Pengguna Belum Sedia Guna Tol Elektronik?
Melalui pemerhatian yang dilakukan selama dua jam oleh Bernama di kedua-dua tol berkenaan, masih kelihatan ramai pengguna memilih menggunakan kaedah tunai untuk membayar tol. Tinjauan juga mendapati kenderaan beratur panjang di laluan tunai dan keadaan menjadi bertambah sesak terutamanya ketika waktu tengah hari. Seorang pengguna, Mohd Sufian Jamaludin, 30, ketika ditemui berkata penangguhan perlaksanaan tol elektronik merupakan satu tindakan yang wajar diambil kerana masih ramai pengguna belum bersedia ke arah itu. Katanya lagi, pihak PLUS Malaysia Berhad (Plus) perlu memikirkan cara lain yang lebih berkesan bagi mengatasi kesesakan di kedua-dua tol berkenaan. Dalam tinjauan itu juga, didapati pondok jualan kad PLUSMiles dan Touch 'n Go yang didirikan berhampiran kedua-dua plaza tol berkenaan kurang mendapat sambutan daripada pengguna. Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam kenyataannya yang bertarikh 29 Ogos lepas mengatakan Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Plus agar menangguhkan perlaksanaan pembayaran tol sepenuhnya melalui cara elektronik di kedua-dua plaza tol berkenaan yang sepatutnya bermula hari ini kepada satu tarikh yang akan diumum kelak. Menurut kenyataan itu penangguhan berkenaan dilakukan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mendapatkan kad PlusMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG. Pada masa sama ia juga bertujuan untuk membiasakan pengguna menggunakan kaedah transaksi itu terlebih dahulu.
|
16
Bagus |
20
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
23
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kentel posted on 2-9-2014 12:03 PM
bodo nye lah...da regular user dekat plaza tol ni, ape lah salahnya beli at least TnG...singapore bo ...
penyo posted on 2-9-2014 12:22 PM
Belum terbuka lagi utk guna smart tag kot. Tunggu bila dah ikhlas baru pakai ok
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
10-5-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.190239 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.