CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Jim: Enam Badan Dayak, Prs Buat Laporan Polis

4-9-2014 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16092| Komen: 205

Description: “Kita Mahu Polis Melakukan Siasatan Dan Mengambil Tindakan Terhadap Mereka Yang Mengeluarkan Kenyataan Tersebut,” Katanya Di Sini Semalam.
JIM: Enam badan Dayak, PRS buat laporan polis

SIBU: Enam organisasi Dayak di sini termasuk Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Sibu membuat laporan polis bagi membantah kenyataan dalam akaun laman sosial Facebook Jemaah ISIS Malaysia (JIM) yang berbaur hasutan.

Laporan polis itu dibuat bersama di Balai Polis Sentral Sibu oleh wakil keenam-enam organisasi tersebut diketuai Timbalan Ketua Pemuda PRS Sempurai Petrus Ngelai petang semalam.

Selain PRS, organisasi Dayak lain ialah Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Pusat, SDNU Sibu, SDNU Sibu Jaya, Persatuan Wanita Dayak Sarawak (SIDS) Sibu dan Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PERBEDAS).

Menurut Sempurai, tujuan mereka membuat laporan polis itu untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan dalam akaun Facebook yang menggunakan nama Jemaah ISIS Malaysia (JIM).

“Kenyataan yang dikeluarkan dalam media sosial itu jelas menghasut orang ramai dan memandang rendah kaum Dayak.

“Kita mahu polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan tersebut,” katanya di sini semalam.

Difahamkan laporan polis yang sama juga dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Kuching dan Miri bagi membantah kenyataan tersebut.

Sempurai memberitahu, mereka ingin bersama-sama NGO Dayak yang lain di Sarawak yang cintakan keamanan.

“Kita tidak mahu golongan yang berkepentingan ini memporak-perandakan negara kita,” katanya yang mengetahui mengenai kenyataan JIM itu ketika melayari Facebook dan WhatsApp pada 2 September lalu, kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya.

Menurut wakil SDNU Pusat, Augustine Merikan mereka membuat laporan polis kerana ingin menyuarakan hasrat hati memandangkan kenyataan yang dikeluarkan JIM itu seolah-olah mempermainkan kaum Dayak.

“Kita tidak mahu kacau-bilau. Kita mahu keamanan kerana kaum Dayak bukan kaum yang ganas. Kita tidak mahu hasutan seperti ini,” katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melzal 4-9-2014 12:35 PM
Apa yg JIM ckp smpai kaum dayak ni bersuara
Quote the_killer 4-9-2014 12:37 PM
yang NGO dok mau keluar malaysia tu ..dayak ada buat report tak?
Quote Voyagers 4-9-2014 12:38 PM
Quote kerunai 4-9-2014 12:39 PM
ni semua tahyul nak burukkan isele

abaikan
Quote Voyagers 4-9-2014 12:40 PM
Quote Voyagers 4-9-2014 12:41 PM
macam merepek je JIM ini...
Quote BotakChinPeng 4-9-2014 12:46 PM
Dayak bahalol pergi layan isis buat hape
Quote dani-rox 4-9-2014 12:47 PM
Keluar msia lagi memudaratkan keselamatan drpd menghasut pembunuhan ke atas satu2 bangsa rupanya.
Quote FanTasyCreaTioN 4-9-2014 12:48 PM
Voyagers posted on 4-9-2014 12:38 PM

kita dari bangsa bidayuh , kaum DAYAK am nya

tersenyum ja membaca kenyataan tersebut

mereka bercawat tapi masih nampak kemaluan

sebab tertanya2 dalam hati ..
orang2 ni tak sekolah ka?
tamadun bercawat tu bila?
naik kesian bila melihat orang2 macam ni .. jauh mundur rupa2 nya
cuma duduk bawah tempurung

hahahahaha nak penggal kepala?
meh la!~ mai sini

Quote cak! 4-9-2014 12:51 PM
then sape nak tepuk tgn neh
Quote namirulmukminin 4-9-2014 12:53 PM
Bodohnye set2 JIM ni... patut tukar nama kepada JIN...
Quote sriwanis 4-9-2014 12:53 PM
Macam page budak skolah je..langsung x de pape info juz lebih pd provokasi je...klu ikut kan banyak fb separatis sabah sarawak yg menghasut pakai fakta sejarah la...konon ada dokumen perjanjian itu ini la...siap tayang muka sendri lg...bukannya nyorok muka..tp klu dh wat laporan polis mmg kena take action la...
Quote namirulmukminin 4-9-2014 12:54 PM
FanTasyCreaTioN posted on 4-9-2014 12:48 PM
kita dari bangsa bidayuh , kaum DAYAK am nya

tersenyum ja membaca kenyataan tersebut

Oooo.... org bidayuh ye dik....
Quote sriwanis 4-9-2014 12:54 PM
Macam page budak skolah je..langsung x de pape info juz lebih pd provokasi je...klu ikut kan banyak fb separatis sabah sarawak yg menghasut pakai fakta sejarah la...konon ada dokumen perjanjian itu ini la...siap tayang muka sendri lg...bukannya nyorok muka..tp klu dh wat laporan polis mmg kena take action la...
Quote sriwanis 4-9-2014 12:55 PM
Macam page budak skolah je..langsung x de pape info juz lebih pd provokasi je...klu ikut kan banyak fb separatis sabah sarawak yg menghasut pakai fakta sejarah la...konon ada dokumen perjanjian itu ini la...siap tayang muka sendri lg...bukannya nyorok muka..tp klu dh wat laporan polis mmg kena take action la...
Quote hawaq 4-9-2014 01:04 PM

Quote FanTasyCreaTioN 4-9-2014 01:11 PM
namirulmukminin posted on 4-9-2014 12:54 PM
Oooo.... org bidayuh ye dik....

ha`ah

bangsa terkecil dalam kaum DAYAK
Quote namirulmukminin 4-9-2014 01:13 PM
FanTasyCreaTioN posted on 4-9-2014 01:11 PM
ha`ah

bangsa terkecil dalam kaum DAYAK

Majority bidayuh ni agama apa ye dik? sekadar bertanya... sebab setahu ambo, melanau memang Islam kalu kat serawak... lain2 x berapa pasti...
Quote FanTasyCreaTioN 4-9-2014 01:21 PM
namirulmukminin posted on 4-9-2014 01:13 PM
Majority bidayuh ni agama apa ye dik? sekadar bertanya... sebab setahu ambo, melanau memang Islam  ...

Terimakasih sebab bertanya

makin hormat kat abang

Kalau sebut Melayu kat Sarawak memang kompom Islam

Melanau samada Islam atau tak ( kristian / pagan )

Iban 90% Kristian

Orang Ulu 99% Kristian / Pagan

Bidayuh 95% Kristian

Lihat semua komen(205)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064156 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top