CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebam Di Mata Dibelasah Bekas Kakak Ipar

5-9-2014 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7076| Komen: 33

Description: “Ketika Itu, Mangsa Dipercayai Sedang Berehat Bersama Kedua Orang Tuanya Sebelum Dikejutkan Dengan Kehadi-Ran Suspek Yang Terus Menyerangnya Dengan Menampar Pipi Sehingga Dia Terjatuh.
Lebam Di Mata Dibelasah Bekas Kakak Ipar

Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU- Hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan kata-kata yang diluahkan melalui Whatsapp, seorang wanita dipercayai nekad menyerang bekas adik ipar di kediaman bekas mertuanya, dalam satu kejadian di Kampung Raja Baram, Chendering, di sini, Isnin lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang, suspek 20-an dengan ditemani adik perempuannya telah datang ke rumah bekas keluarga mertuanya bertujuan menyelesaikan masalah berhubung kata-kata yang dilemparkan melalui Whatsapp oleh mangsa, 25, sebelum ini.

“Ketika itu, mangsa dipercayai sedang berehat bersama kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan kehadi-ran suspek yang terus menyerangnya dengan menampar pipi sehingga dia terjatuh.

“Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak lebih agresif dengan menendang perut mangsa tanpa belas kasihan, bagaimanapun, bekas ibu mertuanya menghalang suspek daripada terus menerus membelasah mangsa,” katanya.

Namun kata sumber, semasa mangsa cuba bangun untuk menyelamatkan dirinya, adik suspek pula masuk campur dengan bertindak memukul kepala mangsa menggunakan kayu yang dibawa bersama.

“Dalam keadaan menahan kesakitan, mangsa menggagahkan diri lari masuk ke dalam bilik bagi menyelamatkan dirinya daripada terus dibelasah.

“Suspek dan adiknya masih tidak berpuas hati dan nekad mengejar mangsa sebelum tindakan mereka itu dihalang oleh bekas bapa mertuanya yang juga secara kebetulan ada di rumah semasa kejadian,” katanya.

Katanya lagi, suspek bersama adiknya mula beredar meninggalkan rumah berkenaan beberapa minit kemudian selepas berlaku pertelingkahan mulut antara dia dan bekas kedua mertuanya.

Susulan kejadian, mangsa dipercayai telah mengalami kecederaan di bahagian kepala; muka; lebam di mata serta sakit di badan dan menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini.

Mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Chendering, di sini, selepas kejadian dan difahamkan kedua-dua beradik berkenaan berjaya ditahan malam kelmarin di kediaman mereka.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Sesyen, Majistret Rusila Nik, semalam, membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 5-9-2014 09:50 AM
manusia mulut longkang ni kadang-kadang memang elok dicepuk sekali
Quote nh83 5-9-2014 09:54 AM
macam2x daa.. tak pasal2x masuk lokap.. jgnla ikutkan emosi sgt..semua tu mainan syaitonnn..
byk tgk cita gengster ni kuikuikui..
Quote ~anya~ 5-9-2014 09:55 AM
Mulut longkang lah itu...bila terkena buat repot polis pulak.... stok bangang kerani cabuk...
Ppffrrrgghhttttttttttt
Quote supernaturalee 5-9-2014 09:55 AM
ni mesti kaw2 die bercerita di whatsap
klu x xkan smpai mcm tu skali dibantai
Quote emmaisa 5-9-2014 09:57 AM
kerana whatsapp badan binasa...
Quote lululun 5-9-2014 10:02 AM
hahaha grup wassap la punca terbaru keretakan ikatan kekeluargaan.
Quote Esmiria 5-9-2014 10:04 AM
ni mesti ada kutuk kakak...klo tak , tk jdi gitu....
Quote Cik_Andak 5-9-2014 10:22 AM
Berasap lepas berwhatapps
Quote haryatie 5-9-2014 10:25 AM
berdepan ngan org mulut longkang ni mmg boleh buat hilang kesabaran
Quote hanamunir 5-9-2014 10:33 AM
nasib da kena cerai, ex menantu tu gangster rupa nye..
Quote puteri_impian 5-9-2014 10:37 AM
kalo mulut longkang harus la kena belasah.......
Quote fifie_olin 5-9-2014 10:37 AM
pe la yg di msg tu ye...smpi mcm tu skali...tunjuk le msg tu nk tau gak

tengganu kita lagiii
Quote encikWawad 5-9-2014 10:40 AM
memang silap la - bekas kaka ipar kaklong kawasan
haha - kerana mulut badan binasa - so wise orang yang mencipta bidalan ni
dah la kena cerai - adik ipar molot puaka - hangen satu badan trus datang melansang
Quote fisherman 5-9-2014 10:43 AM
wwoooo..gilo ganah ore ganung nim
Quote Suchi 5-9-2014 10:44 AM
supernaturalee posted on 5-9-2014 09:55 AM
ni mesti kaw2 die bercerita di whatsap
klu x xkan smpai mcm tu skali dibantai

kerana jari menaip, badan binasa..
mujur dia dtg terus bagi sedebik
kalo dia mak esah kan adik ipo tu hah
lagi haruk..
Quote ais_kosong 5-9-2014 10:49 AM
hp warrior
mau tobat la dr berwassap bagai  
Quote bangcak 5-9-2014 11:27 AM
~anya~ posted on 5-9-2014 09:55 AM
Mulut longkang lah itu...bila terkena buat repot polis pulak.... stok bangang kerani cabuk...
Ppffr ...

ntah2 mangsa mmg sembang kosong dgn parents, ntah tengok citer upin ipin
sambil gelak2 ngan parents ke... tetiba akak ipar terasa ati tross cepuk mangsa.

.....kesian mangsa. lepas kene cepuk, kene maki plak dgn warga porem
Quote ~anya~ 5-9-2014 11:50 AM
bangcak posted on 5-9-2014 11:27 AM
ntah2 mangsa mmg sembang kosong dgn parents, ntah tengok citer upin ipin
sambil gelak2 ngan paren ...

Bangcak....
Kan ada bukti bertulis wassap disitu....
Apalah pula sentap dgn gelak ketawa cerita upin ipin pula....
Quote bangcak 5-9-2014 12:14 PM
~anya~ posted on 5-9-2014 11:50 AM
Bangcak....
Kan ada bukti bertulis wassap disitu....
Apalah pula sentap dgn gelak ketawa cerit ...

oh, tak pasan.

meibi dia bagi tazkirah kat grup wasap family, generally kot?
tetiba ada yg terasa n tross pukul.

ok tak andaian gitu?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061271 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top