CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pulau Langkawi Dan Kota Kuala Kedah

3-9-2014 09:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16568| Komen: 50

Description: Kota Ini Juga Dikenali Sebagai Kota Kuala Bahang Yang Terletak Di Kuala Sungai Kedah Kira-Kira 12 Kilometer Dari Bandar Alor Setar. Kota Ini Merupakan Benteng Pertahanan Melayu Yang Tertua Sekali Di U ...
KOTA KUALA KEDAH



Kota ini juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang yang terletak di Kuala Sungai Kedah kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kota ini merupakan benteng pertahanan Melayu yang tertua sekali di utara Malaysia.





Pada mulanya kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Pembinaannya mendapat bantuan dari pihak Portugis, iaitu semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602-1620) yang memerintah kota Seputeh. Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619 dan Portugis diusir keluar dari sini. Setelah diperbaiki, kota ini sekali lagi dimusnahkan oleh armada Bugis (1770)






Semasa pemerintahan Sultan Mukarram Shah, Sultan kedah ke-20 (1778-1797), baginda mengarahkan agar kota ini dibina semula (1780-1782) seperti dalam pelan atau kedudukannya yang ada sekarang. Hafiz Sab, seorang arkitek menjawat jawatan sebagai Maharaja Kadhi telah mengetuai semula pembinaan kota ini dengan menggunakan buruh-buruh dari India.

















Kota ini dikelilingi dengan meriam yang dibeli dari Belanda dan British. Di dalamnya telah didirikan sebuah istana. Di samping menjadi pusat pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah 2, Sultan Kedah ke 22 (1804-1845). Semasa pemerintahan baginda, kota ini telah diserang dan dimusnahkan armada Siam pada 12 November 1821. Kota ini kemudiannya diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.



Kota Kuala Kedah telah diwartakan sebagai monumen lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah akta Bendapurba bilangan 168/1976 padda 31 Ogos 1978.






Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alphawolf 25-8-2014 02:57 PM
Amende yang part 'Langkawi vs Kota Kuala' ni?
Quote iwan007 25-8-2014 03:00 PM
semua cita pasai kota kola kedah ja.. tang mana mai vs langkawi ni TT? cuba mai habaq sat
Quote yaminz 25-8-2014 03:13 PM
Quote uori 25-8-2014 03:26 PM
menyesalnya tak masuk waktu pergi haritu..
Quote khaira01 25-8-2014 03:42 PM
so...............
Quote DennisTrillo 25-8-2014 08:43 PM
iwan007 posted on 25-8-2014 03:00 PM
semua cita pasai kota kola kedah ja.. tang mana mai vs langkawi ni TT? cuba mai habaq sat

xsempat nk karang abihh... mls plak.. heheheh
dia lbh kpd sinonim jer... sbb kota kuala kdh nihh kubu ptahanan msa zaman mahsuri lg...
kalu tgok skrg pn nk pegi kt pulau nun tuh pn kena rentas kt pelabuhan dia gak.. then kalu nk ikut kan sejarah pmbunuhan mahsuri pn
kota kuala kdh tcatat gak fakta yg pnting sbb hsband dia tgh bperang kt kota nihh so bla blik jer kt lgkawi tgok mahsuri dh mati...
Quote DennisTrillo 25-8-2014 08:55 PM
drpd kajian yg aku penah buat kt sna.. rmai org lgkawi bpindah kt kuala kedah nihh.. bila indstri plancongan mningkat kt lgkawi ramai pnduduk lgkawi jual tanah diorg.. so kmbali lahh diorg kt tanah besar nihh... satu lg fakta yg korg mgkin xtahu yg Tun dr mahathir pn bketurunan mahsuri di sebelah mak dia lahh... nama mak dia Wan Tampawan & datuk dia Wan Mat Saman adalah mnteri besar ptama ngeri kedah... kalu u all nk taw.. panggilan wan yg berada kt kedah kbyakan kturunan Mahsuri.. contoh waris ketujuh mahsuri Wan Aishah yg skrg menetap kt thailand... sbb tuh lah Tun Mahathir suka sgt dgn Langkawi..
Quote DennisTrillo 25-8-2014 09:14 PM


nilahh Wan Aishah keturunan Mahsuri yg ke-7




Nihh plakk Datuk kpd Tun Dr Mahathir Datuk Wan Mat Saman


Quote DennisTrillo 25-8-2014 09:39 PM
jd aku mmg nk related hubungan Langkawi dgn Kota Kuala kedah yg bsejarah nihh sbb disini kaitan peperangan siam dgn kerajaan kedah sehingga siam bertindak balas di Pulau Langkawi. Satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur ialah cerita "Beras Terbakar". Tempat yang dikata beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira 30 kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih 3 kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul.

Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun-19 bertempat di Kampong Raja yg tersebut. Ini boleh dibuktikan iaitu seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang.

Berbalik kepada cerita beras terbakar.. selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam.

Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh.

Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.

Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.
Quote alphawolf 26-8-2014 08:26 AM
Ok paham...tapi apasal vs sedang vs maksud berlawan?

BTW beras terbakar dah takde dah...kalau ada lagi pun kat dalam pagar tu kot?
Quote DennisTrillo 26-8-2014 01:01 PM
alphawolf posted on 26-8-2014 08:26 AM
Ok paham...tapi apasal vs sedang vs maksud berlawan?

BTW beras terbakar dah takde dah...kalau ada ...

berlawanan dia kt part pelancongan... kdua2 tmpt tuh adalah tmpt bersejarah cuma langkawi mmg dah famous & terunggul kt mlysia n seantero dunia...
Quote DennisTrillo 26-8-2014 01:22 PM



Quote alphawolf 26-8-2014 02:35 PM
Haha...tapi mmg Kota kuala kedah ni kurang publisiti....
Quote DennisTrillo 26-8-2014 02:39 PM
mmg pun.... tp org akn tahu kuala kdh time nk pegi & balik dr langkawi jerr.... sedehh
Quote DennisTrillo 26-8-2014 02:41 PM
walhal mkanan kt sna sedap2 n mknan laut cam ikan kering kerr belacan pn byk.. padahal dkt btul ngan terminal feri tuhh
Quote hest 27-8-2014 03:59 PM
DennisTrillo posted on 26-8-2014 02:39 PM
mmg pun.... tp org akn tahu kuala kdh time nk pegi & balik dr langkawi jerr.... sedehh

seriuos dude.. aku memang nak melawat kedah.. nak sangat.. tapi kawan2 aku blh nak trip kelangkawi plak.. aku suka nak pegi kedah dgn makanan dia sedap.. tmpt dia pun masih kampung2 sikit.. aku bengang yang amat. serius bengang
Quote DennisTrillo 27-8-2014 04:03 PM
hest posted on 27-8-2014 03:59 PM
seriuos dude.. aku memang nak melawat kedah.. nak sangat.. tapi kawan2 aku blh nak trip kelangkawi ...

aku xda hal kalu ko bminat nk mlawat kedah... skrg pn aku kt kdh posting keje kt sni..
Quote halimi78 27-8-2014 04:36 PM
DennisTrillo posted on 26-8-2014 01:01 PM
berlawanan dia kt part pelancongan... kdua2 tmpt tuh adalah tmpt bersejarah cuma langkawi mmg dah  ...

kalo vs tuh tang pelancongan ja, baik boh tajuk lain...
fokus tang kota kuala kedah itself lg elok..
idok ler org ttanya2 tang mana VS tuh...

ni bila nk siap mengarang neh?

Quote DennisTrillo 27-8-2014 05:35 PM
halimi78 posted on 27-8-2014 04:36 PM
kalo vs tuh tang pelancongan ja, baik boh tajuk lain...
fokus tang kota kuala kedah itself lg elo ...

dlm statement sy nih motif adlh lbh kearah menilai dari sudut "SEJARAH" antara kedua tmpat nihh.. itu yg cuba sy nk sampaikan.. byk trivia sy pd kuala kedah sbbnyer kalu sy nk rungkai sejarah pulau lagenda suma sudah maklum ceritanya... cuma disebalik cerita langkawi mmpunyai kaitan yg sgt besar antara kdua tempat nih..

tapi populariti sejarah/lagenda kedua2 tempat nih yang mjadi ukurannya.. sebelum anda melawat ke langkawi melalui kuala kedah cubalah melawat monumen yg tdapat di Kota Kuala kedah nih.. Jarak antara terminal feri kuala kedah dgn tmpat nihh hnya lbh kurg 1km jerr...

sejarah melayu di mn2 sja xkira lah di melaka ke di kedah ke selagi kita menaung di bumi pusaka malaysia nihh kita bole ambil tahu apa ja pasal sejarah ngara kita...




Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.288480 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top