CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Filem Hantu Jejas Akidah

2-9-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10106| Komen: 111

Description: Pakar Motivasi Didik Diri Resources Yang Juga Perawat Islam Pusat Motivasi Ruqyah, Bangi, Selangor, Ahmadi Baharudin Berkata, Penerbit Filem Perlu Menghentikan Segera Penghasilan Karya Sedemikian.

Filem Hantu Jejas Akidah

Gambar hiasan


Seremban: Filem dan drama berunsurkan hantu, pemujaan serta kepercayaan karut masih berleluasa ditayangkan di televisyen sehingga boleh memberi kesan buruk terhadap akidah umat Islam.

Pakar motivasi Didik Diri Resources yang juga Perawat Islam Pusat Motivasi Ruqyah, Bangi, Selangor, Ahmadi Baharudin berkata, penerbit filem perlu menghentikan segera penghasilan karya sedemikian.

Katanya, penerbit hanya memikirkan keuntungan tanpa mempertimbangkan tindakan mereka memberi impak terhadap masyarakat Islam.

Beliau yang berpengalaman selama 10 tahun dalam rawatan Islam berkata, penghasilan karya seumpama itu menggalakkan anak muda terbabit dalam pencarian paranormal.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, terdapat juga babak menunjukkan perbuatan syirik yang menggugat akidah dan kepercayaan umat Islam.

“Sudah-sudahlah mereka (penerbit) hasilkan filem hantu.

Lebih baik hasilkan filem yang mengajar penonton,” katanya.

Menurutnya, menerusi pengalamannya dalam bidang perubatan Islam, jin adalah makhluk yang menyukai sekiranya diri mereka dipopularkan.

Ahmadi kesal kerana hampir 10 tahun ini, industri seni tanah air banyak menghasilkan filem berunsurkan hantu.

“Lebih mengecewakan apabila menyiarkan roh orang mati boleh pulang semula ke keluarga, mengganggu orang ramai atau tersangkut antara langit dan bumi sedangkan perkara itu tidak berlaku,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 1-9-2014 11:55 AM
abis cerita tak hantu yang bercinta berpeluk sakan tu cam mana pulak..

ai lebiu arrogant, rindu 200%, playboy plaboya tu tak menjejaskan akidah kah??
Quote BeeHaa 1-9-2014 11:57 AM
Org ramai pun tau it just a ghost story. Takkan nk percaya betul2 pulak.

Dia x suka tgk cite hantu abis sume org kena ikut ckp dia x payah tgk cite hantu?

Tah ape2 la !
Quote GhostWalking 1-9-2014 11:58 AM
prettyuglybabe posted on 1-9-2014 03:55 AM
abis cerita tak hantu yang bercinta berpeluk sakan tu cam mana pulak..

ai lebiu arrogant, rindu 2 ...

Laaaaagi la tak boleh blahh
Quote GhostWalking 1-9-2014 12:05 PM
Cerita2 yang membentuk pemikiran yang perempuan layak di tindas, di dera emosi fizikal sebab lelaki lagi la teruk
Cerita-cerita gangster yang di produce David Teoh & Yusup Haslam anak beranak seolah melayu ni takde choice dalam hidup kecuali hadap hidup jadi gangster bila gagal dalam pelajaran pun tak bagus pada aku.Lambakan sangat.
Quote kucen_miang 1-9-2014 12:11 PM
prettyuglybabe posted on 1-9-2014 11:55 AM
abis cerita tak hantu yang bercinta berpeluk sakan tu cam mana pulak..

ai lebiu arrogant, rindu 2 ...

Citer2 mcm 200 persen tulah jadi sanjungan makcik2 sambil berangan laki masing2 mcm bekas anak hikan bakyah.
Quote BotakChinPeng 1-9-2014 12:18 PM
Filem hantu takpe lagi sebab memang  wujud.

Tapi mereka yang menerbit dan meluluskan cerita zombie pula boleh dianggap murtad
Quote enchikfitz 1-9-2014 12:32 PM
Filem hantu Melayu - gugat akidah org Islam

Filem hantu Cina - gugat akidah org Cina

Filem hantu Hindustan - Gugat akidah org India


Pendek kata semua filem hantu patut dibanned. Mcm tu?
Quote aijinmisaki 1-9-2014 12:33 PM
jijik tengok acik2 berangan nak dapatkan lelaki macam 2000 percent tu...dengar tajuk pun macam lahanat mulayu caprut. Last edited by aijinmisaki on 1-9-2014 12:36 PM

Quote enchikfitz 1-9-2014 12:33 PM
Filem hantu Melayu - gugat akidah org Islam

Filem hantu Cina - gugat akidah org Cina

Filem hantu Hindustan - Gugat akidah org India


Pendek kata semua filem hantu patut dibanned. Mcm tu?
Quote rdzaccess 1-9-2014 12:39 PM
penapis filem dah bagi kelulusan ..
Quote sakurahati 1-9-2014 12:40 PM
aku tak layan citer 'cinta 200%' tu...aku layan citer hantu 'Qarin' kat TV1.. pada aku cinta hantu lagi best dari citer cinta ..
Quote tungkai 1-9-2014 12:54 PM
Lemah betul akidah org Islam kat Melesia ni...prfff
Quote mattzzx 1-9-2014 01:01 PM
Sekarang trend pengeluar filem buat citer2 hantu.....macam macam jenis hantu dah keluar..
Quote AwgSagi 1-9-2014 01:07 PM
Movie hantu, katun & drama kehidupan boleh diguna utk mengukur sejauh mana tahap kemajuan minda, kreativiti & imiginasi dlm  majoriti masyarakat atau bangsa negara itu.
Quote Johnyblaze87 1-9-2014 02:13 PM
Patut stop je production filem melayu. Sapa je yang tengok?
Quote maja07 1-9-2014 02:41 PM
Tanah Kubur tu OK ke?
Quote AYAKAISHI_AYASY 1-9-2014 02:47 PM
Hantu + Lawak
Memang selalu jew ada movie camnie..
Tak habis-habis
Quote PenjualAPAD 1-9-2014 02:50 PM
hantu siam paling best, memang lawak + seram, paling legend, bupah rahthree scent of night flower, syiokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote axl_bach 1-9-2014 02:55 PM
PenjualAPAD posted on 1-9-2014 02:50 PM
hantu siam paling best, memang lawak + seram, paling legend, bupah rahthree scent of night flower, s ...

Buppa Rahtree tu yg memula jer best.....yg lain2 kelaut gak, Reborn, 2.0 3.0 bagai tu cam kureng umppphhhhhh...tp heroin dia lawa siot.....yg memula dgn kerenah dan ragam penduduk flat tu mmg lawak dan angker......



Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.106005 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top