CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Maut Rempuh Treler Rosak

29-8-2014 04:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6585| Komen: 19

Description: Mangsa Elexander Ngerantar, 37, Dan Winnie Mangku, 35, Dari Taman Jelita, Di Sini, Maut Di Tempat Kejadian Akibat Parah Di Kepala Dan Badan.
Suami Isteri Maut Rempuh Treler Rosak

Miri: Sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Wira dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah treler rosak yang diparkir di tepi jalan dalam kejadian di Sungai Nibong, Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu, di sini, pada jam 5.30 pagi ini.

Mangsa Elexander Ngerantar, 37, dan Winnie Mangku, 35, dari Taman Jelita, di sini, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, Elexander yang memandu kereta itu dipercayai tidak menyedari ada treler rosak yang sarat dengan muatan dan berhenti di tepi jalan ketika kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke Miri dari Bintulu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Janathon Ringgit ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

KEADAAN kenderaan mangsa.


Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan termasuk mendapatkan keterangan seorang lelaki yang didakwa pemandu treler berkenaan.

13

Bagus
24

Marah
20

Terkejut
12

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fairiza 29-8-2014 02:11 PM
Ini tepi jalan kah?
Quote erin86 29-8-2014 02:15 PM
ni mcm berhenti tgh jalan ja, bukan tepi dah gini. cone ka apa takdak ka supaya pemandu lain alert kalau lori rosak pun
Quote GhostWalking 29-8-2014 02:16 PM
fairiza posted on 29-8-2014 06:11 AM
Ini tepi jalan kah?

Kalau ikut standard Malaysia kira tepi jalan lah tuh walaupun
Quote tri-max 29-8-2014 02:31 PM
... walaupun saiz lori sebijik da sama saiz jalan kat sarawak
berhenti tepi pon bagilah kon amaran, ini tak...
Quote afheyz 29-8-2014 02:33 PM
la tahzan sis
Quote setia00 29-8-2014 02:40 PM
tak perasan lori tu berhenti agaknya.
Quote HANIMUSLIMAH 29-8-2014 03:22 PM
Sangat menyayat hati..
Quote kikuri 29-8-2014 03:34 PM
lain kali letak la kon ke apa benda yang tiga segi tu ke....tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa
Quote iniaroonz 29-8-2014 04:39 PM
tak ada tanda utk maklumkan pengguna jalan raya lain, lori tu rosak....at least taruk le benda apa2 pun.... membahayakan nyawa org lain aje...kesian...
Quote mattzzx 29-8-2014 04:44 PM
Lori tu tak letak tanda2 kecemasan yang ianya rosak...
Quote gaara_X 29-8-2014 04:45 PM
nie laa jadi masalah.....bila kenderaan diparking tak de simbol yang leh wat pengguna lain tahu yang kenderaan itu rosak
Quote retnoel 29-8-2014 04:46 PM
Rip..dah ajal, tp kalu lori tu kon sgitiga tu mybe blh elakkan..anyway2 2-2 x pasankah lori tu tgh benti..
Quote Artemesiaa 29-8-2014 05:28 PM
Awal pagi masih gelap kalau tak letak kon amaran boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain.  Apa pun takziah pada keluarga mangsa.
Quote drivethru 29-8-2014 08:17 PM
Kerana lori sebijik, nyawa suami isteri melayang.
Quote highcastle 29-8-2014 08:28 PM
Memang haramjadah lah yg parking tengah jalan tak letak kon bagai............ Kawasan gelap kul 5.30 pagi mmg tak nampak......... Aku dulu nyaris terlanggar lori parking tengah jalan ni sbb tak letak kon.. Mmg syilaker punya pangai...........
Quote Crystars 30-8-2014 07:11 AM
ini bukan tepi jalan,,,bengong punya driver lori. dah tau x letak kon at least pasang la lampu hazard...ke lampu signal pun dh x hidup?? kalau x pun m'sian kan biasanya letak ranting pokok kat belakang kenderaan rosak
Quote FanTasyCreaTioN 30-8-2014 07:22 AM
Takziah ....

kemalangan yang boleh d elak kan jika tuan punya lori lebih bertanggungjawab
Quote FlowerGirl 30-8-2014 08:48 AM
pemandu lori yg selfish...jalan pun sure gelap sbb x de lampu jalan..mengharapkan org lain nampak lori dia..bangang!
Quote wds 30-8-2014 12:57 PM
Bab ni aku cuak sangat2 kalau tetiba ada lori berhenti/rosak kat tepi jalan ni. Aku dah banyak kali kena cuma nasib baik sempat mengelak.

Perkara ni mmg boleh jadi jika pemandu kereta tu letih sangat sampai objek besar gedebuk depan mata pun boleh terlepas pandang atau tidak boleh diprocess dengan betul sebab otak penat. "Object Processing Error/Not Found" iaitu objek yang dilihat tidak sampai ke otak (Hardrive) untuk diprocess bagi tindakan selanjutnya.

Sekian.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.085364 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top