CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Cadangan Pindah Makam Nabi Cetus Kontroversi

4-9-2014 10:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9613| Komen: 47

Description: Setakat Ini, Belum Dapat Dipastikan Sama Ada Raja Abdullah, Penjaga Rasmi Dua Tanah Suci, Atau Jawatankuasa Yang Bertanggungjawab Terhadap Masjid Nabawi, Bersetuju Dengan Cadangan Berkenaan.

Cadangan Pindah Makam Nabi Cetus Kontroversi


Cadangan dikemukakan seorang ulama Saudi untuk memindahkan makam Nabi Muhammad (SAW) di Masjid Nabawi dan dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda mencetuskan kontroversi semalam.

Rancangan itu, menurut akhbar Independent yang diterbitkan di London, mencadangkan supaya pusara Rasulullah itu dialihkan ke tanah perkuburan al-Baqi yang terletak bersebelahan Masjid Nabawi.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, setakat ini belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai cadangan berkenaan.

Namun, pendedahan mengenai cadangan itu mencetuskan kemarahan di media sosial.

Seorang pembaca yang menamakan dirinya Yahya Birt berkata, rancangan itu, jika dilaksanakan akan mendapat tentangan habis-habisan daripada masyarakat Islam.

Seorang pembaca lain, M Faris menyelar kerajaan Saudi dengan menyifatkannya sebagai satu lagi contoh ketidakpekaan pemimpin dan ulama negara itu terhadap warisan Islam dan mengingatkan, langkah itu, jika dilaksanakan adalah penghinaan terhadap masyarakat Islam.

Akhbar Independent semalam melaporkan seorang ulama Arab Saudi mengemukakan pelan kontroversi untuk memindahkan makam Rasulullah itu selepas beberapa ulama negara itu menyuarakan kebimbangan ia semakin menjadi tempat pemujaan.

Menurut laporan itu, dokumen 61 muka berkenaan diedarkan kepada anggota pihak berkuasa Tanah Suci, mencadangkan supaya makam itu dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi, bersebelahan dengan Masjid Nabawi dan dikuburkan tanpa sebarang tanda.

Akhbar itu memetik Pengarah Yayasan Kajian Warisan Islam, Dr Irfan Al-Alawi sebagai berkata: “Mereka mahu menghalang orang Islam mengunjungi makam berkenaan kerana menganggap perbuatan itu syirik.

“Satu-satunya cara yang boleh mereka lakukan untuk menyekat orang ramai mengunjungi makam itu ialah memindahkannya ke tanah perkuburan dan tanpa tanda,” kata Irfan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Raja Abdullah, penjaga rasmi dua tanah suci, atau jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap Masjid Nabawi, bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Mereka juga bimbang kemunculan pelan berkenaan, yang berasal dari fahaman Wahabbi akan memecah-belahkan pengikut fahaman Sunni dan Syiah.

“Pengikut Sunni amat menghormati makam Rasulullah dan akan menentang rancangan berkenaan.

Pengikut Syiah juga menentangnya kerana menghormati anak Rasulullah, Fatimah.

Sudah pasti masyarakat Islam terkejut dengan pendedahan ini.

Ia akan mencetuskan kemarahan,” kata Irfan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 3-9-2014 10:36 PM
ummah wahabbi mahu mengelakkan syirik kepada Awloh S.W.T.

