CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pengakuan Raja Farah

29-8-2014 02:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14821| Komen: 55

Description: Begitu Pun, Setelah Hampir Empat Tahun Hidup Berdua Dengan Suaminya, Timbul Bibit-Bibit Kesunyian Di Hatinya Sekali Gus Membuatkan Pelakon Berusia 26 Tahun Itu Mempertimbangkan Semula Keputusannya Seb ...
SEMENJAK mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010, Raja Farah telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya.

Kata pemilik nama penuh Raja Farah Raja Aziz ini, dia lebih mengutamakan keluarga berbanding soal kariernya.

Begitu pun, setelah hampir empat tahun hidup berdua dengan suaminya, timbul bibit-bibit kesunyian di hatinya sekali gus membuatkan pelakon berusia 26 tahun itu mempertimbangkan semula keputusannya sebelum ini.

"Sehingga kini, saya dan suami masih lagi belum dikurniakan anak seterusnya menyebabkan saya mula berasa keseorangan.

"Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya.

"Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin," katanya pada Zass.

Dia yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Salju Sakinah bergandingan dengan aktor, Yus Waisar untuk TV Al Hijrah (saluran 114) mengakui sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula.

"Saya memang sudah menguar-uarkan kepada semua produksi termasuk penerbit mengenai perkara ini.

"Drama 13 episod ini adalah 'job' pertama saya untuk menuju ke arah tersebut," katanya.

Selain itu, Raja Farah juga baru saja tamat kontrak sebagai pengacara program, Rasa Halal Antarabangsa musim ke-9 dan 10 untuk Astro Oasis (saluran 106).

"Saya baru saja tamat menjalani penggambaran bagi program tersebut.

"Tetapi, saya sangat berbesar hati sekiranya pihak Astro masih memerlukan khidmat saya sebagai pengacara," katanya.

Kerap berjauhan, Raja Farah jawab isu rumah tangga bergolak

Kekerapan pelakon dan pengacara, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz yang dilihat sering keluar ke mana-mana keseorangan tanpa bertemankan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria menimbulkan spekulasi yang 'bukan-bukan' mengenai mahligai yang dibina, sejak empat tahun lalu.

Bahkan, ada pula ura-ura yang mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang retak menanti belah.

Begitu pun, teraju utama filem Salon ini menafikan semua spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang tetapi mengakui dia kini sedang berjauhan dengan suaminya lantaran tuntutan tugas masing-masing.

"Sejak tahun 2011, saya dan suami sudah sering berjauhan kerana suami adalah jurulatih selam skuba di Pulau perhentian, Terengganu manakala saya pula menetap di Kuala Lumpur.

"Tapi, sejak Januari lalu, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan kerana mahu lebih dekat dengan suami.

"Tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa.

"Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu, kemudian timbul macam-macam andaian. Saya mohon, doakanlah yang terbaik untuk kami sekeluarga," katanya.




Katanya, adatlah sekiranya ada berlaku perselisihan faham di antara mereka suami isteri, tetapi itu tidaklah bermakna ia sehingga membawa kemudaratan kepada mereka berdua.

"Banyak konklusi boleh dibuat dan orang juga boleh kata apa saja, cuma apabila ia berkaitan dengan hal peribadi, saya lebih suka mendiamkan diri.

"Jika ada yang ingin tahu, datang bertanya dan saya boleh menceritakannya.

"Alhamdulillah, setakat ini, saya dan suami tiada apa-apa masalah besar yang boleh membawa kepada keputusan yang tidak diingini," katanya yang berhasrat untuk menetap kembali di Kuala Lumpur.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 26-8-2014 03:35 PM
Last edited by berun on 26-8-2014 04:17 PM

Quote maxim 26-8-2014 03:35 PM
paio adik badik berun
Quote berun 26-8-2014 03:41 PM
maxim posted on 26-8-2014 03:35 PM
paio adik badik berun

masuk sini tu je? cantik avatar serupa tuan nya ke X?
Quote sepitsiput 26-8-2014 03:51 PM
bukan sebab lirik berterabur, lrik dah betul dah ..masuk..cuma rapper nya saja macam baru semalam start rapping...tu yg berterabur.
Quote tomet05 26-8-2014 04:27 PM
apa yang dingakukannya ? x faham sangat
Quote mattzzx 26-8-2014 04:35 PM
Belum ada rezeki lagi...kena usaha lebih..
Quote siasia 26-8-2014 04:40 PM
erm.. mak aku kata dia buat rancangan jalan2 tu..tak terdetik ke rasa suka pada pasangan pengacara dia tu.
Quote maxim 26-8-2014 04:44 PM
siasia posted on 26-8-2014 04:40 PM
erm.. mak aku kata dia buat rancangan jalan2 tu..tak terdetik ke rasa suka pada pasangan pengacara d ...

akhtar tu ke..hensem kan








Quote asteruk 26-8-2014 04:54 PM
suami dia comel mcm budak sekolah baru nak baligh.. nak keluar bilik pun fikir 2,3 kali uols.. apatah lagi berlakon Last edited by asteruk on 26-8-2014 04:56 PM

Quote toxicated 26-8-2014 05:04 PM
maxim posted on 26-8-2014 04:44 PM
akhtar tu ke..hensem kan

taste jejan rupanya datok boi
Quote toxicated 26-8-2014 05:05 PM
pesen ape pulak pakai tudung nampak leher.
Quote dahlamadah.. 26-8-2014 05:20 PM
akhtar sahari..kembor kpd ex husb rita rudaini kan?
Quote jaja4 26-8-2014 05:20 PM
toxicated posted on 26-8-2014 05:05 PM
pesen ape pulak pakai tudung nampak leher.

ni gmbar lame. time die mula2 pkai tudung. skang da ok sikit..
Quote rimau_belang 26-8-2014 05:34 PM
kesian die..kawen awal sebulan je dr aku...tkpela Allah da tentukan segalanya
Quote nadieya 26-8-2014 05:53 PM
belum ada rezeki lagi...
masih byk masa untuk mencuba...
Quote fatehana 26-8-2014 06:58 PM
moga dia akan dikurniakan anak dan baik2 aje perkahwinannya
Quote sepitsiput 26-8-2014 07:26 PM
iols pening
Quote Nadzfizz 26-8-2014 07:32 PM
Sabar je la farah , mungkin belum ada rezeki utk dpt baby...
Quote CrowneGlory 26-8-2014 07:44 PM
Apala nk pening xde anak ... Enjoy je la.. Honeymoon tiap2 tahun... Stress sgt pun sperm xnak lekat uols...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.124208 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top