm islam kawen kena di war2 hebah2 kn..
Quote adelea 28-8-2014 12:21 PM
Tahniah datuk and alyah ...
alhamdulillah ... semoga kekal sampai syurga ...
Quote seri_mawr 28-8-2014 12:23 PM
dah kawen...Alhamdulillah...

yang aku heran nape la si Ramli tu tak nak announce ...
apa ko bajet ramai lagi retis lain yang ko nk kenen2 ke...?

ke ko bajet handsome ..takut saham jatuh...?
Quote olaklempit 28-8-2014 12:23 PM
tak faham lah
apa ke hal nak rahsia2 pulak
islam dah tetapkan sesuatu tu ada sebabnya
Quote musangcomel 28-8-2014 12:24 PM
akhirnya sahih jugak diorg dah kawen ye
Quote tikatikut 28-8-2014 12:29 PM
tagas posted on 28-8-2014 04:18 AM
Tu hikmahnya dlm islam kawen kena di war2 hebah2 kn..

setuju..makanya tak jadi fitnah..
Quote ira_229 28-8-2014 12:32 PM
heran ek kenapa di batam..? boleh aja dia kawin di malaysia atau singapura...

Quote caplimau 28-8-2014 12:36 PM
ira_229 posted on 28-8-2014 12:32 PM
heran ek kenapa di batam..? boleh aja dia kawin di malaysia atau singapura...

sbb org2 batam xamik kesah psl mereka..
mungkin juga xkenal mereka..

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.108514 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top