itu pasal su'udul 'arrobiyya ratakan makam Siti khadijah buat kutubkhanah/purpustakaan ka jamban awam ka
rubuhkan makam Siti Hawa
rubuhkan masjidil fetima
rubuhkan masjidil saiyidina 'Amza
rubuhkan masjidil Salman Al-Perisai eh Al-Farisi
ratakan kubur ibu Nabi Mohammed S.A.W. iaitu Amina
ratakan kubur saiyidina 'Amza
ratakan kubur datuk Nabi Mohammed S.A.W.
rubuhkan rumah Nabi Mohammed S.A.W. yang berada di Medina
rubuhkan rumah saiyidina Ali karomallahu wajha semuga tuhan Awloh S.W.T. mumuliakan wajah buliyau

sesuai dengan hadis Nabi Mohammed S.A.W.  yang melarang mendinding dan meninggikan kubur.
makam-makam itu semua umpama berhala bagi ummah wahabbi maka perlulah dirubuhkan dan diratakan

untuk mengelakkan ummah meratib menangis hiba makam Nabi Mohammed S.A.W. lagi, mungkin tahun 2032 nanti makam baginda pun akan diratakan:

A pamphlet published last year by the Ministry of Islamic Affairs, endorsed by Abdulaziz Al Sheikh, the Grand Mufti of Saudi Arabia, and distributed at the Prophet's Mosque, where Mohammed, Abu Bakr, and the Islamic Caliph Umar ibn Al Khattab are buried, reads, "The green dome shall be demolished and the three graves flattened in the Prophet's Mosque," according to Irfan Al Alawi, executive director of the London-based Islamic Heritage Research Foundation. This shocking sentiment was echoed in a speech by the late Muhammad ibn Al Uthaymeen, one of Saudi Arabia's most prominent Wahhabi clerics, who delivered sermons in Mecca's Grand Mosque for over 35 years: "We hope one day we'll be able to destroy the green dome of the Prophet Mohammed," he said, in a recording provided by Al Alawi.
Last edited by kakikuDibibirmu on 3-9-2014 10:37 PM

Quote Muntz 3-9-2014 10:36 PM
Seeloknya org2 zaman dulu jgn tanda apa2 kawasan kubur Rasulullah dan sahabat2nya. Takut nanti jadi tempat pemujaan, hias2an bagai.
Quote finesse 3-9-2014 10:37 PM
Apa alasan mereka nak pindahkan makam nabi?
Quote nanacinta 3-9-2014 10:43 PM
dah lebih seribu tahun kat situ...kenape nak kena pindah pulak...
Quote zorrro_03 3-9-2014 11:08 PM
Mcm2 alasan saja diberikan oleh pihak saud nih. Kalau nak sgt halang org kunjungi, pagarkan saja keliling tu.  Letak askar jaga. Sapa2 nak gi puja kasi tembak. Apa hal sampai nak pindahkan makam Rasulullah kekasih Allah dan makhluk yang paling utama dan paling mulia di muka bumi?  

Quote AbukRokok 4-9-2014 12:37 AM
roboh roboh la sesuka hati mu lepas tu buat menara tinggi2 hotel 6 bintang beserta shopping kompleks yang termasuk didalamnya cawangan si bogel si kafir... semata mata takut shia ramai ramai kerumun kat kubur nabi kunun hahaha.
Quote AbukRokok 4-9-2014 12:47 AM
dulu ada ostad buat teori dari hadis entah mana mana yang baru baru saja muncul dgn tiba2...di akhir zaman syiah rafidah akan menyerang mekah dan madinah meruntuhkan kaabah dan masjid nabi kerana bencinya shia pada islam.

Tup tup wahabi arob sendiri runtuhkan untuk kepentingan komersial akhirnya
Quote revolusi_30 4-9-2014 12:50 AM
Setuju je utk elakkan syirik dan bidaah ..kekadang depa pi makam nabi tu lelebih nangis segala...puja segala...sehingga lupa rumah Allo Masjid Nabawi tu yg ada kifaat..or pahala dan yg patut diutamakan ...
Quote revolusi_30 4-9-2014 12:52 AM
Nasib malam nabi kat Saudi...kalau kat nusantara sudah tentu penuh dgn kain kuning...colok keminya dan buku hajat ....seolah2 makam tu yg bagi segalanya ..bertawasul ka apa ...
Quote CiliPadiSedap 4-9-2014 01:09 AM
revolusi_30 posted on 4-9-2014 12:52 AM
Nasib malam nabi kat Saudi...kalau kat nusantara sudah tentu penuh dgn kain kuning...colok keminya d ...

