CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Atilia Enggan Tangguh Timang Anak

2-9-2014 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3552| Komen: 4

Description: Majlis Itu Dihadiri Seramai 160 Orang Tetamu Yang Terdiri Daripada Keluarga Dan Kenalan Rapat Pasangan Pengantin.
Atilia Enggan Tangguh Timang Anak 


PETALING JAYA: Penyanyi Atilia Haron yang baru sahaja bernikah dengan seorang jurutera bunyi, Adam Sofian Mazlan, 37, pada pagi Ahad merancang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Atilia, 40, berkata, dia enggan menangguhkan perkara itu seperti segelintir pasangan pengantin baru memandangkan usianya dan suami sudah meningkat.

"Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat memahami saya. Sekarang ini, fokus kami adalah mahu segera menimang anak. Maklumlah, usia kami pun bukannya muda lagi," katanya berseloroh ketika dihubungi mStar Online pada Ahad sejurus selepas perkahwinannya.

Dengan hanya sekali lafaz, Atilia sah bergelar isteri kepada Adam dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Hotel The Saujana Subang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad.

Majlis itu dihadiri seramai 160 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.


Kata Atilia, dia bersyukur, perkahwinannya itu berjalan dengan lancar walaupun persiapan yang dilakukan tidak sampai sebulan.

"Sepatutnya bukan sekarang kami nak kahwin. Tetapi apabila Adam akan ke Amerika Syarikat selama dua bulan, dan saya pula sibuk dengan kerja-kerja nyanyian dan mengajar yoga, maka kami rasa eloklah jika pernikahan kami disegerakan.

"Alhamdulillah, ia berlangsung dengan lancar pada hari ini (Ahad). Majlis kami pun sederhana, dan inilah yang kami mahukan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya apakah keistimewaan Adam di mata Atilia, kata penyanyi lagu Indah itu, dia suka melihat suaminya yang sangat berdisiplin dalam kehidupan hariannya selain seorang yang begitu rajin bekerja.

"Saya suka orang yang tegas. Dia tak banyak cakap, tetapi bijak menguruskan dirinya dengan cara yang sangat berdisiplin.

"Sudah 12 tahun kami berkenalan dan mula bercinta pada enam tahun lalu. Syukur, kami disatukan dan saya harap ia akan kekal hingga akhir hayat InsyaAllah," tuturnya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia dan yang pertama buat Adam.

Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=826968&extra=&page=4

7

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote MsLulu 4-9-2014 01:19 PM
ha'ah..aku tak reti matematik ke apa...divorce 2009..tapi bercinta ngan yang ni dah 6 tahun..hmm...
Quote jelita_millie 4-9-2014 10:51 AM
bercerai 2009...tapi dah bercinta dah 6 tahun. semoga berkekalan ye dik non
Quote johnmcclain 3-9-2014 07:10 PM
yasmin hani nampak sgt hot!miaw :3
Quote mimzat 3-9-2014 04:20 PM
Tahniah semoga berkekalan hingga ke Jannah. Ameen.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061355 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top