CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17 Isteri Kapten Wan Amran Bersyukur Jenazah Suami Selamat Dikebumi

4-9-2014 04:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3591| Komen: 0

Description: Allahyarham Wan Amran Meninggalkan Dua Anak Lelaki Iaitu Wan Yusuf Irfan, 9, Serta Wan Yunus Uzair, 11.
Isteri Kapten Wan Amran bersyukur jenazah suami selamat dikebumi


SHAH ALAM: Isteri Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin bersyukur apabila jenazah suaminya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21 di sini hari ini pada ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

Mariam Yusoff ketika ditemui berkata walaupun sedih dengan pemergian suaminya itu, namun beliau serta dua anak lelakinya amat bersyukur sekurang-kurangnya jenazah Allahyarham suaminya akhirnya dapat dibawa pulang ke tanah air.

"Saya rasa amat bersyukur kerana hari ini 2 September, jenazah suami saya sampai...hari ini hari ulang tahun kelahirannya dan dia selamat dikebumikan.

"Pagi tadi masa sampai hari hujan, saya anggap sebagai hujan rahmat sebab lepas jenazah masuk van (jenazah), hujan terus berhenti...rahmat Allah kan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jenazah juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 itu selamat dikebumikan kira-kira jam 11.50 pagi.


Allahyarham Wan Amran meninggalkan dua anak lelaki iaitu Wan Yusuf Irfan, 9, serta Wan Yunus Uzair, 11.

Sementara tu, adik Allahyarham Wan Amran, Wan Ahmad Khairul Wan Hussin pula berkata beliau berharap keluarga mangsa Penerbangan MH17 yang lain agar terus tabah dan kuat menghadapi dugaan.

"Semua kita akan menghadapi mati, cuma bila dan bagaimana kita mati yang kita tidak tahu...kami sekeluarga sangat bersyukur sebab jenazah selamat dikebumikan hari ini, sama dengan tarikh kelahirannya," katanya.

Rakan Allahyarham semasa menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kulim, Aimi Masdiana Mukhtar berkata, beliau dan rakan-rakan persekolahan yang lain akan merindui keperibadian Wan Amran yang disifatkan sebagai seorang yang baik, budiman dan disenangi ramai.

Selain Aimi Mardiana, hampir 30 bekas pelajar yang juga rakan Allahyarham Wan Amran ketika belajar di sekolah berasrama penuh berkenaan turut hadir semasa jenazah sahabat mereka dikebumikan.

Dalam pada itu, rakan sekerja, Kapten Johannuddin Othman, 43, berkata Allahyarham Wan Amran adalah individu yang sangat murah hati dan sering membantu kawan-kawan yang lain.

"Kami mula kenal arwah semasa sama-sama ambil lesen (sebagai juruterbang), bagi yang tidak mengenali arwah, mungkin arwah adalah seorang yang agak pendiam...tapi sebenarnya, beliau adalah seorang yang sangat ceria," katanya.

Menurutnya, tatkala mendengar berita mengenai jenazah Wan Amran dibawa pulang hari ini, ramai dalam kalangan rakan seperjuangan mereka segera kembali ke tanah air bagi memberikan penghormatan terakhir kepada juruterbang berkenaan.

Allahyarham Wan Amran adalah seorang daripada dua juruterbang yang menerbangkan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) dengan membawa 298 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Sebanyak 43 daripada penumpang MH17 itu adalah warganegara Malaysia.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=93

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.032303 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top