wallahuallam, mcm bertawasul akak ada nampak kt pulau besar. ramai yg duduk di makam pulau besar
Quote Babai 4-9-2014 01:09 AM
Kalau nak pindahkan takde masalah. Yang kecoh lebih ni orang nusantara jer.
Quote CiliPadiSedap 4-9-2014 01:10 AM
kakikuDibibirmu posted on 3-9-2014 10:36 PM
ummah wahabbi mahu mengelakkan syirik kepada Awloh S.W.T.

itu pasal su'udul 'arrobiyya ratakan ma ...

kat malaysia je kak, kubur pakai batu marmar, batu cantik, kalah rumah akak. sedangkan amalan dikira bukan berdasarkan kepuk kubur
Quote Babai 4-9-2014 01:10 AM
AbukRokok posted on 4-9-2014 12:47 AM
dulu ada ostad buat teori dari hadis entah mana mana yang baru baru saja muncul dgn tiba2...di akhir ...

Ape yang korang pelik sangat? Kaabah memang dah banyak kali runtuh dan buat semula. Orang gila aje yang kata kalau runtuhkan tu automatik kena panah petir there and then.
Quote CiliPadiSedap 4-9-2014 01:11 AM
Babai posted on 4-9-2014 01:09 AM
Kalau nak pindahkan takde masalah. Yang kecoh lebih ni orang nusantara jer.

wallahuallam, takut satu hari nnti kaabah di robohkan kerana takut syirik. bila kita jahil agama susah nak bicara hal2 sebegini. shopping complex megah berdiri tapi xsyirik pulak???
Quote Babai 4-9-2014 01:13 AM
CiliPadiSedap posted on 4-9-2014 01:10 AM
kat malaysia je kak, kubur pakai batu marmar, batu cantik, kalah rumah akak. sedangkan amalan diki ...

Kalau ikut agama, satu tingkat punya kubur pun takleh. Tapi kita siap marmar dua tiga tingkat.
Quote CiliPadiSedap 4-9-2014 01:15 AM
Babai posted on 4-9-2014 01:13 AM
Kalau ikut agama, satu tingkat punya kubur pun takleh. Tapi kita siap marmar dua tiga tingkat.

tulah beza kita yang beragama dan berbudaya. cm kt arab setahu akak ada kubur flat, dalam satu kubur ada  5 jenazah.
Quote Babai 4-9-2014 01:17 AM
CiliPadiSedap posted on 4-9-2014 01:15 AM
tulah beza kita yang beragama dan berbudaya. cm kt arab setahu akak ada kubur flat, dalam satu kub ...

Orang kita ni kubur kena cantik2, dah kira macam tempat mulia. Padahal ada ke nabi ajar camtu?
Quote Muntz 4-9-2014 01:30 AM
revolusi_30 posted on 4-9-2014 12:50 AM
Setuju je utk elakkan syirik dan bidaah ..kekadang depa pi makam nabi tu lelebih nangis segala...puj ...

Yup. Bagi aku tak perlu lah tengok makam Rasulullah bagai nie, lebih afdal kita berselawat jah ke atas nya.
Quote Muntz 4-9-2014 01:32 AM
Babai posted on 4-9-2014 01:13 AM
Kalau ikut agama, satu tingkat punya kubur pun takleh. Tapi kita siap marmar dua tiga tingkat.

Belum lagi kubur tokoh2 besar dan royal, harus lilit kain kuning bagai dgn rumah bak istana utk melindung kubur tu. Padahal realitinya takder apa dah kat bawah tu sbb mayat pun akan mereput dlm jangka masa panjang lagi2 kita org Islam nie cuma balut kain kapan jah. Lainlah kalau mummified, tapi apa guna gak.. roh si mati pun bukan ada dalam tu lagi.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070690 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top